menghukum

assalamualaikum


I found this on FB. Ade orang share kat profile dia dan tup tup, disebabkan kekepohan FB yang semua benda nak bagitau orang, aku pun ternampak gambar ni dan bukak la link gamba tersebut.

Ape pandangan anda?

I'm not sure if the one who posted this on the first place was really trying to know "pendapat anda" or just trying to "mengaibkan orang pada sekala 4.5". Its a mystery. Ape pun orang asal yang post gambar ni katekan, kita tetap takkan tahu niat sebenar dia kan? Well well. .

Same goes as her. YUNA. Ouh cmon, tak perlu kot nak hitamkan mata. Jelas-jelas dah siapa. Yang rahib tu pun, oh cmon, tu bukan megan fox ke? Bukan sister sebenar pun. Atlist, letak la gambar real sister. Baru comparison tu make sense, kot.

Pendapat gua.


Bak kata Dr Airil, merangkap lecturer theory stucture aku, LIFE IS A PARADOX. Something like that. Kita tak mampu nak memahami isi hati orang lain, tak mampu nak jelaskan perbuatan atau niat orang lain selagi kita tak alami apa yang dia rasa. Betul tak? Dan mustahil untuk kita hidup sebagai dua atau 3 orang dalam satu masa yang sama. Mustahil, sangat mustahil. Jadi mustahil jugak lah untuk kita betul-betul faham kenapa orang ni atau orang tu buat benda ni atau benda tu. Kan?


What i'm trying to say is, ape hak kita (masyarakat) untuk letakkan hukum pada dia (in this case YUNA) dan melabelkan dia sebagai sesuatu yang sangat amat negative? Do we know why she was wearing that way? Kita tau apa isi hati dia? Rela ke tak rela ke dia? Dia berdoa tak tuhan ampunkan dosa dia setiap malam? Haa, kalau tiap-tiap malam dia menangis-nangis mintak ampun kat ALLAH, mesti kita rasa bersalah cakap macam-macam en? haha.

Sama macam bertudung dan tak bertudung, memang betul, menutup aurat itu satu kewajiban, tapi ALLAH itu maha mengetahui. Apa yang kita mampu buat hanyalah menasihati dalam cara yang terbaik apabila melihat sesuatu yang pada asasnya adalah salah. Dan. . . .penasihat itu perlulah ade sifat-sifat padi. Makin berisi makin ke tanah. Baru mudah nak diterima. Tapi org kita ni tak. Banyak lalang dalam kalangan kita. The hack, aku pun lalang jugak. Poyo tapi ape pun takde, ape pun tak boleh. haha

Aku tak cakap aku suka dengan style bertudung YUNA sekarang, tapi still, aku refuse untuk jadi orang yang suka melabelkan (dalam kes ni dari segi agama) sesuatu ikut apa yang dia nampak di majalah dan bla3. I used to be that kinda of girl who lives by the believe that "Cover buku mungkin tak dapat menggambarkan keseluruhan cerita, tapi melalui cover tu kita boleh atleast agak genre dan content buku tu." Tapi lama-lama, aku sedar ade kesilapan dalam statement tu. Which is, aku takkan tahu niat dan isi hati sesiapa pun dalam dunia ni selain diri aku sendiri. Dan sememangnya manusia ni adelah makhluk yang lemah, sebab? Sebab kita tak tau apa-apa pun. Nothing. Kita nampak ape yang DIA nak kita nampak je tanpa tahu kebenaran yang mutlak disebalik semuanya. So why act like we know everything?


