This is not goodbye


♥ assalamualaikum 








This is our final weeks, we might not see each other again. I know this is the most sentimental moments for us students, but i refuse to feel that way (poyo). I do feel sad, but not too sad. Because i know that this is not goodbye. All these years, i have met the most wonderful people, and to my surprise even these few last weeks, i still manage to meet more and managed to create memories that will last in my mind, in my heart i.Allah forever. Thank you so much.


I hated a few people, i loved a lot..i laughed, i cried and screamed..haha But everything, now i really believe, happens for a reason. I learned a lot from my mistakes, my triumphs, my failures..from my friends and from strangers that soon became one of my closest companion. Thank you. Thank you so much.




I'm glad that my path led me here, alhamdulillah. 




My dear friends, i wish all the best for everyone. Forgive me if i've done anything wrong, i am deeply sorry for everything bad that previous me had done. I'm not the same girl anymore. Truly i've changed, hopefully for the better. Good luck for final year exam, good luck for presentation and good luck with your thesis and good luck with life. Semoga rezeki anda semua melimpah ruah dan penuh dengan keberkatan oleh Nya :)




Our path crossed while we're here, maybe it'll cross again someday.




perempuan


♥ assalamualaikum 


Jadi perempuan ni bukan senang tau. Sebelum atau selepas nikah, kaum perempuan ni sentiasa ada banyak tanggungjawab. I know, i know, tanggungjawab lelaki lebih besar (sometimes) but...aku pernah baca, dalam neraka akan ada lebih ramai perempuan daripada lelaki. Why? I don't really know enough to write it here, but what i understand is, jadi perempuan bukanlah kerja senang. Kalau senang takkan lah ramai yang gagal kan? I think..but this is just an opinion. :)


Well, aku tak maksudkan susah dari segi nak dapat keberkatan ke, nak dapat pahala ke..Bagi aku, bagi aku, yang susah tu bukanlah amar makruf, tapi nahi mungkar. Its easy to do good deed, but to do bad deed? You don't even have to try. I mean, the hardest thing is, really, 'aurat'. I know you guys (literally) would think that, "alaa susah hape..pakai jela tudung, pakai jela baju longgar sikit. Tak susah pun." Easy for you to say. Hey, aurat is not only about 'pakai tudung' and 'pakai baju longgar'..no, its a lot more than that. You have to be either a very pious man or a woman to really understand it. Aurat is more than about clothes, or about your voice, or about your body language..Aurat is more than that...Its not as easy as you think it is. So be gentle with us, because its hard to really understand..its hard to be the biggest 'fitnah' in this world. Its a burden that all of us have to bear..and you as well.


A father is a man, a brother is man..a husband is a man. Its a man duty to protect us woman from hurting ourselves, physically, mentally, and spiritually. You have a share in every action that we make. Remember that. So be gentle with us. Be strong for us too, because you are meant to be our protector. Take responsibility. Learn, be a good leader. It is your fitrah..


Cobaan dunia online


♥ assalamualaikum 



Aku banyak habiskan masa melayan internet, ofkos. Tak payah buat statement pun orang tau. Huahua..Aku suka tengok, suka baca telatah orang. Daripada status update, daripada komen-komen dekat fb dan youtube, kita boleh agak perangai orang. Diulang sekali lagi, AGAK. Kita tak tau perangai dia yang sebenar-sebenarnye, tapi boleh agak aje lah. Tengok telatah orang dekat internet ni sangat menghiburkan sebenarnye, dan sangat mendidik juga.





Tempat melatah






Internet ni boleh jadi tempat-tempat orang melatah berkumpul. Kadang-kadang aku pun tumpang melatah sama. Tapi lepas baca banyak status orang lain, baca banyak bahan yang di-share dan komen-komennya, sekarang aku decide untuk jadi lebih sabar. Aku kaji dulu (yang penting-penting la) lepas tu baru join conversation. Aku cuba untuk tak jadi emosi dan cuba tulis benda yang baik-baik je. Terutamanya bila dengan kawan sendiri. Takut-takut kalau berbeza pendapat tu boleh jadi bahan tarik muka.



