Coping with stress

Tuesday, December 08, 2015

assalamualaikum


Semua orang akan hadapi stress. Semakin umur kita meningkat, semakin keraplah kita berdepan dengan stress sampai akhirnya kita terpaksa terima stress sebagai sebahagian daripada hidup. What to do? Kalau tak ada stress dalam hidup langsung, mungkin bermaksud ada yang kita terlupa nak buat. Contohnya, kerja. Kalau tiba-tiba rasa hari kita bebas tanpa stress, rasa tenang sepanjang hari..itu mungkin tandanya kita terlupa ada kerja yang kita kena siapkan. Haha Terima lah hakikat, siapkan lah kerja anda kalau nak elak bencana yang lebih berat lagi.


Be mature


Maturity is not about avoiding stress but more about dealing with them and not letting the stress took over you. Did you watch Disney's Inside Out? If you did, notice how the mom's emotions is led by Sadness and not Joy? and notice how mature mom's Sadness is? Even Anger is in charge of dad's emotion instead of Joy. Cuma emosi Riley sahaja yang dikawal Joy, sebab Riley masih kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang paling penting ialah untuk jadi gembira dan mereka belum pandai kawal emosi bila sedih, hence the tantrum. Tapi seorang wanita akan lalui banyak kesedihan dalam hidup dan cara dia kawal kesedihan hidup tu yang akan tentukan cara dia kawal emosi-emosi yang lain. Lelaki pula secara amnya memang kena tegas, mungkin sebab tu cara dia kawal kemarahan yang akan tentukan tahap kestabilan emosi-emosi lain. Ahh i love Disney, theres a lot of hidden wisdom in each movies.

click image for 19 interesting facts about this movie

Ada orang pilih untuk luahkan emosi dekat media sosial sebagai salah satu cara untuk hilangkan stress. Well, ada bagusnya. Cuma mungkin bukanlah tindakan bijak untuk terlalu kerap buat luahan emosi dekat facebook (contohnya) sampai orang lain pula yang stress. Kalau nak relase tension dekat facebook, make sure kita dah periksa bahasa kita supaya tak ada keluarkan kata-kata yang akan buat kita menyesal kemudian hari. Kalau kita stress sebab terlalu marah, ada baiknya tunggu perasaan marah tu reda sebelum buat apa-apa luahan di media sosial yang penuh dengan orang-orang yang juga beremosi seperti anda. You don't want that kind of drama in your life trust me. Unless you're a celebrity, i don't understand celebrities. They're a different breed of people. Haha Kidding! No i'm not. (muka serius)

Kalau nak difikirkan sebenarnya umur 25 tahun terlalu muda. Banyak lagi dugaan hidup yang belum kita rasa. Tapi tak salah untuk kongsi cara masing-masing cope dengan stress kan? Lagipun sharing is caring..ahah very the cliche. Hehe But i'm in a good mood lately, and although my strategies in coping with stress is very basic and typical, i still wanna share it with you guys.


1. Practice the pause

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Bila emosi terganggu, kita mudah luahkan kata-kata yang menyinggung perasaan orang lain sebab kita tak berfikir sebelum bercakap. Terlalu 'caught up' dalam emosi boleh menggangu cara kita berfikir ataupun terus halang kita dari berfikir. Kalau perempuan selalu keluarkan perkataan-perkataan pedas yang menyakitkan hati orang-orang yang dia sayang semasa terlalu marah, lelaki pula lebih fizikal dan mungkin akan berkasar dengan bahasa dan juga perbuatan. No wonder the hulk is a guy. If hulk is a girl, all she did when angry would be babbling, shouting, crying all day and then went straight to bed. Haha


Practice the pause.
When in doubt, pause.
When angry, pause.
When tired, pause.
When stressed, paused.
And whenever you pause, PRAY.


2. Solat, wudu' dan berdoa

Orang islam sentiasa bersenjata. Yes, we are always armed and fabulous. Tapi senjata orang islam ialah doa. Percaya lah dengan doa. Yang buruk boleh jadi baik dalam sekelip mata dengan kuasa doa, lebih-lebih lagi kuasa doa orang beriman. Solat itu keseluruhannya adalah doa. Jadi kalau tak mampu kawal emosi, solat lah dan letakkan seluruh fikiran dan hati kita pada solat tu. 