Respect people dan jangan mudah label orang ikut apa yang kita nampak. 
Mata hanya nampak luaran, kita takde kuasa x-ray dan kita bukan psykik.

us or the system?

assalamualaikum

342427_700b_large

Harini hari yang agak annoying. Bangun lambat disebabkan hujan. Hujan memberi keselesaaan melampau yang membuatkan siang terasa sangat kemalaman. Ngehngeh Anyhow, walaupun begitu, aku tetap gi jugak kelas walaupun lambat 20min. Dan, disebabkan kelas aku terletaknya di makmal hydro. .aku pun terpaksa lah parking dekat area-area makmal tu jugak la kan. For those yang belajar kat UTM ni mesti tau yang UTM ni berlambak gila tempat yang tak boleh masuk, tak boleh parking, tak boleh bla3. Termasuk jugak lah tempat yang aku parking tadi. Pun tak boleh gak actually. Justeru itu, HARI NI AKU KENA SAMAN. Dem.

Kenapa UTM suka gila saman orang?

Masa mula-mula masuk UTM, aku rasa hebat gila la UTM ni. But now, aku dah mula rasa menyampah. Haha Menyampah, bukan benci. Biasalah kan, darah muda. Semua benda tak puas hati. Tambah-tambah pula bab saman menyaman ni. Dah nama pun student, mesti la takde duit. Duit nak beli buku, makan pun dah kena catu, ni kena saman pulak. Dem, annoying gila kot.

Ape solution untuk parking space tak cukup? Saman sampai bila-bila?

I admit, logic untuk diorang saman. Tapi, ade tak diorang fikir, logik tak untuk kita park kat situ? Mana lagi doh nak parking? Nasib aku je malang sebab kena saman. Member aku yang lain park kedalam sikit, jadi tak sempat kena. Still, tempat diorang park tu pun tak boleh jugak sebenarnya. Tempat yang boleh park? Ade. . . . .tapi jauh gila la nak jalan. Ruang-ruang yang ada kat 'restricted area' tu semua untuk staff. 

Sampai bila doh nak saman student? Kalau sorang dua student yang park kat situ lain hal la. Tu means budak tu memang degil dan malas gila bapak. Tapi kalau majoriti? Or maybe almost semua student pilih untuk park kat situ, aku rasa tu dah jadi keperluan. Dan kalau diorang nak kata ade ruang yang disediakan untuk student parking, cuma student yang malas nak jalan. . . .cmon lah, situ pun full jugak hape. Pastu tadi hujan kot. Timbang rasa lah sikit. .

Sticker kenderaan kolej (untuk kes aku, kereta) mahal gila, tapi parking space takde.

Ramai gila babun kereta yang park kat kolej ni tak berdaftar under kolej. Kira, daftar sebagai kereta pelajar UTM tapi tak daftar sebagai kereta kolej. Sebab? Sebab mahal gila, RM30. Pastu kalau nak parking kereta kena parking bawah pokok la, kat tempat park motor la ape la. . .Sebab? Sebab tak cukup ruang untuk park. Bayar mahal, parking takde. Memang malas la aku  nak bayar kan. Haha

Kenapa parking tak cukup? Sebab kereta banyak sangat. Kenapa kereta banyak sangat? Well, kalau rumah kita kat selangor, belajar kat johor, perlu kot kenderaan. Nak beli pape, nak pergi mana-mana, semua perlukan kereta. Nak naik bas? memang lambat-sampai-lambat-balik-penat-nak-mampus la kan. Naik teksi? Out of topik. Tak logik. 

Kolej lingkaran dalam tak digalakkan bawak kenderaan.

Aku terima statement atas ni. Sebab yelah, kita bayar untuk bas. Ruang pun terhad, jadi diikutkan, elok la naik bas. True true. But still, tak solve apa-apa pun. Student yang bawak kenderaan pun guna untuk keluar UTM je. Yang guna untuk dalam pun sebab dulu bas macam haram. Asek penuh je. Dah la bas lambat, kalau terlepas bas, memang setengah jam ke atas la nak tunggu bas yang next. Tapi sekarang maybe dah better kot. Aku tengok bas macam dah oke je. Konsisten, tak macam biskut. Jap ade jap takde.

