repost: pesan
Sunday, March 10, 2013♥assalamualaikum
Kalau nak jadi yang terbaik, perlu lah pandai cari matlamat yang terbaik juga. Ayah kata, push the limit. .push your limit. Kata ayah kalau nak menuju ke garisan penamat, perlulah lari. Kalau berlari, setiap langkah itu perlulah langkah yang teguh, tak goyah. .Setiap larian itu pula larian yang terbaik, paling pantas kaki mampu menyusun langkah.
Hidup ni kata ibu, tak semestinya ada satu penamat. Lariannya berganti ganti. .Jadi bila sudah sampai ke garisan penamat yang pertama, tegapkan diri lalu terus melangkah lagi, terus lebih pantas lagi. Kerana ada hadiah menanti. Kalau lambat, lambat la menjulang jaya. Tak kah menanti itu sesuatu yang seksa?
Bulan takkan jatuh ke riba sayang.
Katanya walaupun rezeki di tangan tuhan, rezeki tak datang bila kita perlu, rezeki datang bila DIA mahu. Tapi usahanya perlu lah seperti nakkan rezeki esok hari, seperti begitu pasti rezeki kan bergolek esok hari. Lalu seperti yang dididik dari kecil, tawakal lah seperti orang-orang yang mencurahkan setiap titis peluhnya demi sebutir beras itu. Tadahkan tangan, berdoa dalam hati. Semoga hanya baik baik jatuh ke ribamu nanti. .Amin.
iye sayang. .teruskan lah dengan cara kau sendiri.
Bukan caranya yang ayah pesan, ibu luahkan, tapi kualiti. Melintang menegak lurus bersimpang melompat, ikut lah selera sendiri. .Tapi yang pasti, pesan pesan ayah dan ibu, langkah itu haruslah langkah yang paling gagah.
0 ♪♬♪♪♬ Comments
Tell me what you think about this post