endless memories


♥ assalamualaikum 


Akhirnya, selesai sudah dinner kami. Fuuh Sangat memenatkan but sangat worth it. I know a lot of people were divided, "nak pergi ke tak nak? nak pergi ke taknak?" 60 ringgit is a lot of money, no matter who you are. Tak kisah lah anak orang kaya ke, sederhana ke, susah ke..kita semua sama. Kita student lagi, besar nilainya 60 ringgit tu. Tapi semua bergantung pada masing-masing nak spend macam mana. 60 ringgit untuk satu malam bersama kawan-kawan, murah sangat. Memori bersama kawan-kawan yang mungkin tak dapat nak jumpa lagi lepas ni, priceless. Tak terbayar dengan wang ringgit. Thank you for being there last night :)










The best part



The best part is working with people i rarely work with. Apa yang aku nak capai daripada dinner ni dah tercapai. And i am so happy about it. Yayy! Batch kita agak ramai jugak lah kalau nak compare dengan batch lain. Siap ade dua group. So group yang lain-lain ni susah nak jumpa. Jadi tak kenal sangat. Tapi semalam, group mana pun, kelas mana pun, semua sama-sama buat kerja, sama-sama siapkan semua, sama-sama makan, sama-sama gelak. And the best part, amek gambar sama-sama. Yay lagi! Tapi tak sempat nak amek gambar dengan semua orang, tak sempat. huhu




most wanted superman

3 tahun tak lepak sekali ye ant? O.O



Photobooth!



This is madness! Haha.. Susah gila kot nak buat photobooth ni. Sebenarnya senang kalau ada banyak duit! haha..Tapi disebabkan kos sangat lah ciput dan cukup-cukup je, kitorang terpaksa susahkan diri membuat benda alah ni. Nak dirikan dia susah sangat. Perrhh Basah ketiak beb, basah lecak. Euww..Tapi berjaya jugak. Walaupun tak perfect, banyak bunga jatuh-jatuh, frame cabut-cabut.. tapi jadilah. Kahkahkah.


A dream come true. Semua orang happy. Susah dan terseksa buat semua ni pun tak kisah. Thank you so much izy, nayah, has, casse, fifah, syah.. Thank you pol sebab pakukan, thank you arman sebab tolong belikan barang-barang. Thank you mira, ecah, paan, nasrah and the geng, tqa and the geng. haha..Thank you so much tolong buatkan bunga dan probs segala. Cantik sangat. Thank you so much.





aww..so sweet <3 <3



Mission accomplished




Thank you isa, biskut dan ajk lain sebab organize majlis ni. Thank you pol, paob, piji, epul, pali, ant, kacu, mus, bean, apit alaahai ramai je nak sebut satu-satu. Huhu Thank you untuk gimik yang sangat ossem, thank you untuk opening yang sangat best. Thank you epul sebab duet dengan aku. Aku rasa tak layak gila dapat award voice sebab tak pernah nak nyanyi betul-betul. Asek tersangkut je. Aku memang stage fright lah..Bila depan orang ramai tangan aku akan menggeletar gila lepas tu suara masuk dalam. Sobsob (alasan). Tapi thank you so much sebab tak kisah dan bagi aku jugak award tu. Cewahh! Macam menang award ape pulak kan. Kahkah!


It was indeed a memorable night. Thank you for allowing me to be part of this. And thank you my dear friends for coming and having such a good time. Mintak maaf untuk segala kekurangan. We were a little short on budget and hands but everything went better than we expected. Thank you again. Till we meet again someday :) 


*ps: aku pinjam gambar-gambar dekat fb harap takde yang marah. hihi Maafin
*2nd ps: jangan lupa tengok video yang arman post kat fb. Rase sedih lak bila tengok. huhu




freshing desktop

fun

assalamualaikum dan hai :)

Yo wahsap eberibadi! Tengah berasap ke brader? Malam-malam gini memang sedap la berasap-asapan. Iye dak? Ntah, kalau ikutkan aku memang nyampah sungguh la dengan orang kuat makan asap ni. Tapi nak buat cenggano. haish. .nak buat cenggano~ laki den berasap gak. Haih nak wat cenggano~~

Harini aku tekun gile buat ACAD, buat beam bla3. Penat kot. Almaklum lah. .Buat keje dua kali. Sapa tah yang meng'off" suiz laptop aku kan? Sapa lah. .dah la aku tak save hape-hape, ada pulak yang rajin tolong shut down kan. .untung la~ haha Tapi best gak buat benda dua kali ni, boleh meng'pro'kan diri. ekhem

Rain meter?

Lepas tension-tension buat ACAD aku pun rasa macam nak mengemas desktop aku. Macam malu pulak tayang lappy semak nak mampus kat rakan sekelas. huhu~ Jadi, setelah berasa malu itu, aku pun ngemas la segala yang patut, kemudian aku susuli pula dengan kebajetan keinovativan sikit. Nak cunkan desktop pulak. So, aku pun download rainmeter ni.




Cam cun lak jam tersebut. 0202. .Dua pagi dua minit, aku tak tido-tido lagi ape ke jadah la. . . . .*ngantuk-ngantuk high* Basically tu lah dia rainmeter. Kira kat desktop tu buleh letak jam, kalender, suhu, ram dan lain-lain. What make its interesting is that, semuanya boleh custamize. Nak jam rupe cemane, calender cemane, so on so on.

