hukum

Friday, March 02, 2012

assalamualaikum

ustaz azhar idrus

Sesungguhnya kita semua ini adalah manusia yang jahil. Aku khususnya begitu jahil tentang banyak perkara. Namun tak bermaksud yang aku ini tidak berilmu sedikit pun hingga tidak mampu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Tau tak isu komen Tun Dr M tentang isu hukum hudud? Video dah tersebar kat youtube, fb dan sebagainya dah. Kalau ade mase, tengok la. *bace komen orang sekali. baru syok* haha


Hukum hudud bukanlah ciptaan ahli fiqah malah di dalam Al-Quran ade banyak kali menyebut tentangnya. Surah An-Nur ayat 2 malah menceritakan hukuman bagi penzina berserta pesanan supaya tidak berasa kasihan terhadap hukuman yang perlu dikenakan sekiranya kamu adelah orang yang beriman. Sesungguhnya Allah itu menguasai langit dan bumi dan hanya DIA yang berhak untuk menghukum sesiapa yang DIA kehendaki dan mengasihani sesiapa yang DIA kehendaki juga. Adekah hukuman yang ditetapkan Allah itu adil? Orang yang mempersoalkan kekuasaan Allah adelah seperti mencabar keimanan dirinya sendiri tanpa mengetahui ade kemungkinan besar yang dirinya telah menduakan Allah, dan sesunggahnya orang yang menduakan Allah yang maha adil dan saksama itu adalah berada dikalangan orang-orang yang musyrik atau munafik.


*Lepas bace ape yang aku tulis tadi, berani tak nak persoalkan hukum hudud tu lagi?

Tak kan? (hopefully. huhu) Sebab kita takut. .takut kita tersalah cakap dan secara tak sedarnya kita telah mengkafirkan diri kita sendiri. Jangan persoalkan tentang hukum itu adil atau tak, tapi yang dipersoalkan adelah orang-orang yang akan melaksanakannya nanti. Siapa yang akan jadi saksi? Siapa yang akan jadi hakim? Siapa yang akan jadi pembela? Siapa yang akan dihukum nanti? Setiap perkara yang ditetapkan Allah, adelah yang sempurna dan tiada cacat celanya melainkan bila diseleweng oleh manusia itu sendiri. Jadi bila tanpa malunya kita mempersoalkan keadilan hukum Allah itu dikhalayak ramai, tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup, apekah hukumnya bagi kita pula? Apekah azabnya bagi kita yang secara sengaja atau tak telah menyebabkan pertelingkahan dikalangan umat islam, menyesatkan secara halus umat islam yang sememangnya sudah berada di lembah kejahilan dan kebatilan?


Mana letaknya kita nanti? Tapi Allah itu maha adil. DIA yang maha mengetahui.


Tapi yang bahaya adelah, kenyataan umum daripada orang yang berpengaruh besar akan memberi impak kepada pengikut dan pen-tidak-ikutnye pulak. hehe Akan ada ramai orang setuju, tak sutuju atau berada di tengah-tengah. Dan yang lebih tidak adilnya adelah bila dua pihak yang setuju dan tak setuju tu mula bertelingkah. hah


orang yang tak setuju : "Kau ni bla3. .bla3. . .kafir."
orang yang setuju : "Kau ni takde ilmu, amalan pun takde nak kata orang kafir. Hipokrit bla3. .munafik bla3."
orang tengah : "Dua-dua bengong. Ape pun tak boleh! zzzzzzz"


Tak adil kalau awak kata orang-orang yang tak setuju dengan sesuatu kenyataan tu tak setuju membabi buta sebab awak pun sama. Awak setuju pun membabi buta jugak kalau awak cakap dia macam tu. Nak setuju atau tak, kena kaji dulu. Jangan ambil jalan pintas dan rujuk pendapat orang lain sahaje. Kena bukak buku agama, bukak al-quran dan cari betul-betul sampai jumpa jawapan kalau hati rasa tak tenang dengan kekeliruan ni. Its not fair for you to judge people if you are doing the exact thing, only on different side. Apa-apa pun, kalau tak bersedia untuk berhujah, berdiam itu adelah lebih baik. Kalau masih nak utarakan pendapat, tak pe, go on. Tapi mulakan dengan bismillah, rendah diri dan menghormati perasaan orang lain.

Kalau kat kelas cikgu kata "Kalau awak diam je mana sy nak tau awak paham tak. Jangan la takut, sy tak makan orang. Yang penting awak cakap." Dalam dunia realiti pun sama. Dunia ni kelas kita. Kita buat benda yang sama. Ade pendapat, luahkan, kalau salah orang betulkan. Ye dak? So that is what i am trying to do here. .Sy menyampaikan ape yang terlintas di kepala hotak yang banyak rongga ni dan mengharapkan tanda pangkah tau tanda rait (right) daripada kawan-kawan dan umum maybe.

Soal hukum ini memang banyak halnya. Bukan perkara yang remeh. Kalau kita tahu sikit, senang nak rasa hukuman tu tak adil. Tapi segalanya bermula dengan iman. Kalau kita yakin dan percaya pada ajaran Nabi Muhammad SAW, segalanya akan jadi baik-baik sahaja. Jangan mudah menolak atau menerima sesuatu perkara tanpa usul periksa atau kelak kita puler yang akan binasa. Hati-hati bila berbicara tentang agama kerana Islam bukan agama yang boleh dibuat persenda.

Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.

*aku orang biasa yang banyak dosa dan masih melakukan dosa. i'm really hoping that what i said wont make people judge who i am but rather i'm hoping that i am making people to really think and maybe, even speak out themselves. :)

You Might Also Like

2 ♪♬♪♪♬ Comments

  1. pada aku kalau tak tau, lebih baik diam. Kalau tak tau jugak, tanya orang yg tau. Malu bertanya sesat jalan :) tapi biasanya kita2 ni malu nak tanya, lebih2 aku kat kelas yg malu nak tanya & tak faham

    ReplyDelete
  2. malu mmg musuh utama. haha klu tak tau lebih diam mmg btul, tp ad sstengah bnde yg kte kne tau. xleh wat dono je. .haa en en?

    ReplyDelete

Tell me what you think about this post