Orang muda high maintenance


♥ assalamualaikum 








Sebenarnya kan, aku nak share kat fb je. Punye lah panjang aku tulis, tapi tak keluar pulak. Sabar jela, haih. Tadi aku ada baca kat fb, dia tak setuju dengan video ni. Sebab bagi dia majlis kahwin ni tak perlu berhutang. Haa.. Betul lah tu kan. Betul untuk dia lah. Maybe dia lupa kot situasi orang ni berbeza-beza. Kita semua lah lupa, asek rasa macam kita lah yang paling susah dalah dunia ni. huhu




Kemampuan masing-masing





Aku rasa video ni salah konsep, dia fokuskan dekat orang yang salah. Maybe sebab dia nak try buat video tu nampak cool so dia tak fokus dekat kandungan video tu sangat. Memang payah lah gitu. Isi kena kuat dulu, baru fikir nak buat cantik-cantik. Sebab yang penting nak sampaikan mesej tu dulu. Lawo tak lawo tu kemdian, idak ke gitu? ewahh



eh suka hati kau je conteng duit




Bagi aku kita semua memang mangsa hutang. Cuma kalau yang rezeki dia lebih sikit, dapat lah biasiswa nak belajar, dapatlah keluarga nak tampung belajar. Tapi kadang-kadang kita dah usaha sehabis baik, tapi tak dapat-dapat. Bukan pasal aku, semestinya lah bukan sebab aku memang pemalas..Huahua Tapi sungguh aku cakap, memang ada orang yang macam tu. Dia bukan tak dapat result baik sebab dia malas, tak. Tapi sebab ntah la, bukan rezeki lah kot. Nak buat macam mana.


Tak semua orang selesa macam kita ni. Ada yang ada masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah adik-beradik ramai.. Ada orang mak ayah dah pencen, tapi adik yang sekolah dekat 3 4 orang. Ayah pulak sakit. Tiap-tiap minggu kena gi check kat hospital. Nak kena pikir duit pengangkutan lah pulak sebab duduk jauh daripada bandar. Tu belum masuk kos ubat lagi, ha dah berapa dah. Kalau ade pembedahan? Ha. .kan ke lagi payah. Ada tau orang yang ditimpa masalah macam ni. Kita yang selesa ni tak rasa lah.




Berjimat-jimat usaha diri sendiri




True. Sebab tu aku kata video ni salah fokus. Huhu..Dia gi fokus kat budak-budak high maintenance yang nak kahwin grand-parah pasai pa? Parah parah. Haha. Sebenarnya tak salah kalau kerajaan nak berusaha untuk turunkan kos sara hidup. Apa pulak salahkan? memang tangungjawab dia lah tu. Cuma orang takut. Sebab orang tau, bila ada yang turun akan ada yang naik. Itu yang menakutkan semua orang sebenarnya. Nak cerita lebih hal naik turun, keluar masuk duit negara ni memang aku tak boleh lah. Hal-hal ekonomi memang aku tak reti. Jadi baik diam sahaja. heheh


Tapi kalau pasal video ni, bagi aku, main idea yang nak disampaikan tu dah betul. Tapi tersalah fokus. Ahha Ada orang yang memang tak mampu nak tampung majlis. Buat sederhana pun masih kena pinjam-pinjam orang, pinjam sedara-mara. Sebab? Sebab masalah-masalah yang kita tak tahu dan kita tak akan faham. Sebab kita ni masih di kira selesa lagi. Kita tak faham makna susah. Ada orang duit nak makan pun tak cukup satu keluarga, ni kan pulak nak simpan duit buat kenduri. Kan? Tapi ada je solution lain kan, tak payah buat majlis! Nikah je! hahaha. Banyak lah pulak TAPI. heheh



endless memories


♥ assalamualaikum 


Akhirnya, selesai sudah dinner kami. Fuuh Sangat memenatkan but sangat worth it. I know a lot of people were divided, "nak pergi ke tak nak? nak pergi ke taknak?" 60 ringgit is a lot of money, no matter who you are. Tak kisah lah anak orang kaya ke, sederhana ke, susah ke..kita semua sama. Kita student lagi, besar nilainya 60 ringgit tu. Tapi semua bergantung pada masing-masing nak spend macam mana. 60 ringgit untuk satu malam bersama kawan-kawan, murah sangat. Memori bersama kawan-kawan yang mungkin tak dapat nak jumpa lagi lepas ni, priceless. Tak terbayar dengan wang ringgit. Thank you for being there last night :)










