repost: pesan

assalamualaikum


Kalau nak jadi yang terbaik, perlu lah pandai cari matlamat yang terbaik juga. Ayah kata, push the limit. .push your limit. Kata ayah kalau nak menuju ke garisan penamat, perlulah lari. Kalau berlari, setiap langkah itu perlulah langkah yang teguh, tak goyah. .Setiap larian itu pula larian yang terbaik, paling pantas kaki mampu menyusun langkah.

Hidup ni kata ibu, tak semestinya ada satu penamat. Lariannya berganti ganti. .Jadi bila sudah sampai ke garisan penamat yang pertama, tegapkan diri lalu terus melangkah lagi, terus lebih pantas lagi. Kerana ada hadiah menanti. Kalau lambat, lambat la menjulang jaya. Tak kah menanti itu sesuatu yang seksa?


Bulan takkan jatuh ke riba sayang.


Katanya walaupun rezeki di tangan tuhan, rezeki tak datang bila kita perlu, rezeki datang bila DIA mahu. Tapi usahanya perlu lah seperti nakkan rezeki esok hari, seperti begitu pasti rezeki kan bergolek esok hari. Lalu seperti yang dididik dari kecil, tawakal lah seperti orang-orang yang mencurahkan setiap titis peluhnya demi sebutir beras itu. Tadahkan tangan, berdoa dalam hati. Semoga hanya baik baik jatuh ke ribamu nanti. .Amin.




iye sayang. .teruskan lah dengan cara kau sendiri.

Bukan caranya yang ayah pesan, ibu luahkan, tapi kualiti. Melintang menegak lurus bersimpang melompat, ikut lah selera sendiri. .Tapi yang pasti, pesan pesan ayah dan ibu, langkah itu haruslah langkah yang paling gagah.

al-fatihah

assalamualaikum


Nenek sy, Syariah Fatimah Binti Dayang/Syed Alwi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari jumaat 8 Mac, pukul 4.30 petang. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sy harap kawan-kawan boleh sama-sama tolong doakan kesejahteraan nenek saya. Samaada dengan membacakan yasin, tahlil atau sedekahkan al-fatihah, atau mendoakan yang baik sahaja pun memadai, bergantung pada individu :)

Ada banyak jugak kontroversi berkaitan majlis tahlil rupanya, baru sy sedar. Tapi conclusion yang sy dapat lepas baca bahan-bahan berkaitan, tiada salahnya kalau kita ikhlas bersedekah untuk arwah.


"Jika dilihat kepada waqi’ pada hari ini, ahli keluarga, kaum kerabat serta sahabat handai sangat susah untuk berkumpul melainkan pada hari perayaan. Jika hari kematian pun tidak menjenguk maka di manakah ukhuwwahnya lagi?"


source: blog

Tq so much untuk kawan-kawan yang ucapkan takziah dan doakan yang baik-baik. I appreciate it a lot. *Sy ada jumpa pdf tahlil, free for download. SINI 

Unity part 2

assalamualaikum


This is my point of view of issues in Lahad Datu. This is about what i feel.


Isu ni berkaitan dengan keselamatan negara. Kerajaan perlu pandai kawal maklumat yg keluar masuk melalui pelbagai media untuk mengelakkan panik dan juga utk mengelakkan salah guna maklumat yg sememangnya dah berlaku degan begitu banyak sekali. Tambah-tambah pulak sekarang semuanya dah ada facebook, twitter, blog, jadi makin cepat maklumat tersebar dan disebarkan. Maklumat yang betul, dan jugak yang salah, seiringan bersama-sama menerokai dunia. haha In fact, yang salah tu lagi cepat tersebar, zup zup zup! macam pelesit.

Pihak pembangkang perlu berhati-hati dalam memberi kritikan supaya ianya tidak menjadi satu lagi masalah yang akan menyebabkan perpecahan dalam masyarakat kita yang semestinya sudah tersedia berpecah. Pihak kerajaan perlu berfikiran positif dan terbuka dgn kritikan yang diberikan. Semua kritikan adelah utk kebaikan bersama (i hope). Jangan la balas kritikan tu dengan kata-kata yang juga boleh menyebabkan perpecahan. Be the bigger man. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang gitu. Ewahh

Isu keselamatan di Lahad Datu tidak spatutnya menjadi satu lagi bahan utk melaga-lagakan pihak pembangkang dan kerajaan. Macam tak cukup pulak apa yang dah tersedia ada. Kita boleh anggap semua ni sebagai satu ujian kesatuan, dan juga ujian bagi pihak kerajaan. Ini masalah besar yg tak boleh dibuat main, you can't hide this one. So do well. Show us what you got. Ini ujian untuk pihak pmbangkang jugak. Ni lah masanya untuk buktikan, ada perkara yang lebih penting daripada politik. Jangan keruhkan keadaan, cuba untuk selesaikan sama-sama. Kan lagi baik?


Kita mungkin berbeza pendapat dan idealogi dalam hal-hal tertentu, tapi kita semua masih sama, masih rakyat Malaysia. Tanah tumpah darahku. For once, please, prove that Malaysia can unite. Mungkin aku terlalu naif, tapi biar lah, being naive are far more better than being ignorant. 

Aku rasa kita boleh, tapi perubahan memang susah. We might need years and even decades to be one, but it'll be worth the wait and all the effort. Ramai orang yang dah mula ikhlas semasa melaungkan kesatuan dan kebebasan, bukan sekadar nak menjadi hero. At least that is something that we can be proud of. Kira improvement lah tu kan? :)


Kadang-kadang, well, selalunya memang mudah untuk kita cakap yang kita terima pendapat orang lain, walhal dalam hati sebenarnya ia tak semudah tu. Ada saki baki benci dan tak puas hati dalam hati,, mungkin. Tapi kena belajar sabar. Mula-mula memang susah, tapi takpe, pelan-pelan kayuh. Tahan diri daripada buat statement "melatah". Vah vah, easy said than done apel. huhu..Bila orang kata kau cakap lebih-lebih, kau pun frust jugak. Adeh. Sedih-sedih. Yelah, memang aku suka banyak cakap pun. Takpelah, lepas ni tulis kat blog jelah. Blog kan memang tempat untuk cakap lebih. haha Tak pe, wa redha, wa sedar wa sape..wuaa T^T Tetibe lak sedih kan, haha.

*if only we have someone like Dr Mazhar Shaheen in our country. His words are golds.