Masih tak solve solution parking. Sebab walaupun student guna bas untuk bergerak dalam UTM, kereta diorang masih ada kat kolej. Masih perlukan tempat untuk diletakkan sementara tak guna betul tak? Dan tempat park pun bukannye mewah pun. Tak terlindung dari hujan atau terik mentari pun. Tapi universiti masih nak teruskan dengan solution saman, naikkan saman, bla3. Which for the past years, tak resolve apa-apa pun aku rasa. Aku rasa la. Aku bukan tau ape pun. haha

Pejabat kolej.

Harini aku baru daftar barang elektrik kat pejabat kolej. Dan disebabkan aku lambat, aku kena saman. RM5. Good job apel. Dan alang-alang menyeluk pekasam, aku pun isi borang aduan kerosakan jugak. Which later on, makes me wonder. Mana pergi duit saman aku tu kalau barang kolej asek rosak je. Aku kan asek tak puas hati je ngan semua orang. So, aku pun tanya kaunter. 

" Untuk ape ek kolej saman kita kalau barang asek rosak je? "
" Barang ape yang rosak? "
" Toilet, kipas. "
" Yang saman ni UTM, bukan kolej. Lagipun kolej keluarkan resit. Kalau tak puas hati kena sampaikan kat pihak yang betul la. so on so on aku tak ingat. "
" oh. . .Habis tu duit saman tu pergi kat mana? "
" Kat bendahari UTM. "
" bila ek orang datang repair? "
" Bergantung kat unit harta bina UTM. Kita hantar report kat diorang then diorang akan suruh kontraktor datang bla3."
" Jadi takde hari yang tetap la untuk diorang datang? "
" Takde, semua bergantung kat harta bina. Kontraktor pulak bengong, ikut suka hari dia. Kalau awak tak puas hati awak report la kat sana. Kitorang tak settlekan pape. Tak pun awak boleh cakap dengan orang atasan saya kat situ." - kurang lebih la ape yang dia cakap, aku pun nyanyuk.
" Takpelah, saya tanya je. " - cuak lak. haha

*Aku pun taktau napa banyak lak aku tanya. Maybe aku bengang kot sebab kena 2 saman harini. Tadi aku pun satu hal, tanya cam tak berapa nak puas hati sangat, dia pun jawab cam tak berapa nak puas hati sangat, lalu menjadikan aku lebih tak puas hati. 

Its funny. Ape sebenarnya guna pejabat kolej kalau penginap kolej tak boleh mengadu? Aku bayar kot duduk kolej ni. Tak kisah la lingkarang dalam ke luar. Aku berhak kot untuk dapat keselesaan ikut apa yang aku bayar. Toilet flush rosak, dua dua jamban. Aku nak berak pun kena tadah air. Dah la floor aku kongsi tandas ngan cleaner. Tak kisah la share, tapi ada masa-masa yang diorang anggap ruang ni diorang punya je. Mandi kat jamban, tadah guna baldi. Bila aku pasang paip, dia cabut, siap letak kat luar lagi paip tu. Guna barang suka hati lak tu. Kalau aku letak baldi kat toilet, dan baldi aku kosong, dia mesti guna letak barang basuh baju dia. Haritu aku letak bekas makanan kat pantri, dia sorok. Nak cilok ke hape aku pun tak tau. Sebbek jumpa. Dem. Tu baru masalah sem ni, belum lepas3.


Tukang repair miang.

Aku tak faham kenapa kolej tak boleh tentukan bila tukang repair boleh datang. WHY lah? Tak kisah la kerosakan banyak ke, kena gilir-gilir ke. . .tak kisah la. Kalau ade sistem yang betul, ade jadual, kan senang. Ni tak, ikut suka hati kontraktor bila nak datang. Pastu masuk blok perempuan suka hati. Dah masuk suka hati, tak ada adab lak tu. Bersiul-siul, buat bising, mengintai. Maybe tak semua lah yang mengintai tu, but still,  cuak kot. Cuba kalau ada jadual or sistem yang teratur. Kitorang alert bila ada kerja-kerja pembaikian dan sebagainya. Takde lah masalah. Kalau berlaku masalah, takde lah kitorang tak puas hati kat kolej. Dem.

