Surviving miscarriage : Tutup buku
Thursday, December 03, 2015
♥assalamualaikum
Umur dan kesihatan parents banyak mempengaruhi keadaan kandungan. Kalau jumpa dokter pun, itu lah soalan yang akan ditanya. Umur, ada kencing manis tak, masalah kesihatan, sejarah penyakit keluarga, suami merokok atau tak..sediakan jawapan siap-siap ok. Tapi keguguran boleh berlaku tanpa sebab; sihat atau tak, tua muda, sains tak semestinya dapat jelaskan punca keguguran. Jadi jangan fikir terlalu banyak kenapa kita gugur, kita tak semestinya akan dapat jawapan..terutamaya untuk keguguran masa trimester pertama.
Ada orang akan cuba salahkan kita dan tanya kita macam-macam, tapi biarkan..percayalah yang kita tak buat silap. Ini semua takdir Allah dan tugas kita adalah untuk redha, bersyukur, dan percayakan takdir yang Allah sediakan adalah yang terbaik untuk kita. Sediakan diri untuk langkah seterusnya, kuatkan semangat dan jangan putus harapan. Anak adalah rezeki Allah, dan anak juga adalah tanggungjawab. Anak boleh bawa kita ke syurga, dan anak juga boleh bawa kita ke tempat yang gelap dan menyiksakan.
Rezeki adalah pemberian Allah. Bukan lah tugas kita untuk mengecam rancanganNya dan berkira dengan rezeki yang diberi. Manusia selalu buat silap. Mungkin kita terlepas pandang rezeki sebagai beban, dan tersalah anggap beban itu suatu pemberian hadiah yang kita minta-minta. Orang yang percayakan Allah, dia takkan murung, takkan berhenti berharap, dan dia lah orang yang paling kuat.
Ok i wanna help you as much as i can. So let me tell you about my story, i will summarize all the details here. Ini akan jadi post terakhir pasal keguguran. Tapi kalau ada benda yang korang nak tau lebih atau perlukan sokongan dan comfort, just comment..i'll reply as soon as possible. :)
Umur : 25 tahun
Kesihatan : Baik
Tinggi/Berat : 156/52
Umur suami : 25 tahun
Kesihatan : Baik (tidak merokok)
Jenis keguguran : Missed miscarriage
Umur kandungan sebelum maklumat keguguran : 12 minggu
Umur kandungan semasa tiada degupan jantung : 10 minggu (saiz kantung)
Tanda-tanda keguguran : Pendarahan ringan, tidak sakit
Tindakan yang diambil selepas dimaklumkan kandungan tiada degupan jantung
1. Menjalani pemeriksaan keesokan harinya (trauma dan kecemasan HSAJB)
2. Diberi waktu menunggu 2 minggu sebelum tindakan seterusnya
3. Dijadualkan untuk bertemu doktor gynecology 2 minggu kemudian
4. Gynecologist mengesahkan keguguran
5. Diberi pilihan menggugurkan kandungan secara natural atau surgical (s&c)
6. Memilih s&c dan dijadualkan masuk wad 2 hari seterusnya (ditentukan pesakit)
7. Masih belum ada tanda-tanda keguguran, tidak sakit
8. Dijadualkan s&c pada pukul 6 petang dan disuruh berpuasa
9. Dokter mencadangkan menunggu untuk keguguran natural sebelum s&c
10. Diberi ubat memalui faraj untuk melembutkan dinding rahim (kot, tak ingat)
11. Pendarahan dan sakit di bawah perut bermula beberapa jam kemudian
12. Cebisan tisu dan gumpalan darah mula keluar sedikit demi sedikit
13. Kesakitan yang amat sangat (contractions) dan tumpah darah
14. Ketulan besar tisu mula keluar dan disambut dokter (dalam keadaan baring macam bersalin)
15. Sakit beransur hilang
16. Dokter melakukan scan terakhir sebelum mengesahkan complete miscarriage
17. Semua kandungan keluar dan rahim kembali seperti asal (menurut dokter)
18. Daftar keluar hospital pada hari yang sama, malam
Sebelum ni aku bersungguh nak buat s&c. Aku fikir lebih baik daripada menunggu dan lebih selamat sebab confirm takkan ada baki yang tertinggal. Kalau ada baki tertinggal dalam rahim lepas gugur, infection boleh berlaku. Infection boleh sebabkan ketidaksuburan, so careful ladies. Tapi rupa-rupanya, buat surgical abortion pun masih belum tentu semua kandungan akan keluar. Ada patient kena buat s&c beberapa kali. Not to mention, ada risiko untuk dinding rahim luka dan jangkitan. Tapi jangan risau, kalau nak buat s&c ataupun surgical prosedure lain, semuanya akan dibuat oleh dokter pakar jadi risiko sangat rendah.
