Orang muda high maintenance

Friday, April 26, 2013


♥ assalamualaikum 








Sebenarnya kan, aku nak share kat fb je. Punye lah panjang aku tulis, tapi tak keluar pulak. Sabar jela, haih. Tadi aku ada baca kat fb, dia tak setuju dengan video ni. Sebab bagi dia majlis kahwin ni tak perlu berhutang. Haa.. Betul lah tu kan. Betul untuk dia lah. Maybe dia lupa kot situasi orang ni berbeza-beza. Kita semua lah lupa, asek rasa macam kita lah yang paling susah dalah dunia ni. huhu




Kemampuan masing-masing





Aku rasa video ni salah konsep, dia fokuskan dekat orang yang salah. Maybe sebab dia nak try buat video tu nampak cool so dia tak fokus dekat kandungan video tu sangat. Memang payah lah gitu. Isi kena kuat dulu, baru fikir nak buat cantik-cantik. Sebab yang penting nak sampaikan mesej tu dulu. Lawo tak lawo tu kemdian, idak ke gitu? ewahh



eh suka hati kau je conteng duit




Bagi aku kita semua memang mangsa hutang. Cuma kalau yang rezeki dia lebih sikit, dapat lah biasiswa nak belajar, dapatlah keluarga nak tampung belajar. Tapi kadang-kadang kita dah usaha sehabis baik, tapi tak dapat-dapat. Bukan pasal aku, semestinya lah bukan sebab aku memang pemalas..Huahua Tapi sungguh aku cakap, memang ada orang yang macam tu. Dia bukan tak dapat result baik sebab dia malas, tak. Tapi sebab ntah la, bukan rezeki lah kot. Nak buat macam mana.


Tak semua orang selesa macam kita ni. Ada yang ada masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah adik-beradik ramai.. Ada orang mak ayah dah pencen, tapi adik yang sekolah dekat 3 4 orang. Ayah pulak sakit. Tiap-tiap minggu kena gi check kat hospital. Nak kena pikir duit pengangkutan lah pulak sebab duduk jauh daripada bandar. Tu belum masuk kos ubat lagi, ha dah berapa dah. Kalau ade pembedahan? Ha. .kan ke lagi payah. Ada tau orang yang ditimpa masalah macam ni. Kita yang selesa ni tak rasa lah.




Berjimat-jimat usaha diri sendiri




True. Sebab tu aku kata video ni salah fokus. Huhu..Dia gi fokus kat budak-budak high maintenance yang nak kahwin grand-parah pasai pa? Parah parah. Haha. Sebenarnya tak salah kalau kerajaan nak berusaha untuk turunkan kos sara hidup. Apa pulak salahkan? memang tangungjawab dia lah tu. Cuma orang takut. Sebab orang tau, bila ada yang turun akan ada yang naik. Itu yang menakutkan semua orang sebenarnya. Nak cerita lebih hal naik turun, keluar masuk duit negara ni memang aku tak boleh lah. Hal-hal ekonomi memang aku tak reti. Jadi baik diam sahaja. heheh


Tapi kalau pasal video ni, bagi aku, main idea yang nak disampaikan tu dah betul. Tapi tersalah fokus. Ahha Ada orang yang memang tak mampu nak tampung majlis. Buat sederhana pun masih kena pinjam-pinjam orang, pinjam sedara-mara. Sebab? Sebab masalah-masalah yang kita tak tahu dan kita tak akan faham. Sebab kita ni masih di kira selesa lagi. Kita tak faham makna susah. Ada orang duit nak makan pun tak cukup satu keluarga, ni kan pulak nak simpan duit buat kenduri. Kan? Tapi ada je solution lain kan, tak payah buat majlis! Nikah je! hahaha. Banyak lah pulak TAPI. heheh



You Might Also Like

0 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post