Tumblr_lrxsu78abk1qfiq9bo1_500_large

*Hari ni mood tak puas hati. Sebab? Saman. Aku admit la aku ikut perasaan. Aku admit maybe tak semua benda yang aku tak puas hati tu patut. heh Banyak sangat tak puas hati. Maybe aku patut amalkan Hakuna Matata untuk rasa lebih ceria di UTM.

someone like you - adele cover

assalamualaikum

Lain dari cover yang lain. Aku suka part perempuan tu je actually. Terjumpa video ni sebab Hasmira cam obses gila dengan adele sekarang. haha Try carik cover yang best then terperasan yang video ni baru post dalam 2minggu gitu tapi view dah sejuta. So i clicked and feel like sharing. ;D





salah crowd

assalamualaikum

Tumblr_lsj3fbqh1p1qbgwwgo1_500_large
Feels like years since i spent some time writing here.

Salah crowd. Dalam konteks ape yang aku maksudkan salah crowd? Well, banyak actually. Setiap kali kita nak buat sesuatu program ataupun ada sesuatu ideologi baru yang kita cuba ketengahkan ataupun ada sesuatu ketidak puas hatian yang cuba diluahkan dalam usaha untuk mendapat perhatian pihak-pihak tertentu, perlulah ada medium yang tepat dan crowd yang betul. Supaya, apa yang kita cuba sampaikan, luahkan or adukan mendapat respon dan perlaksaan yang kita mahukan. Ye dak?

Lepas habis tulis perenggan atas, aku dengan semangatnya baca balik segala perkataan yang aku tulis. Dan dengan jayanya, aku telah merisaukan diri aku sendiri dengan menjadi terlalu serius secara tiba-tiba pada keheningan malam yang dingin ini. Sem ni, aku amek kelas therory of structure. Dan leturer aku, Dr Airil ada cara yang amat unik dalam teknik pengajaran, which, aku rasa telah memberi impak besar terhadap gaya penulisan aku sekarang. 

Theory of structure.
Biasanya masuk kelas lect akan start introduce diri sikit, then bincang pasal subjek bla3. Tapi Dr Airil mulakan kelas pertama di semester yang baru ni dengan ponteng kelas. "Korang pun suka aku tak datang kan?" -Dr Airil 2011. Second kelas untuk minggu tu pulak dia datang lewat sejam, masuk kelas dengan secawan air kat tangan SAHAJA dan dengan coolnya membuat statement. "Sory la, aku tak dapat bangun pagi tadi." dan mula mengajar falsafah-falsafah dengan menggunakan perkataan-perkataan bombastik such as IMFERIORITY COMPLEX. Whatthehello lah inferiority complex is? Satu kelas taktau, which suprises him very much, which suprises us very much too.

Ideologi.

Tumblr_lqtlkojpu41qk4zpko1_500_large

Menjadi lebih bijak dari generasi sendiri can be a hard thing to deal with. Dont you think? Tapi tak include aku lah. Dem. Dan bila beberapa orang dewasa decide untuk jadi patriotik dengan menyampaikan ideologi baru tentang harga diri bangsa, kita, generasi selepasnya akan jadi bahan experiment. Memang sangat haruslah untuk kita, "pembela negara" untuk mengalami pesta anjakan paradigma beramai-ramai untuk masa hadapan. Namun yang demikian, PERUBAHAN can be an impossible thing to do bila "pembela negara" masih terkongkong dengan fahaman kebelakang generasi yang masih lagi menjadi pengetua dalam hidup kita. 

Oke, aku tau cubaan aku untuk guna words bombastik dalam perenggan atas ni sangat gagal. Next kelas structure aku try salin perkataan-perkataan alien yang dia guna. *kenyit-kenyit mata*

saling hormat-menghormati.