The best part



The best part is working with people i rarely work with. Apa yang aku nak capai daripada dinner ni dah tercapai. And i am so happy about it. Yayy! Batch kita agak ramai jugak lah kalau nak compare dengan batch lain. Siap ade dua group. So group yang lain-lain ni susah nak jumpa. Jadi tak kenal sangat. Tapi semalam, group mana pun, kelas mana pun, semua sama-sama buat kerja, sama-sama siapkan semua, sama-sama makan, sama-sama gelak. And the best part, amek gambar sama-sama. Yay lagi! Tapi tak sempat nak amek gambar dengan semua orang, tak sempat. huhu




most wanted superman

3 tahun tak lepak sekali ye ant? O.O



Photobooth!



This is madness! Haha.. Susah gila kot nak buat photobooth ni. Sebenarnya senang kalau ada banyak duit! haha..Tapi disebabkan kos sangat lah ciput dan cukup-cukup je, kitorang terpaksa susahkan diri membuat benda alah ni. Nak dirikan dia susah sangat. Perrhh Basah ketiak beb, basah lecak. Euww..Tapi berjaya jugak. Walaupun tak perfect, banyak bunga jatuh-jatuh, frame cabut-cabut.. tapi jadilah. Kahkahkah.


A dream come true. Semua orang happy. Susah dan terseksa buat semua ni pun tak kisah. Thank you so much izy, nayah, has, casse, fifah, syah.. Thank you pol sebab pakukan, thank you arman sebab tolong belikan barang-barang. Thank you mira, ecah, paan, nasrah and the geng, tqa and the geng. haha..Thank you so much tolong buatkan bunga dan probs segala. Cantik sangat. Thank you so much.





aww..so sweet <3 <3



Mission accomplished




Thank you isa, biskut dan ajk lain sebab organize majlis ni. Thank you pol, paob, piji, epul, pali, ant, kacu, mus, bean, apit alaahai ramai je nak sebut satu-satu. Huhu Thank you untuk gimik yang sangat ossem, thank you untuk opening yang sangat best. Thank you epul sebab duet dengan aku. Aku rasa tak layak gila dapat award voice sebab tak pernah nak nyanyi betul-betul. Asek tersangkut je. Aku memang stage fright lah..Bila depan orang ramai tangan aku akan menggeletar gila lepas tu suara masuk dalam. Sobsob (alasan). Tapi thank you so much sebab tak kisah dan bagi aku jugak award tu. Cewahh! Macam menang award ape pulak kan. Kahkah!


It was indeed a memorable night. Thank you for allowing me to be part of this. And thank you my dear friends for coming and having such a good time. Mintak maaf untuk segala kekurangan. We were a little short on budget and hands but everything went better than we expected. Thank you again. Till we meet again someday :) 


*ps: aku pinjam gambar-gambar dekat fb harap takde yang marah. hihi Maafin
*2nd ps: jangan lupa tengok video yang arman post kat fb. Rase sedih lak bila tengok. huhu




tribute for friendship


♥ assalamualaikum 


Hey..Hai..Post harini adelah khas untuk rakan-rakan kelas saya, rakan-rakan batch saya. :)
We've been here, in UTM for four years yet i have not have the time to get to know all of you. This is school all over again. Masa aku sekolah dulu, walaupun batch kitorang tak ramai, tapi still..aku tak dapat nak kenal semua orang. Mungkin sebab aku asek hang out dengan kelompok yang sama. hehe Sama lah macam dekat UTM ni. 4 tahun, tapi circle of people that i can call friends masih kecil. Well i mean close friends la. Haa

I really really really want to change that.










