ramadan

Sunday, July 22, 2012

assalamualaikum


Selamat berpuasa semua. It is not an easy month for us muslims, but if we keep our faith strong, syawal will surely have a much deeper meaning to us. Masa ni lah nak kumpul pahal banyak-banyak. Tapi tulah, easier said than done. Kalau kebaikan tak dipupuk tak dididik dalam diri kita, tiba-tiba nak beranjakan paradigma memang payah sikit. huhu. .Tapi takpe, pelan-pelan kayuh. Insyaallah~


Dugaan.


Dugaan tak kira masa. Ramadan atau bulan-bulan yang lain, dugaan ade kat mana-mana. Tapi di sebabkan bulan ni sepatutnya semua syaitan dah dibelenggu, dugaan yang paling besar datang bila kita dah takde alasan untuk setiap kejahatan yang kita buat. Semuanya perbuatan kita sendiri tanpa hasutan syaitan gemuk mahupun kuruss. So setiap kali buat jahat sape setan sebenarnya? kite lah tu. huhu~

Lau akan bainana, andainya kekasih (nabi) dikalangan kita, mesti semuanya jadi lebih mudah kan? :) But hey, he is always with us. Sentiasa ada dalam hati kita kan. .Hm kadang-kadang kita malu nak ucapkan kata-kata yang indah macam tu sebab malu dengan diri sendiri. Selama ini aku huhahuha je, cakap pun main pakai cakap je, tetibe bulan puase nak bajet baik pulak. Bajet alim-aliman pulak.

Aku pun selalu rasa macam tu. *selalu sangat* Tapi takpe lah, nawaitu hanya Allah yang tau kan. So, what ever lah, walaupun cam ade terasa poyo sikit, takpe, maybe pahala yang kita dapat thru menyampaikan dan mengucapkan perkara yang baik-baik tu adalah sikit. Jadi ayuhla, dont be ashame to do good. Good deed is not shameful at all.


Dalam bulan yang mulia ni, semua kebaikan akan digandakan pahalanya. Kalau yang sunat pahalanya sama macam membuat yang fardhu, yang fardhu pulak pahala berlipat-lipat kali ganda pahalanya tak terkira. To infinity and beyond! Sebab tulah bulan puasa ni semua orang berebut-reeebut nak buat baik. Kira nak dapat gaji bonus lah bulan ni, aha. .Gaji bonus sangat ossem kan? Oleh itu, bulan ni kalau payah nak buat/extrakan amalan ibadat, takpe, plan no 2. .kita kurangkan benda yang lagho. Kurangkan dengar kpop dan sebagainya, ekhem. Ekhem ekhem. . Kurangkan tengok axn dan sebagainya. *terasa sendiri* hehe


iktikaf tu ape ler?


ha. .iktikaf. Iktikaf tu secara am nya bermaksud berdiam diri. Tapi secara detailnya, iktikaf tu bermaksud berdiam diri di dalam masjid dan mendekatkan diri dengan Allah. Nak detail lagi bace sini or sini. Mudahnya kalau kita nak gi solat kat masjid, niat la beriktikaf sekali. Terawih lama kan? Terseksa panas berpeluh-peluhan kan? huhu. .Jadi alang-alang kita dah lama kat dalam masjid tu, sambil dapat pahal solat fardhu, solat sunat, dapat pahala iktikaf sekali. Ahhaa triple the pahala babe, triple the pahala. Nak baca lagi pasal iktikaf baca kat sini, baca-baca. Meh meh :)


"nawaitu iktikaf fi haazal 
masjid sunnatan lilahi taala"


*itu sahaja untuk harini. selamat berbuka in advance :)
**btw, "sini" dalam post ini adelah link.

You Might Also Like

0 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post