al-fatihah

Sunday, March 10, 2013

assalamualaikum


Nenek sy, Syariah Fatimah Binti Dayang/Syed Alwi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari jumaat 8 Mac, pukul 4.30 petang. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sy harap kawan-kawan boleh sama-sama tolong doakan kesejahteraan nenek saya. Samaada dengan membacakan yasin, tahlil atau sedekahkan al-fatihah, atau mendoakan yang baik sahaja pun memadai, bergantung pada individu :)

Ada banyak jugak kontroversi berkaitan majlis tahlil rupanya, baru sy sedar. Tapi conclusion yang sy dapat lepas baca bahan-bahan berkaitan, tiada salahnya kalau kita ikhlas bersedekah untuk arwah.


"Jika dilihat kepada waqi’ pada hari ini, ahli keluarga, kaum kerabat serta sahabat handai sangat susah untuk berkumpul melainkan pada hari perayaan. Jika hari kematian pun tidak menjenguk maka di manakah ukhuwwahnya lagi?"


source: blog

Tq so much untuk kawan-kawan yang ucapkan takziah dan doakan yang baik-baik. I appreciate it a lot. *Sy ada jumpa pdf tahlil, free for download. SINI 

You Might Also Like

1 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post