rakaat-rakaat

Monday, July 23, 2012

assalamualaikum


Alhamdulillah, dapat puasa harini, masih bernyawa harini. Syukran syukran. .Semalam aku ikut family berbuka kat masjid s.alam. Mula-mula terasa berat hati sebab, sebab malas, hehe. Tapi aku diamkan je dan follow the flow. Ayah kata nak buat lapan je, last-last dia tukar, nak buat full. Jiwa ku mula meronta-ronta, huarghghghghgh Lamaaa gila buleh pengsannnnnnnnnn. .Tapi, tapi diam jela, redha. huu

Pastu. .eh,tak penat sangat pun. Tak pengsan pun. .hehe Ok je. Imam best, sedap mengaji, tak laju tak slow. Ok lah, dalam pukul 10 lebih dah habis dah. Sengal-sengalan jugak lah badan, tapi tak pe lah. Bukan selalu pun. Walaupun cam memberontak jugak awal-awal, tapi alhamdulillah. First time ever buat terawih penuh 20 rakaat. ACHIEVEMENT UNLOCK!  ekekekekeke 22 tahun idup baru nak unlock. ikh ikh ikh. .


Solat sunat


Untuk membaloikan lagi keterawihan pada bulan ramadhan, haa. .buleh la memulakan ibadat anda dengan solat tahyatul masjid. Lepas buka, sebelum magrib boleh la buat solat sunat qabliah, dah magrib buat ba'diah pulak. Lepas tu teruskan benda yang sama untuk isha' pulak. Memang sakit pinggang lah biler balik, tapi ossem kot balik masjid sakit pinggang. Rase accomplished. hahaha


Solat sunat qabliah tu antara solat rawatib isitu solat sunat yang dilakukan sebelum solat fardhu. kalau selepas pulak, solat sunat ba'diah. Solat qabliah fungsinya untuk menenangkan jiwa kita before solat fardhu. Yelah, dah penat-penat buat kerja, kalau terus solat kan hati rasa tak tenang. Jadi solat qabliah ni kira warm up untuk solat fardhu la. Ecewah, warm up gitu. Dulu aku tak paham asal la orang selalu solat before solat betul kan, aku pun folow jelah. Tapi niat apentah, mwahahahhaha. .Aku niat solat sunat je, huhu.

Solat sunat ba'diah pulak berfungsi sebagai penyempurna solat fardhu. Kalau ada yang terkurang terlebih dalam solat fardhu tadi, kira tercover lah dengan solat ba'diah ni. Biaselah, kalau solat ni mane pernah nak khusyuk sangat. Ade kucing lalu la, makcik depan nampak kaki lah rase nak tarik je kain dia la, orang sebelah bersin-bersin la. .haha tu belum kalau aku bersin, memang sakit jiwa la solat seblah aku yang selsema. Ishishis.

Ok adik-adik, itu lah dia perkongsian kakak apel pada harini. huahuahua. .Macam segmen belajar solat pulak. .heheh. Well, muka pun dah ade macam cikgu en? en? ekhem. .haha Saje rase nak share, altho i know most of you already knew about it, tapi takpe ler. Seronok pulak main cikgu-cikgu ni sekali sekale. heheh

*rererenungkan dan selamat beramal! heheh
**more info on solat sunat rawatib here

You Might Also Like

2 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post