Creating endless memories




Aku rasa tu la theme terbaik untuk dinner bagi aku. Sebab ni last event yang kita boleh join as a batch. This dinner is personal for me. Bagi aku ni lah masanya untuk aku tebus masa-masa yang aku tak luangkan dengan kawan-kawan. Aku selalu buat hal sendiri, selalu lepak pun dengan orang yang sama je. Aku bukan taknak, tapi aku segan sebenarnya. Haa mesti ramai orang macam tu. Rasa macam nak join lepak dengan 'diorang-diorang' tapi segan..kan kan?


At least masa ni aku boleh lah borak-borak, amek-amek gambar dengan semua orang. Sebab semua orang dah sibuk dah sekarang, kalau nak keluar lepak-lepak pun dah payah da. Waktu masing-masing tak sama. So why not kita lengang kan sikit masa untuk dinner ni. Kan kan? :)



Photobooth



Lately aku selalu browse pinterest. Sebab aku suka! haha..Sebab benda-benda yang ada kat situ sangat inspirational. Untuk dinner ni, aku ingat nak buat photobooth yang nampak macam gambar yang dah diframekan dekat dinding. Ahha confusing sungguh..







Something like those. Aku tengok kebanyakannya buat pakai kayu. Tapi macam susah jugak tu nak bertukang. Aku sedang memerah otak lagi, cemana nak buat ye? Tapi rasanya dah ada idea dah kot. Simple dan hopefully sangat jimat. Guna apa yang ada, yes, that is the strategy. 


Sebenarnya aku teringin sangat nak buat dinner dengan tema mustache. Ala-ala hipster la, cewah. Tapi macam tak sesuai pulak. Takpe, tapi aku nak jugak misai tu! hehe..So aku akan masukkan unsur-unsur hipster tu dalam photobooth ni. Aku akan cuba buat probs yang cool dan adorable. Maybe some mustaches, beard, some dialogue box and etc. Lepas tu kalau boleh aku nak hias dengan light drapes..lampu jurai-jurai. Vah vah..grand gitu. hihi






Cantikkan? Aku harap sangat dapat buat yang cantik-cantik. Sebab gambar kita boleh simpan..Gambar tu boleh jadi token, memento untuk kita kenang. Nanti aku try buat probs yang orang boleh tulis nama masing-masing. Mana tau lupa kan? hihi.


Sebenarnya aku ada banyak sangat idea untuk event macam ni. Tapi tak semua boleh sebab tak kena dengan tema, kos lagi. Jadi aku ingat aku nak tuka lah, idea-idea untuk event tu boleh di convertkan jadi idea untuk wedding. Mwahahahah! habis la..habis la..Dah siap plan dah. hahah


That is all for now. Hoping for the best.
ps: tribute for friendship ke tribute to friendship? *sigh* Oh my english.








kawan lama


♥ assalamualaikum 










Kita tak tahu hala tuju kita. Kita cuma berjalan atas laluan yang kita rasa betul. Sepanjang perjalanan kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Orang yang lahirkan perasaan sayang, benci..semuanya perancangan Allah. Dulu saya tak faham makna hubungan. Dulu priority saya selalu salah. Saya selalu lebihkan kawan-kawan daripada keluarga. Saya selalu rasa kawan lah orang yang paling faham saya. Tapi sekarang saya dah tak fikir macam tu. Bagi saya, keluarga nombor satu. :)





Hubungan





Saya faham ada dua jenis hubungan dalam dunia ni. Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Hubungan dengan Allah adelah hal masing-masing, tanggungjawab masing-masing (tapi masih perlu nasihat-menasihati). Tapi hubungan sesama manusia adelah tanggungjawab kita bersama.


