tuan puteri pulak di 'seni' kan


assalamualaikum dan hai :)

Honestly, aku sebenarnye sangat lah tah hape-hape dalam menggunakan photoshop. Tapi disebabkan aku mempunyai tahap ke-tak-kesahan yang tinggi. .Dengan muka bajet pro dan mahirnya, aku meng'post'kan hasil karya yang err. .yang. . .emmmm yang serba serbi serbu kekurangan ini. haha To miyabimaru~ i mish you and i dont know how to express it. So, tadaaa! See! Aku stalk ko. .which means. . . . i miss you and i love you so much. :) Walaupun aku telah mengarut-ngarutkan gamba kau, tapi. . . .this is tanda kasih sayang saya kepada anda. hikhikhik *muke comel*




seni orang malas : jimy versi kartun?


assalamualaikum dan hai :)

Aku tak sure ni kira katun ke ape ke. Huu Yang pastinya mmg hasil seni yang tak berapa nak
membanggakan sangat lah kan. ekekeke Aku malas la nak mengkatunkan ko jimy. .Malas giler nak
outline satu-satu. Jadi jalan pendeknye, aku pun berbajet karyawan dan pro-photoshop
maka terhasillah ini. Kaler pun aku tibai-tibai je. ehek ehek. . Comel ape?? Kan kan????

Oke letewwwww! :b kehkeh Kalau rajin aku buat balik. hehe



belum sampai seru?




assalamualaikum dan hai :)
Hehe. Haritu aku de tulis pasal 'hipokrit ke kalau bertudung?' haa. .hipokrit ke? jenk3. .ecewah. Aku sebenarnye mengharap komen-komen kat entry tu supaya aku boleh tau betul ke salah ke, ajaran sesat ke yang aku tulis tu kan. huuu Tapi Alhamdulillah, ade lah jugak respon. Oke leteww. .Tenkiu bebanyak. hee Dalam antara komen tu, ada yang tanya pasal datang seru pulak. Sorang je pun. :b haa. .Dan maka oleh yang demikian terhasillah ini.

Define makna seru.
Seru, panggilan, sahutan, ajakan. Beli la sebuah tafsir al-quran, dan bawa lah berjumpa seorang guru islam, dan minta lah dia mengajar mu tentang kandungannya. Baca, kaji dan fahami makna kitab suci Allah dan kita akan sedar, seruan untuk menutup aurat, menunaikan solat, membayar zakat dan ibadat-ibadat yang lain telah termaktub didalamnya sejak dulu lagi. Jadi bila yang "belum sampai seru lagi tu?" haa. .instead, kalau kita faham betul-betul, maknanya dah jadi "Saya tak pernah kaji al-quran sampai tak tau tentang perkara tu." Tak pasal-pasal menampakkan kejahilan kita sendiri, betul tak?


' Dulu hidup saya sentiasa bergelumang dengan dosa. Saya tak tutup aurat, tak pernah solat, puasa, hidup saya penuh dengan kemungkaran. Tapi alhamdulillah, berlaku satu kejadian yang tak diduga kepada saya. Orang kata apa tu, dapat seru daripada tuhan. . Alhamdulillah Ya Allah syukurnya saya tuhan je yang tahu. Saya dapat hidayah dan petunjuk dari Allah, atas belas kasih sayang DIA saya kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha pengasih. '
Mungkin yang dimaksudkan dengan seru ialah HIDAYAH.
Aku ni orang jahil. Tak banyak yang aku boleh tulis pasal ilmu-ilmu agama ni. Amalan pun sebaya budak sekolah rendah, dosa, hm. .Blog aku pun bukannya islamic sangat pun. huu Tapi sekurang-kurangnya, setiap kali aku nak menulis pasal agama, aku akan sedar betapa jahilnye, kerdilnye, lemahnya aku ni. Paling baik, aku mula carik maklumat-maklumat dalam buku agama, tafsir dan sebagainya. Lebih baik, aku mula beramal sebaya umur yang sepatutnya.

