rakaat-rakaat

assalamualaikum


Alhamdulillah, dapat puasa harini, masih bernyawa harini. Syukran syukran. .Semalam aku ikut family berbuka kat masjid s.alam. Mula-mula terasa berat hati sebab, sebab malas, hehe. Tapi aku diamkan je dan follow the flow. Ayah kata nak buat lapan je, last-last dia tukar, nak buat full. Jiwa ku mula meronta-ronta, huarghghghghgh Lamaaa gila buleh pengsannnnnnnnnn. .Tapi, tapi diam jela, redha. huu

Pastu. .eh,tak penat sangat pun. Tak pengsan pun. .hehe Ok je. Imam best, sedap mengaji, tak laju tak slow. Ok lah, dalam pukul 10 lebih dah habis dah. Sengal-sengalan jugak lah badan, tapi tak pe lah. Bukan selalu pun. Walaupun cam memberontak jugak awal-awal, tapi alhamdulillah. First time ever buat terawih penuh 20 rakaat. ACHIEVEMENT UNLOCK!  ekekekekeke 22 tahun idup baru nak unlock. ikh ikh ikh. .


Solat sunat


Untuk membaloikan lagi keterawihan pada bulan ramadhan, haa. .buleh la memulakan ibadat anda dengan solat tahyatul masjid. Lepas buka, sebelum magrib boleh la buat solat sunat qabliah, dah magrib buat ba'diah pulak. Lepas tu teruskan benda yang sama untuk isha' pulak. Memang sakit pinggang lah biler balik, tapi ossem kot balik masjid sakit pinggang. Rase accomplished. hahaha


Solat sunat qabliah tu antara solat rawatib isitu solat sunat yang dilakukan sebelum solat fardhu. kalau selepas pulak, solat sunat ba'diah. Solat qabliah fungsinya untuk menenangkan jiwa kita before solat fardhu. Yelah, dah penat-penat buat kerja, kalau terus solat kan hati rasa tak tenang. Jadi solat qabliah ni kira warm up untuk solat fardhu la. Ecewah, warm up gitu. Dulu aku tak paham asal la orang selalu solat before solat betul kan, aku pun folow jelah. Tapi niat apentah, mwahahahhaha. .Aku niat solat sunat je, huhu.

Solat sunat ba'diah pulak berfungsi sebagai penyempurna solat fardhu. Kalau ada yang terkurang terlebih dalam solat fardhu tadi, kira tercover lah dengan solat ba'diah ni. Biaselah, kalau solat ni mane pernah nak khusyuk sangat. Ade kucing lalu la, makcik depan nampak kaki lah rase nak tarik je kain dia la, orang sebelah bersin-bersin la. .haha tu belum kalau aku bersin, memang sakit jiwa la solat seblah aku yang selsema. Ishishis.

Ok adik-adik, itu lah dia perkongsian kakak apel pada harini. huahuahua. .Macam segmen belajar solat pulak. .heheh. Well, muka pun dah ade macam cikgu en? en? ekhem. .haha Saje rase nak share, altho i know most of you already knew about it, tapi takpe ler. Seronok pulak main cikgu-cikgu ni sekali sekale. heheh

*rererenungkan dan selamat beramal! heheh
**more info on solat sunat rawatib here

ramadan

assalamualaikum


Selamat berpuasa semua. It is not an easy month for us muslims, but if we keep our faith strong, syawal will surely have a much deeper meaning to us. Masa ni lah nak kumpul pahal banyak-banyak. Tapi tulah, easier said than done. Kalau kebaikan tak dipupuk tak dididik dalam diri kita, tiba-tiba nak beranjakan paradigma memang payah sikit. huhu. .Tapi takpe, pelan-pelan kayuh. Insyaallah~


Dugaan.


Dugaan tak kira masa. Ramadan atau bulan-bulan yang lain, dugaan ade kat mana-mana. Tapi di sebabkan bulan ni sepatutnya semua syaitan dah dibelenggu, dugaan yang paling besar datang bila kita dah takde alasan untuk setiap kejahatan yang kita buat. Semuanya perbuatan kita sendiri tanpa hasutan syaitan gemuk mahupun kuruss. So setiap kali buat jahat sape setan sebenarnya? kite lah tu. huhu~

Lau akan bainana, andainya kekasih (nabi) dikalangan kita, mesti semuanya jadi lebih mudah kan? :) But hey, he is always with us. Sentiasa ada dalam hati kita kan. .Hm kadang-kadang kita malu nak ucapkan kata-kata yang indah macam tu sebab malu dengan diri sendiri. Selama ini aku huhahuha je, cakap pun main pakai cakap je, tetibe bulan puase nak bajet baik pulak. Bajet alim-aliman pulak.

Aku pun selalu rasa macam tu. *selalu sangat* Tapi takpe lah, nawaitu hanya Allah yang tau kan. So, what ever lah, walaupun cam ade terasa poyo sikit, takpe, maybe pahala yang kita dapat thru menyampaikan dan mengucapkan perkara yang baik-baik tu adalah sikit. Jadi ayuhla, dont be ashame to do good. Good deed is not shameful at all.