Saya percaya, baik buruknya hubungan, sentiasa ada hikmahnya. Kawan-kawan yang menjatuhkan saya dan kawan-kawan yang membantu saya berdiri adelah sama penting. Sebab semua benda yang berlaku, pahit manis semuanya adalah rahmat dari Allah. Saya belajar dari kesilapan hubungan saya yang dulu untuk bina hubungan yang lebih baik hari ini. Kalau tak pernah jatuh kita takkan tahu cara nak berdiri kan?





Berserah





Saya nak jadi orang yang berserah. Walau apa pun yang berlaku dalam hubungan saya dengan sesiapa pun, saya nak sentiasa jadi orang yang bersabar dan bersyukur. Sebab saya tahu semuanya dah tertulis. Saya kena belajar terima semuanya dengan hati yang tenang. Tapi dalam pada masa yang sama, saya akan cuba jadi yang terbaik. Sebab saya cuma boleh control apa yang saya buat, apa yang saya rasa. Saya tak boleh control perasaan dan tindakan orang lain.










Ada banyak hubungan yang saya dah tinggalkan. Ramai kawan-kawan yang saya lupakan. Sementara, saya harap semuanya sementara. Saya tak pandai nak balancekan masa sangat, saya tak pandai balancekan hubungan, tu kelemahan saya. Saya tak reti sangat nak multi task. :b


Saya sentiasa harapkan hubungan yang terbaik dengan semua orang. Walapun saya letakkan keluarga di tempat yang teratas, tapi persahabatan tetap penting bagi saya. Saya akan sentiasa ingat orang-orang yang banyak membantu mematangkan saya. Suatu hari nanti, mungkin semua hubungan yang terputus akan terjalin kembali, atas nama silaturrahim..Insha Allah..



You can't control when people will come and go, but you can control your memories with them. Memories will stay within you as long as you want them to stay.



applications

art

♥ assalamualaikum 



Hey, happy friday. Rasa macam baru je balik cuti mid sem, tapi dah jumaat dah. Orang bekerja memang suka la jumaat sebab esok sabtu, sabtu cuti yay! masa aku sekolah, hari jumaat la paling heaven sekali, well sekarang pun..hehe Tapi disebabkan aku nak balik UTM lusa, so, haih..rasa sedih pulak. Sobsobs T.T


I did almost nothing this holiday. Haha..I mean, aku tak keluar hangout ke apa ke, aku just stay indoor. Paling jauh pun aku pergi rawang, tu pun sebab nak ambil Sara kat rumah dia. Culik sehari. hehe..other than that, duduk rumah je. Kata cuti, haruslah bercuti.hihi




my 1 week holiday motto





I bought an ipad few weeks back. Actually aku pinjam duit parents, kononnya dah kerja nanti ganti balik. So tak dikira aku yang beli lagi la sebenarnya. huhu..Aku 'beli' sebab ntah la, aku rasa macam ipad tu sangat convenience sebab aku tak suka bawak lappy merata. So kalau aku ada kerja yang nak di edit, aku just edit kat situ. Tapi tapi, aku tak beli ipad pun actually, aku beli ipad mini.


Aku suka saiz dia sebab selesa nak bawak mana-mana.Selama ni aku skeptikel sikit pasal Apple products, yelah, macam banyak jugak orang kata apple ni mahal je tapi technology dia biasa-biasa je (mostly 9gaggers). Tapi lepas pakai, aku rasa, NO. Apple cool lah. Apps dia pun best. Worth it :) Tapi kalau nak compare dengan nokia lumia aku tu, ipad ni lebih fragile. Henpon aku jatuh katil berapa kali tah, still orait lagi. Yeahh..macam tula Nokia. Gagah dan perkasa yaw. Cuba kalau barang apple jatuh sikit, perh. Sakit jantung kot. huhu


Anyway, dah lari niat. Aku sebenarnya nak cerita pasal app fav aku. Which is for now, Sketchbookx. Mula-mla aku lebih suka Paper, tapi kalau nak brush yang lebih best aku kena beli kat store. Kedekod sugguh. Sketchbookx tak, brush yang dia provide (free) lebih banyak. Tapi sebenarnya Paper lebih best cuma tula, tak dapat nak enjoy kebest-an-nya sebab kena bayar. Sedih..