Dulu aku emosi sangat. Aku pernah bertikam lidah dengan orang sebab tak sama pendapat dalam isu kalimah Allah. Sekarang aku menyesal sangat. Aku malu. Sebab bila aku dah banyak membaca sekarang baru aku sedar betapa tah hape-hape nye perjuangan aku. Sangat memalukan. *sigh*








Bila masuk hal agama ni semua orang sensitif. Tapi bagus ke sensitif ni? Well i think it can be both ways. Tapi bila terlebih? Ahha Bahaya jadi terlebih sensitif bila tak cukup ilmu. Tapi tu la masalah kita semua. Kita rasa ilmu kita dah cukup dah nak bercerita pasal hal hukum hakam Allah, tapi sebenarnya? Haa tepuk dada tanya iman. Lebih baik kita dengar pendapat orang yang lebih berilmu. Nak kongsi pendapat, nak kongsi ilmu agama boleh. Tapi tak boleh terlalu emosi dengan hukum, sebab kita tak pandai. Tak belajar hal hukum dalam-dalam. Kalau nak cakap jugak, jangan emosi..cakap baik-baik. Takut tersalah cakap boleh jadi dosa besar. Ingat hukum boleh buat main? Haa..Nauzu billahi min zalik. 




Lepas tu jangan hina ulama, bahaya. Ulama ni tak sama macam kita. Masa kita sibuk tidur, dia bangun buat solat tahajud. Masa kita baru nak belajar mengaji, dia dah katam al-quran. Jadi hati-hati ye. Aku sedih sangat bila ada orang samakan ulama dengan anjing dekat internet. Ustaz pun kena jugak kadang-kadang. Kesian ustaz, ustazah..kesian ulama. Tapi kesian lagi orang yang menghina tu kan? Kesian..  




Huruf  'kha'




Tokoh ulama Islam dulu-dulu, sepanjang hidup belajar hal agama. Ustaz-ustaz dan para ulamak sekarang pun banyak refer keputusan ulama zaman dulu. Tapi yang sedihnya, orang sekarang ramai yang bila banyak membaca sikit, banyak pergi kuliah sikit, banyak dengar ceramah sikit, dia dah mula dah nak hentam orang. Bahaya ye. Kalau nak hentam orang boleh, tapi kena ada lesen lah. Kena ada background ilmu yang kukuh. Kalau takde, jangan hentam-hentam, cakap baik-baik, kongsi yang baik-baik aje ye. Itu yang terbaik. Jangan marah, jangan hina orang lain. Kalau orang tak tahu, tapi kita tahu, kita ajar la dia. Jangan hina dia macam Pak Abu gelakkan pendekar bujang lapok yang baru nak belajar jawi. Rupe-rupenye dia pun tak tahu juge.








Ni lah dugaan dan cabaran dunia online yang paling besar. Pantang nampak yang salah, terus nak hentam..terus nak share. Merbahayee...siang malam berjaga-jaga. But a gentle reminder, by saying all this, aku tak bermaksud pun nak act macam aku ni solehah, tak buat salah..No no. Aku cuma nak share pendapat dan nak saling ingat-mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan.

In fact, i always thought that i've made more mistakes than everyone else, past and present tense. Jadi sebab tu aku selalu nak cakap hal yang baik-baik (dalam blog/fb khususnya), bukan sebab nak memoyokan diri, walaupun selalu terasa poyo, huhu. Tapi mane lah tau, cakap/tulis benda yang baik-baik ni boleh jadi bahan untuk beratkan timbangan nanti. Hee Amin~



The after effect


♥ assalamualaikum 


I have been wanting to write about this since yesterday..Tapi disebabkan bila dekat rumah, takda masa nak menghadap laptop, jadi dah balik UTM baru lah boleh menaip dekat blog ni. Huhu..Bagus jugak lambat update blog, sempat la perasaan yang bercampur baur ni reda sikit. Boleh menulis dengan tenang.