Apa yang aku tau pasal hidayah ialah hidayah tu petunjuk, cahaya yang diberikan Allah kepada kita untuk membimbing kita ke jalan yang benar. Betul ke? Salah betulkan ye. Haa Siapa yang dapat hidayah Allah ni? Sesiapa je ke? Wallahualam. Tapi kita sebagai umat islam tak boleh lah nak tunggu je hidayah tu sampai tak buat apa-apa. Hidup dalam kemaksiatan tapi mengharapkan hidayah dari Allah. Kalau lah orang yang dapat hidayah pun kena berdoa, mintak jangan dipalingkan hati mereka setelah diberikan hidayah, ini kan pulak kita kan? Mesti lah berganda-ganda doa dengan ibadahnya. Betul tak?




" Siapa yang dapat hidayah tu kan kuasa tuhan, tak kisah la kafir ke munafik ke, bukan kita yang tentukan. " Memang betul semuanya kuasa tuhan, tapi macam ilmu lah, kalau tak cari tak dapat. Macam nasi, tak masak tak makan. .Macam melihat, tak bukak mata tak nampak. Tapi mungkin juga hidayah telah lama sampai kat diri kita pun. Tapi sebab kita terlalu terikat dengan hal dunia, tak pernah mendekati Allah, kita tak nampak pun hidayah tu. Kita leka. Paling sedih, Allah dah tutup pintu hati kita. Terus tak dapat hidayah.


Jadi kita ni dalam golongan yang mana?


Yang dah tertutup pintu hati? Yang terlalu terikat dan taksub dengan duniawi sampai terlepas pandang hidayah Allah? Atau adakah kita golongan yang jahil, angkuh dan munafik tanpa kita sedar? Tepuk dada tanya iman. . :)




Jangan terlalu memberikan alasan. Cukup la kita penuhkan zaman kanak-kanak, zaman sekolah kita dengan alasan. Sekarang ni, mulalah jadi orang yang akur, yang rendah diri. Akui kelemahan diri sendiri dan mula buat strategi untuk berubah. Menunggu seru tu dah tak patut keluar dari bibir kita dah, lebih baik diam dan tunduk malu setiap kali orang bertanya. Jangan sampai jawapan "belum sampai seru" tu secara tak sengaja membuatkan kita seperti menyalahkan tuhan atas kesalahan diri sendiri. Adekah tuhan itu sengaja membiarkan kita hilang dalam kesesatan? Atau adekah kita yang tak pernah mencari jalan keluar? haa. .

*Kadang-kadang kita tak sedar sebanarnya kita dah jauh tersesat dari ajaran islam yang sebenar. Doa lah banyak-banyak, semoga kita terselamat dari jadi orang-orang yang kafir, munafik dan sesat.

hipokrit ke kalau bertudung?

assalamualaikum

Harini tetiba aku rasa nak membebel pasal hipokrasi. ekhem, *muke poyo* Emm Tudung, shawl, hijab. Ade sesetengah kawan aku akan pakai tudung kadang-kadang je. Bila ada kelas agama, bila nak pergi masjid, bila nak pergi majlis keagamaan dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Tapi ade jugak kawan aku yang degil gila sampai jejak masjid pun kepala bogel. " Kenapa aku kena hipokrit? Aku orang jujur "

Dulu aku prefer orang yang either pakai tudung betul-betul atau tak pakai tudung langsung. Aku tak suka yang on off sebab aku rasa, hmm macam hipokrit je. Pakai biler nak je, suke hati dia. Tapi sekarang aku dah tak rasa macam tu sikit pun. Dulu aku judgemental sikit, (masa sekolah) tapi masa kat matrik, kat universiti, aku dah tak label orang serkap jarang dah. Kalau aku tak kenal aku takkan komen or kritik or pikir apa-apa. Neutral. Aku tak rasa orang yang on off bertudung tu as a hipokrit tapi aku rasa diorang menghormati majlis atau sedang cuba menjinak-jinakkan diri dengan tudung sepenuh masa.


