Surviving rompakan
Thursday, December 31, 2015
♥assalamualaikum
Lately, newsfeed facebook penuh dengan berita pasal En. Zulkifli yang berdepan dengan hukuman gantung lepas menikam mati pencuri dekat rumah dia. Dan disebabkan kes ni secara umumnya nampak sangat tak adil, ramai orang mula kongsi info tentang kes ni, keadaan keluarga dia, dan create solidarity untuk dia dan family dia. Kes ni jadi viral dan ramai orang persoalkan keadilan sistem undang-undang M'sia which is great sebab generally speaking our legal justice system has a lot of flaws. Well to be fair mana-mana negara punya undang-undang pun memang tak sempurna sebab yelah, ciptaan manusia kan, loop hole merata-merata. However, is he really innocent beyond doubt?
To be fair, i know i'm not qualified to really comment on this because i'm not a law student, i just had 1 class itu pun lebih kepada construction law. But still, tak salah kan ada pendapat? Rasanya ramai orang tak baca pun detail kes ni. Ramai orang just cakap yang dia tak bersalah sebab dia nak lindungi harta dan keselamatan keluarga dia. Hence, based on that fact and that fact only, semua orang rasa dia tak bersalah.
However, yang sebenarnya, based on 'berita' yang aku baca En Zulkifli ni bukannya berada dalam rumah masa kejadian, dan berita pun tak sebut keluarga dia ada dalam rumah tu atau tak. The story is, kampung tu ada banyak kes curi/rompak jadi semua orang kampung berada dalam keadaan berjaga-jaga. En Zulkifli dengan isteri dia ada dekat kedai dan nampak 2 orang pencuri ni naik motor dan menuju ke laluan rumah dia. Disebabkan diorang nampak suspicous, dia decide untuk follow diorang dan sambil tu bawa sebilah parang kecil. Aku assume dia bawa sebab berita kata masa kena serang dengan pencuri tu dia terus keluarkan parang, keluar dari mana tak tahu. Bila dia sampai rumah, pencuri tu tengah umpil generator sebelah dinding rumah dia. Pencuri tu nampak dan cuba serang dia dengan besi tapi dua-dua pencuri tu ditikam dengan parang En Zulkifli ni. Salah seorang daripada pencuri tu mati dan sorang lagi ditangkap masa dirawat di hospital. En Zulkifli ni pula serah diri dekat balai polis berdekatan. Aku sebenarnya tak pasti penjahat tu dikira mencuri atau merompak sebab tak cukup info. Tapi based on provided info aku rasa mencuri lah kot, kot.
Innocent until proven guilty
Sebenarnya sebelum disabitkan kesalahan, tertuduh sepatutnya dilayan sebagai tak bersalah dulu sampai lah dibuktikan bersalah tanpa reasonable doubt. Jadi by default, disebabkan kes ni belum selesai, yes, aku setuju dia innocent. Tapi aku tak suka cara public treat kes ni. Semua orang act macam En Zulkifli ni ditindas, tak sepatutnya dibicarakan langsung, dan dia 100% tak bersalah sebab bunuh pencuri tu. Tapi kita kena ingat, membunuh ni adalah satu jenayah yang berat dan kita kena siasat betul-betul. Dua-dua pihak perlu dibela. Aku tahu En Zulkifli ni bukan orang senang, anak pun sakit, tapi nak ke kita jadi society yang menghalalkan pembunuhan disebabkan kesempitan hidup? Tak kan? Sebab tu kes ni kena bicara betul-betul, kena ada pendakwa dan peguam bela yang bagus supaya hukuman setimpal dengan kesalahan. Kita kena ingat juga yang pencuri pun perlukan keadilan dalam menerima hukuman. Kalau sebelum ni kita marah bila orang yang mencuri kerana kesempitan hidup dipenjarakan, apa perasaan keluarga mangsa bila ahli keluarga dia dihukum bunuh sebab cubaan mencuri? Macam tak setimpal kan? Walaupun mengikut info, pencuri tu nampak gayanya penagih dadah. But who knows, kita tak terlibat dengan siasatan pun. Macam mana pencuri tu mati lepas satu tikaman bawah bahu pun meragukan juga. Takda orang mention dia mati on the spot ataupun dalam perjalanan ke hospital.
Simpati dan penambah baikan
Aku sangat bersimpati dengan En Zulkifli dan keluarga dia. Sebab sekarang pun ekonomi kita tak stabil, dia pula kena tampung keluarga. Tiba-tiba ada pencuri dekat rumah nak serang dia, dia pula terbunuh pencuri tu secara tak sengaja. Haih..serba salah kan? Ini lah yang dinamakan ditelan mati mak, diluah mati bapak sebab apa pun yang dia buat haritu; lari dan report polis ataupun serang pencuri tu sendiri, at the end of the day dia akan tetap dapat susah. Tapi apa yang dah berlaku semuanya takdir. Aku rasa perkara terbaik yang kita boleh dan patut buat untuk bantu dia adalah dengan dapatkan khidmat peguam yang bagus dan bantu perbelanjaan keluarga dia. Tambah pula sekarang dah nak masuk sekolah kan? Banyak belanja.
Tindakan yang dikenakan dekat dia, kena reman dan dibicarakan semua tu walaupun nampak tak adil tapi ia perlu. Jangan lah kita blame polis, pendakwa raya atau hakim sebab itu tugas diorang. Hopefully dia dapat peguam yang bagus, yang boleh built kes ni dan selamatkan dia daripada hukuman berat. Walaupun mahkamah putuskan dia tak bersalah pun, hati dia mesti rasa tak tenang juga sebab menyebabkan kematian orang lain. I hope this case will be settled as soon as possible. Tapi yang tak terlibat dengan kes ni, jangan lah suka hati tuduh macam-macam, kita sendiri tak tahu detail sebenar kejadian tu. Apa pun, semoga kemenangan berpihak pada kebenaran.
0 ♪♬♪♪♬ Comments
Tell me what you think about this post