Banyak sungguh isu yang timbul. Mungkin dari dulu dah banyak berlaku isu yang sama, tapi sebab aku muda lagi, tak peduli pun apa yang jadi. But now, disebabkan tanggungjawab dah kena pikul, kena lah ambil tahu. Tak sangka, susah jugak nak jadi patriotik nih. Banyak yang perlu difikirkan.



Tragedi berdarah di Perak memang sangat shocking dan menyedihkan. Takut, marah, sedih, semua ada. Tapi kita tak ada kat sana jadi kita tak faham. Cuma aku sedih bila orang sibuk cari siapa yang mula dulu. Macam bergaduh adik beradik. Bukan siapa mula dulu yang ayah nak tahu kan? Kecewa bukan sebab siapa yang mula, tapi sebab melihat pergaduhan yang berlaku sesama saudara, itu yang paling pedih. 

Cukup lah cari punca untuk mempersalah orang. Kalau nak cari siapa yang mula dulu, jadi lah adil. Jangan tengok satu pergaduhan je, tengok semua yang dah berlaku sepanjang berpolitik di sini. Bila dah buat kajian, dah buat perkiraan, dah dapat nilai, apa yang nak dibuat pula? Masa untuk menghukum perkara yang dah berlaku ke? Menghukum atas dasar apa? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Sejarah untuk diambil pengajaran semua orang, bukan untuk dibuat senjata berperang.



Dakwat kekal adelah bukti janji bersih. Ramai yang tak faham, ramai yang terlalu mudah menerima, bersyukur katanya. Seperti memang rela ditipu oleh si peniaga. Mana datang dakwat kekal ni? Dakwat kekal adelah hasil tuntutan Bersih. Penat rakyat berarak untuk menuntut kebersihan masa mengundi. Rakyat yang bersuara, tak kira parti. Walaupun ramai yang tak setuju dengan cara Bersih dijalankan, tapi aku pasti ramai yang mahukan perkara yang sama. Keadilan, sebenarnya itulah matlamat Bersih. 

Dakwat yang tak kekal bukan lah satu isu yang sengaja dibangkitkan. Tapi adelah satu lambang penipuan yang jelas. Lambang janji yang tidak ditepati.  Bayangkan, kita dijanjikan dakwat untuk kekal seminggu, tapi sehari pun tak mampu terus tercalit dijari pengundi. Mana janji? Janji yang ini, yang paling ketara, mengapa tak ditunaikan. Risau, risau kerajaan ditipu oleh orang-orang yang sengaja menganiaya. Takut wang yang habis dibelanja untuk dakwat yang kekal itu sia-sia. Bukannya membangkitkan isu kekalahan, tapi membangkitkan isu ketidak telusan dalam menabur janji. 



Paling pedih bila kesatuan yang kononnya dipupuk melalui laungan SATU, hanyalah satu angan-angan. Bersatunya sesuatu bangsa bukan melalui apa yang tertulis di papan tanda, tapi bersatu sesuatu bangsa itu adalah lebih dalam lagi. Hati tak bersatu, apa guna mulut menipu? Kita bangsa Melayu atau Malaysia? Keliru. Yang mana sebenarnya lebih utama? Dalam kekeliruan, aku pilih untuk berjuang atas nama Islam. Satu perjuangan yang pasti, satu laluan yang takkan bawa aku ke jalan mati.










Siapalah kita untuk perjuangkan Islam walhal iman di dada masih belum kukuh, malah masih rapuh. Iman dalam diri setiap muslim adelah perjuangan individu, perjuangan kau dan aku. Tapi memperjuangkan Islam itu adelah perlu, kau dan aku perlu bersatu. Setiap kali aku berbicara tentang Islam, aku sebak melihat diri sendiri. Aku malu. Tak pernah aku berhenti berdoa agar dosaku diampunkan olehNya. Semoga setiap kali aku malu itu, semakin hampir aku merangkak ke syurgaMu, maha pengampun, maha pengasih dan penyayang, segala yang indah itu adelah rahmat dariMu.

*Lau kana bainana~