Orang muda high maintenance


♥ assalamualaikum 








Sebenarnya kan, aku nak share kat fb je. Punye lah panjang aku tulis, tapi tak keluar pulak. Sabar jela, haih. Tadi aku ada baca kat fb, dia tak setuju dengan video ni. Sebab bagi dia majlis kahwin ni tak perlu berhutang. Haa.. Betul lah tu kan. Betul untuk dia lah. Maybe dia lupa kot situasi orang ni berbeza-beza. Kita semua lah lupa, asek rasa macam kita lah yang paling susah dalah dunia ni. huhu




Kemampuan masing-masing





Aku rasa video ni salah konsep, dia fokuskan dekat orang yang salah. Maybe sebab dia nak try buat video tu nampak cool so dia tak fokus dekat kandungan video tu sangat. Memang payah lah gitu. Isi kena kuat dulu, baru fikir nak buat cantik-cantik. Sebab yang penting nak sampaikan mesej tu dulu. Lawo tak lawo tu kemdian, idak ke gitu? ewahh



eh suka hati kau je conteng duit




Bagi aku kita semua memang mangsa hutang. Cuma kalau yang rezeki dia lebih sikit, dapat lah biasiswa nak belajar, dapatlah keluarga nak tampung belajar. Tapi kadang-kadang kita dah usaha sehabis baik, tapi tak dapat-dapat. Bukan pasal aku, semestinya lah bukan sebab aku memang pemalas..Huahua Tapi sungguh aku cakap, memang ada orang yang macam tu. Dia bukan tak dapat result baik sebab dia malas, tak. Tapi sebab ntah la, bukan rezeki lah kot. Nak buat macam mana.


Tak semua orang selesa macam kita ni. Ada yang ada masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah adik-beradik ramai.. Ada orang mak ayah dah pencen, tapi adik yang sekolah dekat 3 4 orang. Ayah pulak sakit. Tiap-tiap minggu kena gi check kat hospital. Nak kena pikir duit pengangkutan lah pulak sebab duduk jauh daripada bandar. Tu belum masuk kos ubat lagi, ha dah berapa dah. Kalau ade pembedahan? Ha. .kan ke lagi payah. Ada tau orang yang ditimpa masalah macam ni. Kita yang selesa ni tak rasa lah.




Berjimat-jimat usaha diri sendiri




True. Sebab tu aku kata video ni salah fokus. Huhu..Dia gi fokus kat budak-budak high maintenance yang nak kahwin grand-parah pasai pa? Parah parah. Haha. Sebenarnya tak salah kalau kerajaan nak berusaha untuk turunkan kos sara hidup. Apa pulak salahkan? memang tangungjawab dia lah tu. Cuma orang takut. Sebab orang tau, bila ada yang turun akan ada yang naik. Itu yang menakutkan semua orang sebenarnya. Nak cerita lebih hal naik turun, keluar masuk duit negara ni memang aku tak boleh lah. Hal-hal ekonomi memang aku tak reti. Jadi baik diam sahaja. heheh


Tapi kalau pasal video ni, bagi aku, main idea yang nak disampaikan tu dah betul. Tapi tersalah fokus. Ahha Ada orang yang memang tak mampu nak tampung majlis. Buat sederhana pun masih kena pinjam-pinjam orang, pinjam sedara-mara. Sebab? Sebab masalah-masalah yang kita tak tahu dan kita tak akan faham. Sebab kita ni masih di kira selesa lagi. Kita tak faham makna susah. Ada orang duit nak makan pun tak cukup satu keluarga, ni kan pulak nak simpan duit buat kenduri. Kan? Tapi ada je solution lain kan, tak payah buat majlis! Nikah je! hahaha. Banyak lah pulak TAPI. heheh



endless memories


♥ assalamualaikum 


Akhirnya, selesai sudah dinner kami. Fuuh Sangat memenatkan but sangat worth it. I know a lot of people were divided, "nak pergi ke tak nak? nak pergi ke taknak?" 60 ringgit is a lot of money, no matter who you are. Tak kisah lah anak orang kaya ke, sederhana ke, susah ke..kita semua sama. Kita student lagi, besar nilainya 60 ringgit tu. Tapi semua bergantung pada masing-masing nak spend macam mana. 60 ringgit untuk satu malam bersama kawan-kawan, murah sangat. Memori bersama kawan-kawan yang mungkin tak dapat nak jumpa lagi lepas ni, priceless. Tak terbayar dengan wang ringgit. Thank you for being there last night :)