Tak semua remaja (tingkatan 4 ke atas, 25 kebawah?) adalah kurang hajar. Infact, aku rasa most of us cuma cakap kasar dengan member je. Dengan lecturer, parents, keluarga dan orang yang lebih tua, mostly semua orang yang aku kenal masih bercakap sopan dan masih tunduk setiap kali melintas depan orang yang lebih tua, including strangers kat kedai makan dan sebagainya. Tapi, mungkin sebab duduk dalam universiti semua benda tu tak jadi. Budak-budak u kan ade jati diri yang tinggi. haha 

However, sedang semua orang dewasa sibuk mewar-warkan kekurang hajaran kita, they themselves jarang sekali memberi contoh yang baik, terutama yang bekerja di kaunter. It took them 20 minutes to say " Nak ape? Baca tak notis betul-betul? Pergi baca dulu. " dekat pejabat fakulti, took 3 days to say "Baca tak ketas pink kat situ?" which says; segala urusan sticker kenderaan .......... pejabat lalu lintas sahaja. 3 hari ulang-alik tempat yang salah sebab 3 orang yang bertugas kat kaunter pondok pengawal hanya tahu cakap "Kaunter tutup harini." without asking anything in before. Kaunter HAL EHWAL MAHASISWA? Well, worst or the worst. Fakta.

So much for kempen Hormat-menghormati.

The aku-kena-nasihat-semua-perempuan-pasal-semua-benda kinda of guys.


Since The-other-khairul jadi femes sebab gaya penulisan blog yang suka perli perempuan, now semua lelaki nak buat macam tu but wayyyyy less entertaining. Its official, baca blog lelaki yang ada terlalu banyak entry "atas nama menasihati dan membetulkan perkara yang salah, atas nama dakwah etc. kaum hawa" adalah sangat membosankan dan annyoing. Tambah-tambah pulak ada 5 6 7 8 lelaki yang tulis pasal benda yang sama. Cmon, be more creative would you? I thought you won the war of the sexes? 

Aku selalu terbaca luahan perasaan lelaki yang nampaknya sangat tak suka certain group of women who do certain kind of things and wear certain kind of clothes. .Dan nampak gayanya ramai lelaki lain yang support jugak. Terlalu banyak yang perlu di ubah perempuan ni, truth. Tapi, bila kita bukak FB perempuan(s) yang ade banyak gila ciri-ciri yang diorang tak suka tu, kita boleh tengok among thousand friends on FB yang diorang ada, hundreds of them are guy. Dan juga beberapa banyak komen or wallpost berunsur flirting. And it seems that ramai lelaki fb-chat diorang hanya lepas beberapa saat diorang online dengan msg "hai. .nice dp." so on and so on. .

*While manifesting that you hate everything that we do, you, however still manage to be interested in everything that we does, every profile picture we change, every pictures tag. 


Sedang kami, the ordinary girl are labelled as hypocrite by you guys, the not-so-ordinary girl (artis, model) are like goddess in your heart. Now now, siapa yang hipokrit tadi?

You talk so much bout so many things about us, yet, you fail to take a glimpse of your own reflection. If now you are gonna say "Aku tak buat camtu pun. Lelaki lain je." So why not think the same way about us too? If there is too much wrong that you hate, if we annoy you too much that you cant help but to criticise every single bit, what if you and your friends start debating about it among yourselves first. And then all of you can say what all of you think to us. 

So we wont be CONFUSE about what you guys really want.


Adiosa!

tutorial berkawan dengan lipas

Beli keropok lekor goreng, letak dalam dashboard kereta,
keluar makan, lepak-lepak kat kedai makan, buang masa, buang air, etc. dan kembali ke kereta beberapa jam kemudian.

Sila buka dashboard anda, TAHNIAH! dashboard kereta anda
telah menjadi 'mapley' sementara lipas(s) sebenar.




sekian.