Glad i didn't have to go through this |
Lepas keluar hospital, aku tak rasa sakit cuma penat dan mengantuk. Pendarahan pun dah berhenti, jadi kitorang decide untuk balik rumah mama dekat Batu Caves esok pagi untuk pantang. Aku sebenarnya tak rasa aku perlu pantang sangat tapi aku taknak melawan, jadi aku ikutkan je. Perjalanan ok, tak ada rasa sakit tapi lepas sampai aku start bleed macam period. Bezanya ialah warna darah. Jadi lepas gugur selalu alert warna darah. Kalau merah maksudnya darah fresh, terus pergi hospital atau klinik untuk check.
Lepas keguguran, kalau nak berpantang ikut lah pendapat masing-masing. tapi sentiasa alert dengan apa-apa yang keluar dari faraj. Sentiasa tengok dan check, please, check. Kalau ada lendir berbau ataupun darah merah ada kemungkinan masih ada baki dalam rahim ataupun terkena jangkitan. Antara benda penting yang perlu kita alert:
1. Sakit
Lain badan lain perangai. Aku tak sakit sebelum dan selepas gugur. tapi tu tak bermaksud yang aku tak ada masalah. Tapi kalau sakit biasanya memang ada masalah jadi jangan lengah, terus jumpa dokter. Bila fikir balik baru aku perasan yang aku sebenarnya rasa sakit bawah perut masa bersin. So kalau ada rasa macam tu, try scan just in case.
2. Pendarahan
10 hari lepas keluar hospital baru aku tahu yang sebenarnya masih ada baki dalam rahim aku. Masalahnya ialah aku tak rasa sakit, kecuali masa bersin itu pun tak sakit sangat sebab tu tak dapat detect awal. 10 hari kemudian, aku bleeding dengan sangat teruk. Kalau lepas gugur berlaku pendaharan berat, satu pad basah lencun tak sampai sejam itu maksudnya berat walaupun tanpa rasa sakit. Terus jumpa dokter dan scan untuk periksa keadaan rahim.
3. Demam
Demam merupakan antara tanda awal infection. Kalau rasa demam, tak kira lah seminggu atau 2 minggu selepas keguguran kena pergi check darah untuk eliminate chances of infection. Ini sangat penting sebab kalau kena infection, ada risiko yang sistem peranakan kita akan kena jangkitan dan tak boleh mengandung lagi. So walaupun demam sikit, check je..maybe tanda-tanda awal kan. Lebih baik susah sikit dari kena musibah lain.
Ok sekian. Itu je yang mampu aku kongsi. Kita kena banyak membaca untuk sediakan diri. Baca banyak-banyak, tak kisahlah buku medical, forum, ataupun baca pengalam orang lain dekat blog (ekhem). Tapi kena ingat, kalau baca pengalaman orang kita kena hati-hati sebab ada kemungkinan maklumat tak tepat especially pengalaman orang yang tak ada background medical macam aku. Kena ingat jugak yang walau banyak mana kita baca, itu tak dapat menggantikan kepakaran dokter. Kita baca untuk sediakan diri kita dengan semua kemungkinan. Jadi bila jumpa dokter kita tahu apa yang nak ditanya. Jangan sesekali rasa kita tahu lebih dari dokter ok.
♥That is all. Semoga dapat membantu. Hugs and kisses
0 ♪♬♪♪♬ Comments
Tell me what you think about this post