to make a guy fall in love

Monday, April 09, 2012

assalamualaikum

yes, yes you do.

This is a simple tutorial of how to make a guy fall in love with you. The first step is to actually find a guy. After you got one, follow these simple steps. Haha. .You know, flirting, is not how you make a guy falls in love with you. Wearing cute outfit, make up, laugh at their joke and other primitives technique will not work in this century. Ok dah, macam ape pulak aku ni. Annoying gila. .haha Takde siapa tanya aku pun macam nak buat orang sayangkan kita, tapi, hey, suke hati lah. Ekhem *kibas-kibas rambut

Kejujuran. Keikhlasan. Lemah lebut. Tegas. Dihormati lelaki lain. Sabar. Memberi ruang bila ruang tersebut diperlukan. Tenang dalam keadaan yang tegang. Mendengar dengan ikhlas. Memberi nasihat dan menenangkan bila dia rasa hilang. Sentiasa memberi semangat. Sentiasa menyokong perkara baik yang dilakukan. Menghormati diri sendiri.


Agama.


Ada banyak cara untuk buat seorang lelaki ataupun perempuan ataupun sesiapa untuk sayangkan kita, untuk betul-betul ambil berat dan kisahkan kita. Tapi mungkin, cara yang paling mudah dan tak susah dan tak kepura-puraan ialah dengan menjadi seorang hamba Allah yang baik dahulu. Kalau kita sentiasa cuba untuk jadi hamba yang taat pada perintahNya, sentiasa cuba mendapat keredhaan dan kasih sayang Nya. .Semua orang akan rasa mudah untuk sayangkan kita. Keluarga, kawan, bakal suami. .Bila orang yang tersayang sentiasa ada kita untuk tenangkan dia dengan mengingatkan dia pada agama, sentiasa mengingatkan dia untuk buat kebaikan, kita akan sentiasa dekat di hati dia. Susah senang, mesti selalu nak carik kita dulu. Nak dapatkan pendapat, nasihat kita. .Sebab dia tahu kita akan selalu ucapkan benda-benda yang baik, sentiasa membawa dia kearah kebaikan. Jadi penyejuk hati orang tersayang itu kan yang paling indah. :)


Ruang.


Semua orang perlukan ruang masing-masing. Semua perlukan masa untuk diri sendiri sebab kita sebenarnya masih mencari diri kita yang sebenar. Sentiasa mencari. .Bila berlaku musibah dan hati rasa tak tenang, kadang-kadang kita cuma perlukan masa dan ruang. Tapi bila keadaan mendesak, ruang terasa sempit, terasa rimas, lemas. Perempuan, kurang sabar. Terutama tentang rahsia. Bila ada orang tak mahu nak bercerita dia akan rasa tersisih. Padahal tak pun. .Untuk jadi istimewa di hati seseorang, kita kena la jadi istimewa dulu. Lain dari yang lain. Tak mendesak bila keadaan jadi sekeliru mana pun, tetap sabar dan tenang. Bila tak ada yang menyokong, kita sentiasa ada disisi tanpa rasa ragu sikit pun. Bila masanya sampai dia akan cerita jugak. Sabar dan tenang, jadi tempat untuk dia bergantung.

Aku pun tak sure kenapa aku tetiba nak berjiwangan kat sini. Well, hormon kot. I blame u hormones! hehe. .Tapi macam ada lagi yang nak dibebel. .Hm. .maybe next time. I'll continue this tutorial next time. CEWAH!!! hahahahahahah *gelak besar tanda malu dan super saiya segan* Ok dah. Short post for tonight. Sleepy sleepy head. krooohhhh~

*ps: i'm not in a very sane state of mind, i think. So, i dont know if any of my words made any sense at all. so. . . .sory.hehe Do enjoy picture of these cute and ridiculously random animal pictures.

my cuteness is only a part of my diabolical plan. mwahaha
too cute to eat
tapi mak..bakteriaa
pohon beringin..daunnya rendang
can i eat the hamster master? pleaseee.....

You Might Also Like

0 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post