Download free skin : deviantart

Rain meter cam blogging gak la bagi aku. Ade skin plus coding-coding. Kalau nak buat coding sendiri buleh, tapi haram jadah leceh nak mampus lah. Hal yang demikian, orang malas cam aku ni kejenye download ajela skin-skin yang ade kat internet. huu~ Kat deviant art cam banyak gak. Takpun google je rain meter skin, banyak aje website.Yang aku download kat sini.

What make rain meter more interesting is. . . .Dalam satu masa yang sama kita boleh guna 2 3 4 atau lebih skin yang lain. Nak setting pun senang. Just klik icon air mata kat toolbar, right klik, gi kat skin, dan try and error tick-tick. haha *Teruk gila explain. =.=" Biaselah, orang semangat memang cmni. Baru Tau sikit dah kepohci. mwahahahahahah! 



beraya di batting cage


assalamualikum dan hai :)

Untuk seorang AMAH separuh masa seperti aku, raya hanyalah satu perayaan yang dirayakan bersama bos tercinta. haha. .Actually raya ni aku banyak spent masa kat kampung dan kat rumah. Sebab? Sebab secara jujurnya, i am a family kinda girl. Aku prefer duduk rumah dengan keluarga rather than anything else. Tu bila aku kat rumah la, bila aku kat u lain la pulak kan. :b 

Plus, aku susah nak dapat kebenaran keluar rumah. Tambah dengan curfew kena balik sebelum magrib, maka, hasilnya = JARANG KELUAR. And also, kalau nak keluar aku kena komfemkan ngan parens atlis a day before, so kalau tiba-tiba ade orang kensel date, or ajak on the spot, yes, that will always, and always will be a NO. wuuuuuuu T^T

So, ape kejadahnye semua ini dengan batting cage? hehe. .Well, semalam sepatutnya nak jalan beraya, aku pulak dah lama tak hangout dengan cik puteri sorang ni, Puteri Emilia. Jadi bila dah janji nak keluar raya semalam tapi tak jadi, hari jalan-jalan raya tersebut telah diconvertkan jadi jalan-jalan with besties day. ;D


Venue : One Utama 
Date : 6 September 2011
Time : undefine
Activities : Makan, karok, batting cage
ps: Memang agak ngeng untuk karok di awal syawal, i admit that. Huu~


THE MAKAN TIME! SEOUL GARDEN HANTU MARI~






THE KAROK TIME! MESIN JERITAN MARI~




THE BATTING CAGE TIME! HOME RUN MARI!!!!

miya dengan muka ganasnya memulakan serangan homerun yang gagal



diikuti dengan igbal yang keliru antara baseball dan golf


 

seterusnya pemukul yang penuh dengan senyuman dan keterlepasan bola



dan akhirnya daus si pemukul berpengalaman



wajah sukses. pemukul bola terbanyak hari tersebut

si sotong yang hanya mampu TERpukul satu bola sahaja diantara 30 yang menyerang

cuba teka KENA KE TAK? hahahahahahaha

aksi-aksi sewel setalah penat bersukan sehingga ketiak berlecak kecil





kami superstar haritu. Gadis litar versi baseball. err gadis baseball? haha


It was fun. I have a super duper great day. Thanks to you guys. Miya, Daus dan Bal. Lama dah tak lepak sama. Lepas ni dah nak balik U masing-masing dah. Aku ngan Daus satu UTM satu kos, Miya dengan Iqbal satu UITM. Berpecah pulak. huhu. .Next time kalau cuti kita hang out lagi oke. :) I love you guys big time lah!  xoxo

archery di times square

fun
♥assalamualaikum

Semalam aku keluar tengok Ron Weasley kat Times square. Tapi tiket aku lambat jadi aku gi main archery dulu. Best gak cuma tak puas sebab kejab je dah habis arrow. Ciss. Kalau sorang 10 ringgit dapat 12 arrow. 2 Orang 18 ringgit dapat 32 arrow rasanya. Dapat extra. Dan nanti ada orang akan ajar cara main. Tapi walaupun begitu, aku tetap gagal untuk meng'Legolas'kan diri. Wuu Tangan aku lemah sangat kot, menggeletar beb. Huahua. .Lain aku aim lain dia pergi. Tapi still kena la board dia. Membe aku kata aku nampak pro sebab kena garisan kuning. HAHAHAHA Padahal aku aim tempat lain. Kakah Menag gaya beb. .menang gaya. weeeewit!

{Tempat ♥archery ni baru bukak rasanya jadi tak ramai yang tau. Dia ada dekat sebelah Bowling, tersorok sikit kebelakang. Belakang 7/11. haaa Ada berani? Cubalah! haha }




bunga api besaaarrrr punyee

fun
♥assalamualaikum

Masa kat cowboy town tu ada firework, penat aku amek gamba tapi ade kat lappy orang lain lak en. Siud. .Sedang mengushar-ushar video kat youtube dan jumpa ni. BESAR PUNYE! ;DD Setiap kali tengok bunga api aku mesti terpegun. Diam je, mulut nganga constantly sebab sebut *wahhhhhhh* dengan mata yang bersinar dan jantung yang berdegup macam super bass. Sangat mengasyikkan.