Aku banyak spend masa main game je kat ipad ni, haha. Tapi lepas adik aku lukis pokok (gambar atas) aku rasa macam, eh macam best je kan. Eceh, tengok orang buat baru semangat nak buat jugak. hihi..So lepas tu aku pun selalu la try sketch sikit.  


Tapi aku tak sketch from raw, maksudnya aku sketch atas gambar. Kira macam tekaplah, tapi tekap tak pakai kertas.Ahha Gambar 2nd tu sebenarnya aku nak lukis gambar sara, tapi bila siap tak nampak macam baby langsung kan? haha..Gasak lah. Gambar 2nd dengan last tu aku combine dua apps. Kalau pakai app tu je tak dapat hasil macam tu.





Phoster





Phoster, [link] basically provide template poster untuk kita edit. Boleh letak background sendri, tambah wording, edit color dan efek. Aku suka sebab template dia simple dan nice. Kebanyakannya minimal tapi minimal lah best sebab tak serabut kn? ahha..Lepas aku dah siap sketch aku edit pulak dekat phoster. Maka terjadilah begitu. hee


Tu je lah yang aku nak share harini. Vahvahh..editor's pick gitu. kihkihkih
That is all. thank you :)





priorities


♥ assalamualaikum 



People are not perfect, except for those granted by Allah. Jadi semua manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Ada yang kelemahan dia jelas, ada yang tak jelas dan tersorok. Apa yang aku perasan dalam musim mengundi ni, semua orang attack kelemahan parti/individu yang dia tak suka. Well, aku terima keadaan tu. Sebab bila kita dah tak suka, apa pun orang tu buat kita akan nampak yang salah je. Itu habit. Tak ramai yang mampu kawal perasaan tak suka tu dan cuba berfikiran positive setiap masa. Nak-nak hal politik, memang susah nak jadi positive kan?




Memilih pemimpin




Ayah aku kata, kalau nak pilih pemimpin rujuk la al-Quran. Sebab al-Quran ni lengkap, semua ada. Kalau tak ada tu maksudnya tak lengkap lah kan. Hidup akan jadi mudah bila kita rujuk al-Quran. Tapi disebabkan gaya hidup kita tak cukup islamik, kita lupa. Kita selalu jadikan benda lain sebagai pegangan. Kita jadi lupa priority kita sebagai seorang muslim.





Priorities





Ada orang kalau nak pilih, dia tengok dari segi ekonomi, ada orang pilih dari segi agama. Nak kata parti tu bagus, tak jugak. Nak kata parti ni bagus, tak jugak. Tapi disebabkan kita kena pilih, kita pilih lah yang terbaik. Tapi terbaik bagi setiap individu tu lain, sebab priority setiap individu pun lain-lain.


Kita tak boleh paksa orang ubah priority masing-masing. Nak cuba pengaruh tu boleh, tapi cara kena betul. Bagi aku, walaupun aku ni taklah islamik mana (still struggle to be better everyday), priority aku tetap agama Islam. I mean, kalau aku nak pilih pemimpin, aku akan pilih pemimpin yang arif dalam hal agama. Tapi aku tak nak lah yang education dalam agama je tinggi, yang pakai serban tinggi-tinggi je..aku nak pemimpin yang beramal, yang tinggi budi pekerti.


Ada orang kata kita tak boleh ukur iman seseorang, tu kuasa Allah. Betul, tapi jangan jadikan tu alasan. Kita ada rukun islam, kita ada rukun iman kan? Kita ada sunnah-sunnah nabi yang boleh kita jadikan panduan. Jadi kenalah ikut panduan tu untuk buat keputusan. Bukan gunakan panduan tu untuk labelkan orang, untuk tuduh orang bukan-bukan, tak. Panduan tu kita guna untuk buat kebaikan, untuk buat pilihan.





