harry potter and the deathly hallows part 2

Sunday, July 17, 2011

assalamualaikum

Aku taktau napa, aku selalu dapat tengok movie yang aku taknak tengok pun kat wayang. Kalau tak first day, second. Padahal aku taknak tengok pun. Yang aku nak tengok sampai dah tak tayang kat wayang pun aku tak tengok-tengok. Apekah ini sejenis penyakit anti klimaks? Ouh cmon, anti klimaks tu apela? Aku pun tak pasti. .*muka comel*


spoiler sikit. haha


Aku suka gila babun kat Harry Potter masa mula-mula dia keluar dulu. Aku macam "omargod omargod!!! Harry!!!" Sambil buat muka gedik kpop. Cerita dia aku tengok doploh kali pun tak bosan. Hampir sama taraf dengan cerita P Ramlee dah. Siap hapal plot, skrip pun dah boleh berdialog sekali. Perhh kipas-susah-mati. .Tapi lepas cerita ni jadi dark-dark, sedih dan tak happy-happy dah, aku jadi less excited. Dan aku jugak da tukar buah hati. Aku prefer RON yang clumsy tapi kiut macam kismis. Jangan tanya, aku pun taktau pe kaitan kismis ngan dia, tapi macam sesuai je. .kn kn? Anyway, Aku taknak tengok pun Deathly Hollows part 2 ni, part 1 pun aku tak tengok, ni kan part 2. Tapi biasalah, bila taknak tima tu la dapat. Maka, dengan ortodoksnya aku pun tengok la kat time square, 3D KOT! 20 hengget kot! Takleh blah sungguh.




Bagi orang yang tak berapa minat cerita ni dah, dan tak tengok cerita ni sepenuhnya sebab sebok carik toilet, aku bagi 8 per 10. Banyak tu. Honestly cerita sangat ossem. .Aku tak mampu nak kutuk apa-apa. Gambar cantik, 3d cun, awek cun, mamat hensem berlambak. haa Nak ape lagi kan? Cuma aku sedih bila Hogwards musnah. Aku rasa sebak gila. .Sirius, sedih sangat. Cerita ni lengkap dengan emosi. Ade saspen, action, love sikit, plot yang menarik dan unpredictable dan twsited. Ending dia best. Aku suka ending dia. Dan ada part-part cerita ni yang mengingatkan aku kat LOTR. Aku selalu ingat Dumbledor tu Gandalf. haha Oh ya, ade la slack sikit la. .part love-love dia agak weird. Haha, budak-budak buat scene romance jadi kelakar pulak. Tapi, layaaannn. .


tak puas hati? hah!

♥ ps: Nasihat aku, gi la tengok. Smart cerita ni. Aku yang tak tengok part 1 ngan beberapa movie before ni pun rasa puas hati. Tak tengok beberapa minit sebab carik toilet pun puas hati. Aku tak bagi 9 sebab Hogwards musnah teruk je, hiba gila aku rasa, tak dapat nak gambarkan. Kalau Hogwards tak berderai aku bagi 9. hehe Jadi konklusinya, gi la tengok. *semangat aku promote*

You Might Also Like

2 ♪♬♪♪♬ Comments

  1. untungla.. aku esok kot nak pi tengok.. best tak??

    ReplyDelete
  2. best bro.
    sirius, tak pipu punyaaa maa
    ;DDD

    ReplyDelete

Tell me what you think about this post