hipokrit ke kalau bertudung?
Thursday, August 11, 2011
♥assalamualaikum
Harini tetiba aku rasa nak membebel pasal hipokrasi. ekhem, *muke poyo* Emm Tudung, shawl, hijab. Ade sesetengah kawan aku akan pakai tudung kadang-kadang je. Bila ada kelas agama, bila nak pergi masjid, bila nak pergi majlis keagamaan dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Tapi ade jugak kawan aku yang degil gila sampai jejak masjid pun kepala bogel. " Kenapa aku kena hipokrit? Aku orang jujur "
Dulu aku prefer orang yang either pakai tudung betul-betul atau tak pakai tudung langsung. Aku tak suka yang on off sebab aku rasa, hmm macam hipokrit je. Pakai biler nak je, suke hati dia. Tapi sekarang aku dah tak rasa macam tu sikit pun. Dulu aku judgemental sikit, (masa sekolah) tapi masa kat matrik, kat universiti, aku dah tak label orang serkap jarang dah. Kalau aku tak kenal aku takkan komen or kritik or pikir apa-apa. Neutral. Aku tak rasa orang yang on off bertudung tu as a hipokrit tapi aku rasa diorang menghormati majlis atau sedang cuba menjinak-jinakkan diri dengan tudung sepenuh masa.
*Menghormati majlis? Mengarut gila.
Tak mengarut pun actually. Semua orang perlu ada perasaan malu. Bila dia pergi ke satu tempat yang memerlukan aurat ditutup, dia malu tak tutup aurat jadi dia tutup la. Nak ambil adik kat sekolah agama, dia pakai tudung sebab sekolah tu dalam kawasan masjid. Alhamdulillah. Dia menghormati rumah Allah. Berpuasa di bulan ramadhan, dia rasa malu tak tutup aurat padahal berpuasa, jadi dia sopankan diri kerana malu. Alhamdulillah. .Dia menghormati bulan mulia ni.
Kadang-kadang orang takut nak bertudung sebab kawan-kawan suka cakap belakang. Mengumpat. Buat baik salah, buat tak baik sah-sah kena label jahat, sosial, bla3.
Aku suka bila kawan-kawan aku yang tak bertudung, bertudung. Paham tak ape yang aku cuba sampaikan? wuu Nak nak yang comel-comel cun-cun tu kan. Aku suka sangat. Tak kisah la sejam je ke, sehari je ke, sebulan je ke, tak kisah la. Aku tetap seronok untuk sejam, sehari dan sebulan tu. Aku jeles, cantiknya diorang kan. Ecewahh Kita sebagai kawan kena lah pandai galakkan diorang. Bila dia cuba buat sesuatu benda baik, walaupun niat asalnya macam salah je, takpe. .Kita tegur sikit-sikit. Haa kan? " Mana-man perempuan pun, bila bertudung mesti nampak ayu, mesti nampak cantik dan sopan. " betul tak?
*Kenapa orang rasa hipokrit bila bertudung? Sebab rasa diri tak layak ke?
Aku sangat tak suka dan hampir-hampir nak menyampah gila babeng la bila ade orang kata dia tak dan taknak pakai tudung sebab rasa hipokrit. Siyesli, tak suka. Sebab secara mudahnya, mari berbalik kepada asas. Kita orang islam, wanita islam wajib menutup aurat fullstop. Now, kenapa bila nak buat benda yang sepatutnya kita buat, kita rasa hipokrit? Kenapa tak rasa malu, hipokrit bila buat yang sebaliknya?
" Rasa hipokrit tak pakai tudung padahal aku orang islam. "
" Rasa hipokrit pakai baju adik-adik padahal aku orang islam. "
" Rasa hipokrit pergi pasar pakai tudung tapi t-shirt lengan pendek. "
" Rasa hipokrit bila bertudung tapi pegang tangan bf. "
" Rasa hipokrit bila berjam-jam belit selendang kat kepala tapi tak tutup dada pun. "
" Rasa hipokrit pakai tudung tapi bila angkat tangan nampak badan. "
Perh, memang terasa la. Aku yang terasa, huu. .Kalau korang rasa korang hipokrit, yes it is true. You're such a hypocrite. Tapi bukan masa kau bertudung, bukan masa kau menutup aurat, bukan masa kau berbuat baik. Tapi kau hipokrit bila kau tak bertudung sedangkan kau islam, tak menutup aurat sedangkan kau berpuasa, berbuat jahat sedangkan islam itu mengajak kepada kebaikan. Kenapa kena sekat perkara yang baik? Sekat lah perkara yang jahat untuk buang hipokrit tu. That is the simplest common sense ever, dont you think?
from this
to this
Kenapa kita bertudung? Sebab rambut tak lawa? Sebab muka nampak lebih cantik bila bertudung? Sebab nampak bergaya macam yuna, hana tajima? Sebab nak melakonkan watak baik dalam drama? Sebab jadi model tudung? Sebab undang-undang sekolah dan universiti? Manusia semakin lama semakin pendek umurnya, semakin lama semakin matang fikirannya. Takkan selamanya kita nak duduk di takuk yang sama kan? Kenalah upgrade. Vista to wimdow 7? Oke aku memang teruk bagi contoh, huu.