Salah faham





Aku rasa ramai orang silap. Ada orang kata, orang islam ni, yang paling utama adalah keadilan, yang paling utama adalah nawaitu. Tapi sebenarnya yang paling utama bagi aku adalah berserah pada Allah. Hidup kena berpandukan al-Quran dan sunnah-sunnah rasulullah..itu yang paling penting sebab tu lah hadiah yang Allah bagi dekat kita. Hadiah yang tak ada cacat celanya.


Lagipun, keadilan tu subjektif. Nawaitu? Macam mana kita nak nilai niat? Niat tu bukan sesuatu yang kita nampak. Walaupun kita boleh zahirkan niat melalui mulut, tapi mulut boleh menipu. Hati? hati tak boleh menipu. Kita tak boleh baca hati orang kan? Hanya Allah yang tau. Jadi macam mana kita nak jadikan sesuatu yang subjektif tu sebagai titik penentu? Jadi solution yang terbaik, kita ikut je arahan Allah..semuanya akan jadi yang terbaik. Insha Allah.





now i know why she felt that way





Susah sebenarnya nak jadi dewasa ni. Orang dewasa kena buat keputusan. Nak buat keputusan tu bukan senang. Tapi kena buat jugak. Kita kena selalu buat yang terbaik, cuba ikut ajaran islam yang sebenar dan berserah pada Allah.


Apa pun yang berlaku, semuanya ketentuan. Menang kalah adat perandingan. Yang penting kita jangan lupa diri. Apa pun kita tetap cuma hamba Allah yang mencari keredhaan Nya, dunia dan akhirat. Walau apa pun yang berlaku, islam tu nombor satu, bangsa/parti/pandangan politik nombor 2. ok? :)





politik basi


♥ assalamualaikum 


Kita semua dah besar, well, aku dan rakan-rakan yang sebaya lah. Sekarang dah boleh mengundi. Rasa macam dah matang pulak, hihi. Tapi aku rasa ramai yang tak mendaftar pun, sebab yelah, menyampah jugak dengan politik Malaysia ni. Budaya politik tak sihat, siapa suka. Cuba kalau ubah sikit, matang sikit. Kata nak rakyat jadi bijak, nak rakyat jadi matang, tapi yang dekat atas tu bergaduh macam budak sekolah. Apedaaa..Orang tu ade cincin la, orang tu ada video la. Tak habis-habis cerita pasal orang tu ada apa. Bosan dah. Awal-awal seronok la buat gosip, alah, manusia memang suka gosip. Tapi kalau sampai ke sudah tu je bahannya, bosan lah. Cik dah bosan.


Aku kalau dah tak suka kat parti lagi satu pun, tak bermakna aku suka kat hang. So, berhenti la buat orang benci kat orang lain. Instead, buat lah something supaya orang suka, sayang kat hang. Kutuk-kutuk ni game budak kecik. Lepas tu, lagi satu, kalau orang tegur, mula lah emo. "parti tu buat takpa, parti kita tak boleh.." Jangan la compare macam tu. Be the better man lah, ahha. Kan? macam tu baru cool. Baru aku respek gila kat hang. Baru aku rasa nak pangkah hang. Kalau hang pun dua kali lima, baik aku tak payah pangkah mana-mana. Aku conteng buat rosak jah. Tak pasal-pasal main conteng-conteng. Ayoma...


BIla dah musim mengundi ni mula lah, macam-macam yang tak baik keluar. Kan best bila musim mengundi semua orang nak buat baik. Ahha..dah macam menyambut bulan ramadhan pulak kan. Kan nice macam tu. Anyway, apa-apa pun, ingatlah..yang tua dihormati..yang muda dikasihi. Yang muda jangan rebellious sangat, yang tua jadi lah role model yang baik. Generasi kami memerlukan role model.