us or the system?

Tuesday, October 11, 2011

assalamualaikum

342427_700b_large

Harini hari yang agak annoying. Bangun lambat disebabkan hujan. Hujan memberi keselesaaan melampau yang membuatkan siang terasa sangat kemalaman. Ngehngeh Anyhow, walaupun begitu, aku tetap gi jugak kelas walaupun lambat 20min. Dan, disebabkan kelas aku terletaknya di makmal hydro. .aku pun terpaksa lah parking dekat area-area makmal tu jugak la kan. For those yang belajar kat UTM ni mesti tau yang UTM ni berlambak gila tempat yang tak boleh masuk, tak boleh parking, tak boleh bla3. Termasuk jugak lah tempat yang aku parking tadi. Pun tak boleh gak actually. Justeru itu, HARI NI AKU KENA SAMAN. Dem.

Kenapa UTM suka gila saman orang?

Masa mula-mula masuk UTM, aku rasa hebat gila la UTM ni. But now, aku dah mula rasa menyampah. Haha Menyampah, bukan benci. Biasalah kan, darah muda. Semua benda tak puas hati. Tambah-tambah pula bab saman menyaman ni. Dah nama pun student, mesti la takde duit. Duit nak beli buku, makan pun dah kena catu, ni kena saman pulak. Dem, annoying gila kot.

Ape solution untuk parking space tak cukup? Saman sampai bila-bila?

I admit, logic untuk diorang saman. Tapi, ade tak diorang fikir, logik tak untuk kita park kat situ? Mana lagi doh nak parking? Nasib aku je malang sebab kena saman. Member aku yang lain park kedalam sikit, jadi tak sempat kena. Still, tempat diorang park tu pun tak boleh jugak sebenarnya. Tempat yang boleh park? Ade. . . . .tapi jauh gila la nak jalan. Ruang-ruang yang ada kat 'restricted area' tu semua untuk staff. 

Sampai bila doh nak saman student? Kalau sorang dua student yang park kat situ lain hal la. Tu means budak tu memang degil dan malas gila bapak. Tapi kalau majoriti? Or maybe almost semua student pilih untuk park kat situ, aku rasa tu dah jadi keperluan. Dan kalau diorang nak kata ade ruang yang disediakan untuk student parking, cuma student yang malas nak jalan. . . .cmon lah, situ pun full jugak hape. Pastu tadi hujan kot. Timbang rasa lah sikit. .

Sticker kenderaan kolej (untuk kes aku, kereta) mahal gila, tapi parking space takde.

Ramai gila babun kereta yang park kat kolej ni tak berdaftar under kolej. Kira, daftar sebagai kereta pelajar UTM tapi tak daftar sebagai kereta kolej. Sebab? Sebab mahal gila, RM30. Pastu kalau nak parking kereta kena parking bawah pokok la, kat tempat park motor la ape la. . .Sebab? Sebab tak cukup ruang untuk park. Bayar mahal, parking takde. Memang malas la aku  nak bayar kan. Haha

Kenapa parking tak cukup? Sebab kereta banyak sangat. Kenapa kereta banyak sangat? Well, kalau rumah kita kat selangor, belajar kat johor, perlu kot kenderaan. Nak beli pape, nak pergi mana-mana, semua perlukan kereta. Nak naik bas? memang lambat-sampai-lambat-balik-penat-nak-mampus la kan. Naik teksi? Out of topik. Tak logik. 

Kolej lingkaran dalam tak digalakkan bawak kenderaan.

Aku terima statement atas ni. Sebab yelah, kita bayar untuk bas. Ruang pun terhad, jadi diikutkan, elok la naik bas. True true. But still, tak solve apa-apa pun. Student yang bawak kenderaan pun guna untuk keluar UTM je. Yang guna untuk dalam pun sebab dulu bas macam haram. Asek penuh je. Dah la bas lambat, kalau terlepas bas, memang setengah jam ke atas la nak tunggu bas yang next. Tapi sekarang maybe dah better kot. Aku tengok bas macam dah oke je. Konsisten, tak macam biskut. Jap ade jap takde.

Masih tak solve solution parking. Sebab walaupun student guna bas untuk bergerak dalam UTM, kereta diorang masih ada kat kolej. Masih perlukan tempat untuk diletakkan sementara tak guna betul tak? Dan tempat park pun bukannye mewah pun. Tak terlindung dari hujan atau terik mentari pun. Tapi universiti masih nak teruskan dengan solution saman, naikkan saman, bla3. Which for the past years, tak resolve apa-apa pun aku rasa. Aku rasa la. Aku bukan tau ape pun. haha

Pejabat kolej.

