pingat dan anugerah

Monday, January 30, 2012

assalamualaikum


Dulu aku macam John Nash Beautiful mind. Bukan dalam maksud genius, tapi dalam maksud selalu nak jadi yang terbaik. Cuma yang terbaik. .sentiasa nak cipta sejarah dengan kejayaan aku sendiri. Aku percaya aku ditakdirkan untuk sesuatu yang lebih istimewa, lebih gah. Mungkin sebab aku memang dah dididik macam tu. .Dari kecik aku dah di set untuk cipta sejarah dalam keluarga. Dan aku hidup dengan satu fantasi di mana aku ni sangat lah ossem, dan walau berapa kali aku gagal pun aku akan tetap berjaya. Jadi, aku mula sambil lewa. meh.


Dulu aku anggap kejayaan tu sesuatu yang material. Boleh kita nampak, boleh sentuh. Kalau kaya maksudnya berjaya, kalau dapat pingat masa konvo tu hebat, so on so on. Tapi hakikatnya, memang tu pun makna kejayaan kan? Kejayaan material. Salah siapa kalau kita semua kejar grade dan bukan ilmu? At the end of the day, ape yang mereka nak cuma huruf-huruf atas sekeping kertas. Tak de siapa peduli isi di dada pun. Sebab ape? Mungkin sebab mereka cuma tahu menilai ilmu melalui bilangan huruf-huruf dan nombor.

Tapi salah ke kalau kejar huruf dan nombor? Kejar grade dan anugerah? Tak kan lah salah. .cmon la, itu macam quest. Macam main game. Kita kumpul star, mushroom, emas. . .Kalau dapat kumpul baru menang. Tapi menang game je, bukan ape sangat pun. Well, tak jugak. Bagi sesetengah orang kemenangan tu satu kepuasan. Belajar pun macam tu jugak. Belajar ni macam game. Grade tu bintang, kawan tu cendawan. .ok bab cendawan tu aku tak sure. haha Kita cuba dapat grade yang baik sebab nak kan kepuasan. Tapi kepuasan bukan bermakna kejayaan. Yeke? ha.itu yang kite tak tau.


Sambil belajar ni kite kumpul bintang sebab seronok. Tapi actually boleh je kalau kita nak terus sampai ke ending, actually boleh je kalau kita nak kumpul benda lain..Tapi sebab game tu suruh kita kumpul bintang, kita kumpul jela kan. Bagi dia puas hati sikit. Nah bintang! nak sangat. Tapi kita kena sedar, bintang tu cuma petunjuk untuk kita jumpa laluan yang betul. Untuk elak kita dari sesat. Tapi tak bermakna bintang tu je satu-satunya petunjuk yang ade kan? Walaupun kita tak jumpa bintang, tapi kalau kita masih nampak denai-denai laluan, kita tetap sampai. Cuma mungkin perjalanan jadi extra bumpy sikit. Well, ade orang suka lalu jalan bumpy-bumpy. Seronok kot! Baru adventure.

Sepanjang perjalanan kita akan jumpa ramai orang. Dan setiap orang ada cara yang tersendiri untuk dia habiskan quest dia. Ada yang tak suka ambil risiko, ade yang tak suka ikut jejak orang, ade orang bla3. . . . Kita kena hormat cara semua orang. .Baru ossem. Jangan sombong kalau kita dapat kutip banyak bintang, jangan sombong kalau kita jumpa shortcut, sebab garis penamat sebenarnya takde sape pun yang sampai lagi.

*bebelan dilhamkan oleh seorang member yang bertanye dapat pointer berapa baru boleh dapat medal.hahah

You Might Also Like

6 ♪♬♪♪♬ Comments

  1. If you really felt that way then find ways to make it BIG. Never betray your instinct.

    ReplyDelete
  2. i will.
    and when i finally did it, i'll let you know.
    :)

    ReplyDelete
  3. wow..dr airil komen..awesome..hehe..pada aku kauntiti (pingat, gred, mrkh yg bagus) tu tak penting..yg penting kualiti ilmu yg kita dapat :)

    ReplyDelete
  4. tu la.xcited aku.haha dr airil komen~ haha
    yeah, dats it kiah. Kite geng! ;D

    ReplyDelete

Tell me what you think about this post