*Menghormati majlis? Mengarut gila.
Tak mengarut pun actually. Semua orang perlu ada perasaan malu. Bila dia pergi ke satu tempat yang memerlukan aurat ditutup, dia malu tak tutup aurat jadi dia tutup la. Nak ambil adik kat sekolah agama, dia pakai tudung sebab sekolah tu dalam kawasan masjid. Alhamdulillah. Dia menghormati rumah Allah. Berpuasa di bulan ramadhan, dia rasa malu tak tutup aurat padahal berpuasa, jadi dia sopankan diri kerana malu. Alhamdulillah. .Dia menghormati bulan mulia ni.

Kadang-kadang orang takut nak bertudung sebab kawan-kawan suka cakap belakang. Mengumpat. Buat baik salah, buat tak baik sah-sah kena label jahat, sosial, bla3.



Aku suka bila kawan-kawan aku yang tak bertudung, bertudung. Paham tak ape yang aku cuba sampaikan? wuu Nak nak yang comel-comel cun-cun tu kan. Aku suka sangat. Tak kisah la sejam je ke, sehari je ke, sebulan je ke, tak kisah la. Aku tetap seronok untuk sejam, sehari dan sebulan tu. Aku jeles, cantiknya diorang kan. Ecewahh Kita sebagai kawan kena lah pandai galakkan diorang. Bila dia cuba buat sesuatu benda baik, walaupun niat asalnya macam salah je, takpe. .Kita tegur sikit-sikit. Haa kan? " Mana-man perempuan pun, bila bertudung mesti nampak ayu, mesti nampak cantik dan sopan. " betul tak?

*Kenapa orang rasa hipokrit bila bertudung? Sebab rasa diri tak layak ke?
Aku sangat tak suka dan hampir-hampir nak menyampah gila babeng la bila ade orang kata dia tak dan taknak pakai tudung sebab rasa hipokrit. Siyesli, tak suka. Sebab secara mudahnya, mari berbalik kepada asas. Kita orang islam, wanita islam wajib menutup aurat fullstop. Now, kenapa bila nak buat benda yang sepatutnya kita buat, kita rasa hipokrit? Kenapa tak rasa malu, hipokrit bila buat yang sebaliknya?


" Rasa hipokrit tak pakai tudung padahal aku orang islam. "
" Rasa hipokrit pakai baju adik-adik padahal aku orang islam. "
" Rasa hipokrit pergi pasar pakai tudung tapi t-shirt lengan pendek. "
" Rasa hipokrit bila bertudung tapi pegang tangan bf. "
" Rasa hipokrit bila berjam-jam belit selendang kat kepala tapi tak tutup dada pun. "
" Rasa hipokrit pakai tudung tapi bila angkat tangan nampak badan. "


Perh, memang terasa la. Aku yang terasa, huu. .Kalau korang rasa korang hipokrit, yes it is true. You're such a hypocrite. Tapi bukan masa kau bertudung, bukan masa kau menutup aurat, bukan masa kau berbuat baik. Tapi kau hipokrit bila kau tak bertudung sedangkan kau islam, tak menutup aurat sedangkan kau berpuasa, berbuat jahat sedangkan islam itu mengajak kepada kebaikan. Kenapa kena sekat perkara yang baik? Sekat lah perkara yang jahat untuk buang hipokrit tu. That is the simplest common sense ever, dont you think?

from this

to this

Kenapa kita bertudung? Sebab rambut tak lawa? Sebab muka nampak lebih cantik bila bertudung? Sebab nampak bergaya macam yuna, hana tajima? Sebab nak melakonkan watak baik dalam drama? Sebab jadi model tudung? Sebab undang-undang sekolah dan universiti? Manusia semakin lama semakin pendek umurnya, semakin lama semakin matang fikirannya. Takkan selamanya kita nak duduk di takuk yang sama kan? Kenalah upgrade. Vista to wimdow 7? Oke aku memang teruk bagi contoh, huu.