Harini aku baru daftar barang elektrik kat pejabat kolej. Dan disebabkan aku lambat, aku kena saman. RM5. Good job apel. Dan alang-alang menyeluk pekasam, aku pun isi borang aduan kerosakan jugak. Which later on, makes me wonder. Mana pergi duit saman aku tu kalau barang kolej asek rosak je. Aku kan asek tak puas hati je ngan semua orang. So, aku pun tanya kaunter. 

" Untuk ape ek kolej saman kita kalau barang asek rosak je? "
" Barang ape yang rosak? "
" Toilet, kipas. "
" Yang saman ni UTM, bukan kolej. Lagipun kolej keluarkan resit. Kalau tak puas hati kena sampaikan kat pihak yang betul la. so on so on aku tak ingat. "
" oh. . .Habis tu duit saman tu pergi kat mana? "
" Kat bendahari UTM. "
" bila ek orang datang repair? "
" Bergantung kat unit harta bina UTM. Kita hantar report kat diorang then diorang akan suruh kontraktor datang bla3."
" Jadi takde hari yang tetap la untuk diorang datang? "
" Takde, semua bergantung kat harta bina. Kontraktor pulak bengong, ikut suka hari dia. Kalau awak tak puas hati awak report la kat sana. Kitorang tak settlekan pape. Tak pun awak boleh cakap dengan orang atasan saya kat situ." - kurang lebih la ape yang dia cakap, aku pun nyanyuk.
" Takpelah, saya tanya je. " - cuak lak. haha

*Aku pun taktau napa banyak lak aku tanya. Maybe aku bengang kot sebab kena 2 saman harini. Tadi aku pun satu hal, tanya cam tak berapa nak puas hati sangat, dia pun jawab cam tak berapa nak puas hati sangat, lalu menjadikan aku lebih tak puas hati. 

Its funny. Ape sebenarnya guna pejabat kolej kalau penginap kolej tak boleh mengadu? Aku bayar kot duduk kolej ni. Tak kisah la lingkarang dalam ke luar. Aku berhak kot untuk dapat keselesaan ikut apa yang aku bayar. Toilet flush rosak, dua dua jamban. Aku nak berak pun kena tadah air. Dah la floor aku kongsi tandas ngan cleaner. Tak kisah la share, tapi ada masa-masa yang diorang anggap ruang ni diorang punya je. Mandi kat jamban, tadah guna baldi. Bila aku pasang paip, dia cabut, siap letak kat luar lagi paip tu. Guna barang suka hati lak tu. Kalau aku letak baldi kat toilet, dan baldi aku kosong, dia mesti guna letak barang basuh baju dia. Haritu aku letak bekas makanan kat pantri, dia sorok. Nak cilok ke hape aku pun tak tau. Sebbek jumpa. Dem. Tu baru masalah sem ni, belum lepas3.


Tukang repair miang.

Aku tak faham kenapa kolej tak boleh tentukan bila tukang repair boleh datang. WHY lah? Tak kisah la kerosakan banyak ke, kena gilir-gilir ke. . .tak kisah la. Kalau ade sistem yang betul, ade jadual, kan senang. Ni tak, ikut suka hati kontraktor bila nak datang. Pastu masuk blok perempuan suka hati. Dah masuk suka hati, tak ada adab lak tu. Bersiul-siul, buat bising, mengintai. Maybe tak semua lah yang mengintai tu, but still,  cuak kot. Cuba kalau ada jadual or sistem yang teratur. Kitorang alert bila ada kerja-kerja pembaikian dan sebagainya. Takde lah masalah. Kalau berlaku masalah, takde lah kitorang tak puas hati kat kolej. Dem.

Tumblr_lrxsu78abk1qfiq9bo1_500_large

*Hari ni mood tak puas hati. Sebab? Saman. Aku admit la aku ikut perasaan. Aku admit maybe tak semua benda yang aku tak puas hati tu patut. heh Banyak sangat tak puas hati. Maybe aku patut amalkan Hakuna Matata untuk rasa lebih ceria di UTM.

You Might Also Like

4 ♪♬♪♪♬ Comments

  1. hakuna matata = hidup gembira tanpa masalah

    amalkannya yer!

    sian ko pel, aku pun tak daftar eletrik lagi nih!

    ReplyDelete
  2. wei pe barang daftar lektrik?hahaha,biar dia cari kita,bukan kita cari dia.hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahah...x daftar pon...
    sem lepas pon x dftr..huk3

    ReplyDelete
  4. IQ : haha. .tulah, pasni aku kena hepy je manjang. KO da daftar belum?

    SK: tula pasal weyh! Aku dah mula menyesal daftar! hahahaha

    Nad: same la. last sem apel tak daftar gak. Untung la x kena saman. haha

    ReplyDelete

Tell me what you think about this post