Wudu' pun sebenarnya ada kuasa 'healing' yang tersendiri. Dari segi zahirnya air wudu' membersihkan diri kita daripada kotoran tapi secara spiritualnya air itu sendiri dapat memberi ketenangan. Ambil masa untuk basahkan tangan, muka, ubun-ubun rambut, semua tu akan buat kita rasa segar dan mungkin boleh buat kita berfikir dengan lebih tenang dan waras. Wudu' juga dimulai dengan doa, dan sambil basahkan anggota wudu' kita juga boleh berdoa sendiri dalam hati. Jauhkan tangan kita dari melakukan kejahatan, sucikan wajah kita dengan cahaya iman, bersihkan fikiran kita daripada fikiran-fikiran yang membinasakan, dan jauhkan kaki kita dari jejak-jejak orang yang kufur dan semoga kita dijauhkan daripada kemaksiatan. Apa pun yang kita doakan, doa dengan penuh keikhlasan. Biar emosi kita turun bersama air wudu' tu.


3. Luangkan masa dengan orang tersayang

Orang kesayangan boleh jadi sesiapa pun. Mak, ayah, kakak, adik, abang, suami atau isteri, kawan rapat..kadang-kadang ada orang rasa lebih tenang bila luahkan perasaan dengan guru atau pensyarah yang rapat dengan dia. Kita semua ada orang yang kita sayang. Bila rasa 'overwhelmed' dengan sesuatu, terlalu rasa berat, luangkan lah masa dengan mereka. 

Kalau yang dah berkahwin, biarlah waktu-waktu stress ni jadi catalyst untuk merapatkan hubungan dan bukan sebaliknya. Ada orang bila stress dengan kerja contohnya, dia bawa stress tu balik rumah dan lepaskan dekat pasangan. Bila ditanya dia tak jawab dan nak waktu sendiri. Elakkan lah buat macam tu. Tinggalkan stress kerja dekat tempat kerja dan kalau tak dapat kawal emosi disebabkan stress tu bagitahu lah pasangan. Jangan bagi hint je, cerita satu-satu bagi dia faham. Kalau belum kenal hati budi masing-masing, bagitahu dia apa yang kita nak dia buat supaya dia tak terpinga-pinga dan buat kita lebih stress. Remember, communication is the golden key. Bila selalu berkomunikasi baru lah masing-masing dapat faham kehendak masing-masing. Lepas ni dah tak payah cakap dah, dia akan tahu apa nak dibuat. Bukannya expect pasangan kita untuk faham diri kita independently on day 1 of marriage.


4. Menangis

I don't know about you guys but crying always makes me feel better. Masa menangis tu nangis sungguh-sungguh, jangan tahan perasaan. Biarkan perasaan sedih atau marah tu membuak-buak. Kalau ada perkara yang kita tau akan buat kita lebih sedih, cuba hadapi perkara tu dan 'let go'. Macam Elsa buat, let it go! let it go! Dont hold it back anymore! Ahha another Disney reference, see what i did there. Hihi

Bagi aku perasaan yang paling melegakan ialah menangis menghadap Allah. Jangan paksa diri untuk menangis. kalau memang rasa tak sedih dan susah nak menangis, jangan buat-buat menangis sebab nanti perasaan lega tu tak datang. Kena ikhlas bila menghadap Allah. Kenang balik dosa-dosa yang kita buat, mungkin sebab kita banyak berdosalah Allah uji kita dengan tekanan hidup. Sebab tu kita kena berdoa supaya Allah ampunkan dosa kita dan jangan uji kita dengan beban yang tak mampu kita tanggung. Allah dengar, dan sentiasa dengar. Dia tahu perasaan kita yang sebenar jadi jangan sorok apa-apa. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan lindungi kita dari musibah-musibah yang terlalu berat untuk kita tanggung, Mana lagi tempat terbaik untuk luahkan perasaan kalau bukan pada Dia yang paling mencintai kita?


Redha dan tawakal


Ada banyak lagi cara untuk tenangkan diri dari stress. Tapi bagi aku inilah antara yang terbaik, Top 4 lah kononnya. Hehe Apa pun kepayahan hidup yang kita lalu, jangan terlalu fokus dengan negitiviti. Cari kebaikan yang tersirat dari kepayahan yang kita rasa, cari hikmah dan fokus pada tu. Kalau kita biarkan diri kita taksub dengan masalah, kita akan rasa masalah sentiasa ikut kita dan kita tertanya-tanya kenapa kita yang selalu jadi mangsa. Bila rasa macam ni, mulalah syaitan hasut kita untuk bersangka buruk pada orang lain dan lebih teruk lagi bersangka buruk dengan Allah. Minta dijauhkan. Have a great life, focus on that silver lining. Even shadows exist in the presence of light.

You Might Also Like

0 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post