**Not meaning to hurt anyone's feeling, aku menulis sebab sejujurnya aku pun rasa diri sendiri ni hipokrit. Aku rasa macam memalukan diri sendiri kadang-kadang, memalukan hijab itu sendiri. Fikir-fikir, ni jawapan yang aku hujahkan untuk diri sendiri.
10 ♪♬♪♪♬ Comments
betul tu dulu pn agak la judgmental psl ni..now dh dapat exposure - so open sikit. and also sgt seronok bila kawan berjinak dgn tudung. :) smoga diorg pakai sbb Allah swt bukan sbb fesyen semata...nauzibillah.
ReplyDeleteamin.
ReplyDeletehee. .moga2 nawaituyg btul bdapat buka pintu hati kita semua untuk berubah ke arah yg lebih baik :)
ade orang kate die tak pakai tudung sbb tak sampai seru lagi...
ReplyDeleteerr..mcm mane tu cik apel?
hah, yang tu kena buat entry lagi satu.
ReplyDeletehuhu. .
alasan sampai seru pulak ek?
*gosok-gosok dagu tanda berfikir*
isu hangit isu hangit. !! haha.. nice one.. like sangat..
ReplyDeletecamnie la.. nakib usrah aku pernah tnya, kita smayang klu tak ikhlas, still kena buat tak?? ada org jwab, x pyh sbb solat takkan diterima.. tapi benda tu WAjib, makna nya kena buat jugak.. tak kira l ikhlas tak ikhlas.. ikslas tuh boleh dipupuk ye tak.. terima x terima itu keputusan Allah.. kita buat, insyaAllah Allah nampak..
so tak kesah la nk bepesyen ka, nak tiru artis ka, klu pakai tudung dan tutup aurat, dah cukup baik.. kesedran itu lambat laun datang jugak, insyaAllah..
sori terlebih komen.. nak bala balik komen pnjng hg kat entry aku... hahaha
like ke? uuu. .tenkiu. cewah! ;DD
ReplyDeletehehe. .em betul tu. Asek nak tunggu ikhlas je baru nak buat, payah la pulak nak dapat hidayah kan? huu. .
sila lah komen pepanjang.
ReplyDeletesemangat aku baca, ehek ehek
*sengih kambing*
nice one. setuju dengan dzarief gak
ReplyDeletehehehe
ReplyDeletepemikiran aku banyak kali berubah pasal isu ni. Tak tawlah, mungkin sebab aku hipokrit mungkin.
Ya, menutup aurat tu wajib tak kiralah sarung pakai tudung or balut dengan plastik sekalipun, tapi kadang2 bila aku tengok gadis bertudung yang seksi tu macam sakit hati tu tak boleh elak.
kejakian melihat tudung + legging nampak selulit = kejakian melihat kopiah+seluar pendek > kejakian melihat pakai spec aokley local dalam Mall.
HAHA
keroro : tenkiu :)
ReplyDeletehaikal : menutup aurat tu sentiasa wajib tanpa tapi2. antara nak dengan taknak je, biler taknak tula timbul macam2 alasan. alasan yg paling bahaya ialah alasan yg logik dan diterima pakai walhal membuat alasan terhadap hukum Allah tu sendiri dah salah. btul x?
bgus la ko sakit hati. .x sakit hati tula mslh. tp yg membezakan kte dgn org lain is, ape yg kte buat ble kte nmpk? mungkin org tu jahil xtaw dia salah, jadi tugas kte adelah menegur. lepas tu, ape dia nak buat dah belakang kre. Kte dah buat part kte.
Buat baik balas baik, buat jht balas baik. itu cara islam yg sbnar. Klu kte asek bnci je org2 yg kte anggap "tah ape2 ntah" tu, sampai biler pun xkn ade antra diorag yg berubah. tp ble kte ikhlas mendekati dan cuba nasihat dgn cara yg paling berhemah, i.Allah yg hati batu pun jadi lembut. anggap la ni ujian utk kte. .
yg pakai legging tp pki tudung, yg pakai kopiah tp pki seluar pendek > hipokrit? yes. Tp bukan hipokrit sebab berkopiah ble berseluar pendek, instead hipokrit sbb berseluar pendek sedangkan berkopiah. Bukan hipokrit pakai tudung masa berlegging, tp hipokrit berlegging masa bertudung. Paham x? Aku teruk giler explain benda-benda ni. hahahaha sory :b
*Hukum Allah tak penah slh, yg slh sentiase manusia kan? huu
Tell me what you think about this post