Dalam bulan yang mulia ni, semua kebaikan akan digandakan pahalanya. Kalau yang sunat pahalanya sama macam membuat yang fardhu, yang fardhu pulak pahala berlipat-lipat kali ganda pahalanya tak terkira. To infinity and beyond! Sebab tulah bulan puasa ni semua orang berebut-reeebut nak buat baik. Kira nak dapat gaji bonus lah bulan ni, aha. .Gaji bonus sangat ossem kan? Oleh itu, bulan ni kalau payah nak buat/extrakan amalan ibadat, takpe, plan no 2. .kita kurangkan benda yang lagho. Kurangkan dengar kpop dan sebagainya, ekhem. Ekhem ekhem. . Kurangkan tengok axn dan sebagainya. *terasa sendiri* hehe


iktikaf tu ape ler?


ha. .iktikaf. Iktikaf tu secara am nya bermaksud berdiam diri. Tapi secara detailnya, iktikaf tu bermaksud berdiam diri di dalam masjid dan mendekatkan diri dengan Allah. Nak detail lagi bace sini or sini. Mudahnya kalau kita nak gi solat kat masjid, niat la beriktikaf sekali. Terawih lama kan? Terseksa panas berpeluh-peluhan kan? huhu. .Jadi alang-alang kita dah lama kat dalam masjid tu, sambil dapat pahal solat fardhu, solat sunat, dapat pahala iktikaf sekali. Ahhaa triple the pahala babe, triple the pahala. Nak baca lagi pasal iktikaf baca kat sini, baca-baca. Meh meh :)


"nawaitu iktikaf fi haazal 
masjid sunnatan lilahi taala"


*itu sahaja untuk harini. selamat berbuka in advance :)
**btw, "sini" dalam post ini adelah link.

bulu kening

♥assalamualaikum


Orang melayu kata, dari mata jatuh ke hati. Aku rasa secara halusnya ayat tu membawa makna kalau mata tak sedap memandang, hati tak sedap nak menyinta. haha geli gila ayat. .euwww~ Well, but well well. .betul lah tu, orang lelaki lah selalunya macam tu. Nak yang sedap mata memandang. Ape yang sedap? Now, that is the big question. You tell me.

Semalam.

Semalam site supervisor tanya, ' mesti ramai orang ngorat u kan? ' Haha, aku geleng je. Pastu aku tanya la kenape. .ingatkan hot stuff lah tetiba ada org tanye camtu. Lepas tu dia cakap, ' kalau ade taik lalat bawah mata tu biasenye org yang dikenali ramai ' oh i see, sebab tu ke. Patut la before tanye tu dia cam pandang aku. Ingatkan sebab dia rase aku lawa ke hape ke, kahkahkah. Nak perasan pun terbantut! *gelak dalam kecewa*

Kening lebat.


After commenting on my fly shit, he asked me bout my eyebrows. ' Kenapa you tak cantikkan kening macam perempuan lain biasa buat? ' Cisdel, aku terasa, jauh di dalam lubuk hatiku, aku terasa. =.="

I do, i do have a very thick bushy eyebrows. Rasenye keturunan kot..huhu Adik beradik semua kening tebal spesis nak bercantum punya. haha. .Darah arab kot, sebab tu la. Ekhem, darah arab tuu..uuuuu~ *kenyit-kenyit mata* Well, what to do. i'm not going to trim it. Dulu pernah la gi buat facial kat spa, ecewah..buat facial gitu. .masa tu ade lah kemaskan kening sikit. Kemaskan je, bukan jadikan dia halus ke ape ke. Orang takkan perasan perubahannye pun. Takpe kan buat camtu? Takpe kot. *yakinkan diri sendiri*


Kalau mengubah bentuk baru dosa kan?


I think its not really the thickness that bother people but the shape. Kalau tebal tapi bentuk dia cantik, tetap nampak ok. Tapi kalau serabut macam aku, ahhhaaaa. .muka jadi macam serabut kan? But well, serabut is my theme. Alhamdulillah ade kening, takdelah air hujan mencurah-curah ke dalam mata. *optimistik*


BULU KENING

Tebal: tertarik terhadap tindakan dan pengembaraan dan tidak setia, 
sukar mempunyai perhubungan kekal dengan pasangan satu saja.
Kurus: kurang berminat terhadap seks.
Dekat satu kepada lain: cemburu.
Jauh satu daripada lain: malu dengan hal seksual.
Lengkung: sangat suka hal-hak seks dan sensual.
Berbentuk segi tiga: lebih suka kepada sebagai teman 
karib daripada bernafsu di katil.
Lurus: sangat menurut kebiasaan di katil.

Google kening dan yang di atas tu lah yang aku jumpa. Is it really true that you can learn about a person personality just by eye browsing? *pun intended* I don't know..but don't believe it that much. Aku sangat setia kot. Ekhem. .*kenyit mata lagi*

Apa-apa pun, jangan biarkan fizikal diri yang kawal keyakinan kita. Keyakinan tu patut datang dari dalam, dah macam iklah shampu pulak. Hehe Anyway, kecantikan ni terlalu subjektif. Ada orang suka kening tebal, ade orang tak suka, tapi sebenarnya takda siapa kisah sangat pun pasal kening ni. yang penting kita, kita suka tak? Kalau kita sayang diri kita, kita akan suke dan appreciate semua yang Allah bagi dekat kita..dan kita akan lebih faham makna kecantikan yang sebenar.

reminiscence



kadangkala terasa seperti dimainkan mimpi
mimpi selalu bermain dengan fikiranku
memberi harapan kepada yang mustahil untuk ku kecapi sama sekali
mimpi yang buat ku khayal dengan masa silam
menjadikan aku seorang bebal yang mencintai kenangan
aku masih di situ, bersama teman yang setia dulu
mencari jalan untuk seiring dengan masa



When you are lonely, your mind will play tricks with you. It takes you away to the best memory you ever had, and left you there. .Until someone come and save you, and bring you back to reality. There are times when the present is not being good to you and you wanna go back to glory days. Your mind keep rewinding the laughter, the tears of happiness you once share with people that had disappeared through time. People that you never really care about suddenly become so significant to you. It almost makes you think, makes you feel that life will never be the same without them. 

. . . .save me. These memories are drowning me deeper every time.