**Not meaning to hurt anyone's feeling, aku menulis sebab sejujurnya aku pun rasa diri sendiri ni hipokrit. Aku rasa macam memalukan diri sendiri kadang-kadang, memalukan hijab itu sendiri. Fikir-fikir, ni jawapan yang aku hujahkan untuk diri sendiri.

ramadhan


assalamualaikum dan hai :)

Alhamdulillah, dah sampai dah bulan yang mulia ni. Dah 8 hari berpuasa dah. Tarawih? Ekhem, oke taknak jawab. heheh :b Well, takpelah, sunat. Seeloknya buat lah kan, masa ni la nak kumpul pahala. Lepas ni dah payah dah kan, dugaan berlambak-lambak. Aku pun malas-malas je nak gi terawih, huu. .Berbuka macam bufet, perud dah boyod, susah nak bergerak. ishishish

Ape azam ramadhan tahun ni? Bukan tahun baru je kena ada azam, dahlah bukan tahun islam pun kan. Ikut sangat la mat saleh tu, cool kan. Anyway, ramadhan tahun ni aku nak buat perubahan. Dah besar dah pun, tak boleh la nak puasa macam budak sekolah kan? lets go!


1. Solat penuh setiap hari


*even aira pun solat tau


Semua orang islam tau yang solat tiang agama kan. Tapi berapa ramai je yang berani cakap "aku tak tinggal solat minggu ni" Dalam seminggu mesti ada yang tertinggal subuh, takpun isha'. Tapi tak semua lah kan, a few. Bulan puasa tahun ni, ayuh la solat penuh sepanhjang bulan. Nak cepat cemane pun, malas cemane pun solat jugak. Kalau tak sengaja, qada' kan. .haa


2. Tutup aurat


Whether you free hair, or bertudung or not, lets put that aside. Kita semua selalu label kan perempuan kepada 2 golongan, mostly. Yang bertudung dan yang tak. Mungkin ada baiknya kita tukar, yang menutup aurat dengan yang tak. Adil kan? So takde lah isu pakai tudung tapi tak tutup aurat la, bla3. .Pening kepala. Balik kepada yang asas. Easy.

Kalau bukak tv mesti nampak artis-astis buat iklan ramadhan, buat rancangan ramadhan tapi tak tutup aurat pun. Macam mana bangsa lain nak hormat bulan mulia ni kalau kita sendiri ta hormat? Sekurang-kurangnya, biarlah semua yang kat tv tu menutup aurat, atlist just for a month. Aku suka channel AL-Hijarah, tak banyak iklan. Senang. huu

Kawan-kawan yang saya sayangi sekalian, lets make a change this ramadhan. Yang tak bertudung cuba bertudung untuk sebulan, yang bertudung labuh-labuhkan tudung. Pakai baju yang sopan untuk sebulan ni, kurangkan mekap. Yang lelaki, kurang-kurangkan mencarut. hehe Kenapa mesti sebulan je? Well, its a start. .Kalau tak cuba tak tau. Tapi nak cuba benda baik tu lah yang paling susah ek?


3. Hibernating entertainment


Tv ni mengarut, radio pun mengarut. Puasa ke tak puasa sama je. Tak pernah nak try buat something different. Mungkin diorang fikir, ala nanti yang tak islam tak tengok tv pulak, taknak dengar radio pulak kalau islamic je. If so, then sampai bila-bila pun negara kita akan jadi negara mesra islam instead of negara islam. Ishishish. .



*senget pulak. hehe Hebat tak aira? ;D


Sekian dari saya. Dah lama tak post apa-apa sebab malas dan spent banyak masa upgrade blog. uuuuu Dah upgrade tau. weewit! Pedih-pedih mata buat menatang ni. .hiyah!!!! *SELAMAT BERPUASA! SELAMAT BERBUKA! SELAMAT MELAKUKAN PERUBAHAN DI BULAN MULIA NI! Ecewah. .Hee. .emm jum TERAWIH sama-sama! *malu malu* *kenyit-kenyit mate*