belum sampai seru?

Sunday, August 14, 2011




assalamualaikum dan hai :)
Hehe. Haritu aku de tulis pasal 'hipokrit ke kalau bertudung?' haa. .hipokrit ke? jenk3. .ecewah. Aku sebenarnye mengharap komen-komen kat entry tu supaya aku boleh tau betul ke salah ke, ajaran sesat ke yang aku tulis tu kan. huuu Tapi Alhamdulillah, ade lah jugak respon. Oke leteww. .Tenkiu bebanyak. hee Dalam antara komen tu, ada yang tanya pasal datang seru pulak. Sorang je pun. :b haa. .Dan maka oleh yang demikian terhasillah ini.

Define makna seru.
Seru, panggilan, sahutan, ajakan. Beli la sebuah tafsir al-quran, dan bawa lah berjumpa seorang guru islam, dan minta lah dia mengajar mu tentang kandungannya. Baca, kaji dan fahami makna kitab suci Allah dan kita akan sedar, seruan untuk menutup aurat, menunaikan solat, membayar zakat dan ibadat-ibadat yang lain telah termaktub didalamnya sejak dulu lagi. Jadi bila yang "belum sampai seru lagi tu?" haa. .instead, kalau kita faham betul-betul, maknanya dah jadi "Saya tak pernah kaji al-quran sampai tak tau tentang perkara tu." Tak pasal-pasal menampakkan kejahilan kita sendiri, betul tak?


' Dulu hidup saya sentiasa bergelumang dengan dosa. Saya tak tutup aurat, tak pernah solat, puasa, hidup saya penuh dengan kemungkaran. Tapi alhamdulillah, berlaku satu kejadian yang tak diduga kepada saya. Orang kata apa tu, dapat seru daripada tuhan. . Alhamdulillah Ya Allah syukurnya saya tuhan je yang tahu. Saya dapat hidayah dan petunjuk dari Allah, atas belas kasih sayang DIA saya kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha pengasih. '
Mungkin yang dimaksudkan dengan seru ialah HIDAYAH.
Aku ni orang jahil. Tak banyak yang aku boleh tulis pasal ilmu-ilmu agama ni. Amalan pun sebaya budak sekolah rendah, dosa, hm. .Blog aku pun bukannya islamic sangat pun. huu Tapi sekurang-kurangnya, setiap kali aku nak menulis pasal agama, aku akan sedar betapa jahilnye, kerdilnye, lemahnya aku ni. Paling baik, aku mula carik maklumat-maklumat dalam buku agama, tafsir dan sebagainya. Lebih baik, aku mula beramal sebaya umur yang sepatutnya.

Apa yang aku tau pasal hidayah ialah hidayah tu petunjuk, cahaya yang diberikan Allah kepada kita untuk membimbing kita ke jalan yang benar. Betul ke? Salah betulkan ye. Haa Siapa yang dapat hidayah Allah ni? Sesiapa je ke? Wallahualam. Tapi kita sebagai umat islam tak boleh lah nak tunggu je hidayah tu sampai tak buat apa-apa. Hidup dalam kemaksiatan tapi mengharapkan hidayah dari Allah. Kalau lah orang yang dapat hidayah pun kena berdoa, mintak jangan dipalingkan hati mereka setelah diberikan hidayah, ini kan pulak kita kan? Mesti lah berganda-ganda doa dengan ibadahnya. Betul tak?




" Siapa yang dapat hidayah tu kan kuasa tuhan, tak kisah la kafir ke munafik ke, bukan kita yang tentukan. " Memang betul semuanya kuasa tuhan, tapi macam ilmu lah, kalau tak cari tak dapat. Macam nasi, tak masak tak makan. .Macam melihat, tak bukak mata tak nampak. Tapi mungkin juga hidayah telah lama sampai kat diri kita pun. Tapi sebab kita terlalu terikat dengan hal dunia, tak pernah mendekati Allah, kita tak nampak pun hidayah tu. Kita leka. Paling sedih, Allah dah tutup pintu hati kita. Terus tak dapat hidayah.


Jadi kita ni dalam golongan yang mana?


Yang dah tertutup pintu hati? Yang terlalu terikat dan taksub dengan duniawi sampai terlepas pandang hidayah Allah? Atau adakah kita golongan yang jahil, angkuh dan munafik tanpa kita sedar? Tepuk dada tanya iman. . :)




Jangan terlalu memberikan alasan. Cukup la kita penuhkan zaman kanak-kanak, zaman sekolah kita dengan alasan. Sekarang ni, mulalah jadi orang yang akur, yang rendah diri. Akui kelemahan diri sendiri dan mula buat strategi untuk berubah. Menunggu seru tu dah tak patut keluar dari bibir kita dah, lebih baik diam dan tunduk malu setiap kali orang bertanya. Jangan sampai jawapan "belum sampai seru" tu secara tak sengaja membuatkan kita seperti menyalahkan tuhan atas kesalahan diri sendiri. Adekah tuhan itu sengaja membiarkan kita hilang dalam kesesatan? Atau adekah kita yang tak pernah mencari jalan keluar? haa. .

*Kadang-kadang kita tak sedar sebanarnya kita dah jauh tersesat dari ajaran islam yang sebenar. Doa lah banyak-banyak, semoga kita terselamat dari jadi orang-orang yang kafir, munafik dan sesat.

You Might Also Like

8 ♪♬♪♪♬ Comments

  1. naiss entry! terime kasih kerane menjawab persoalan saye~ hehe

    ReplyDelete
  2. hehhee sangat naiss.

    dan aku macam terasa tiba2. huh! ;)

    ReplyDelete
  3. aku pun terasa sendiri weh.
    wuuuuu~

    ReplyDelete
  4. suka entry ni :)
    especially this word : jangan sampai jawapan "belum sampai seru" tu tak sengaja membuatkan kita seperti menyalahkan tuhan atas kesalahan sendiri.

    ReplyDelete
  5. tenkiu farhanah. .
    terharu dah ni. *kemang kempis* :)

    ReplyDelete

Tell me what you think about this post