The best part



The best part is working with people i rarely work with. Apa yang aku nak capai daripada dinner ni dah tercapai. And i am so happy about it. Yayy! Batch kita agak ramai jugak lah kalau nak compare dengan batch lain. Siap ade dua group. So group yang lain-lain ni susah nak jumpa. Jadi tak kenal sangat. Tapi semalam, group mana pun, kelas mana pun, semua sama-sama buat kerja, sama-sama siapkan semua, sama-sama makan, sama-sama gelak. And the best part, amek gambar sama-sama. Yay lagi! Tapi tak sempat nak amek gambar dengan semua orang, tak sempat. huhu




most wanted superman

3 tahun tak lepak sekali ye ant? O.O



Photobooth!



This is madness! Haha.. Susah gila kot nak buat photobooth ni. Sebenarnya senang kalau ada banyak duit! haha..Tapi disebabkan kos sangat lah ciput dan cukup-cukup je, kitorang terpaksa susahkan diri membuat benda alah ni. Nak dirikan dia susah sangat. Perrhh Basah ketiak beb, basah lecak. Euww..Tapi berjaya jugak. Walaupun tak perfect, banyak bunga jatuh-jatuh, frame cabut-cabut.. tapi jadilah. Kahkahkah.


A dream come true. Semua orang happy. Susah dan terseksa buat semua ni pun tak kisah. Thank you so much izy, nayah, has, casse, fifah, syah.. Thank you pol sebab pakukan, thank you arman sebab tolong belikan barang-barang. Thank you mira, ecah, paan, nasrah and the geng, tqa and the geng. haha..Thank you so much tolong buatkan bunga dan probs segala. Cantik sangat. Thank you so much.





aww..so sweet <3 <3



Mission accomplished




Thank you isa, biskut dan ajk lain sebab organize majlis ni. Thank you pol, paob, piji, epul, pali, ant, kacu, mus, bean, apit alaahai ramai je nak sebut satu-satu. Huhu Thank you untuk gimik yang sangat ossem, thank you untuk opening yang sangat best. Thank you epul sebab duet dengan aku. Aku rasa tak layak gila dapat award voice sebab tak pernah nak nyanyi betul-betul. Asek tersangkut je. Aku memang stage fright lah..Bila depan orang ramai tangan aku akan menggeletar gila lepas tu suara masuk dalam. Sobsob (alasan). Tapi thank you so much sebab tak kisah dan bagi aku jugak award tu. Cewahh! Macam menang award ape pulak kan. Kahkah!


It was indeed a memorable night. Thank you for allowing me to be part of this. And thank you my dear friends for coming and having such a good time. Mintak maaf untuk segala kekurangan. We were a little short on budget and hands but everything went better than we expected. Thank you again. Till we meet again someday :) 


*ps: aku pinjam gambar-gambar dekat fb harap takde yang marah. hihi Maafin
*2nd ps: jangan lupa tengok video yang arman post kat fb. Rase sedih lak bila tengok. huhu




tribute for friendship


♥ assalamualaikum 


Hey..Hai..Post harini adelah khas untuk rakan-rakan kelas saya, rakan-rakan batch saya. :)
We've been here, in UTM for four years yet i have not have the time to get to know all of you. This is school all over again. Masa aku sekolah dulu, walaupun batch kitorang tak ramai, tapi still..aku tak dapat nak kenal semua orang. Mungkin sebab aku asek hang out dengan kelompok yang sama. hehe Sama lah macam dekat UTM ni. 4 tahun, tapi circle of people that i can call friends masih kecil. Well i mean close friends la. Haa

I really really really want to change that.










Creating endless memories




Aku rasa tu la theme terbaik untuk dinner bagi aku. Sebab ni last event yang kita boleh join as a batch. This dinner is personal for me. Bagi aku ni lah masanya untuk aku tebus masa-masa yang aku tak luangkan dengan kawan-kawan. Aku selalu buat hal sendiri, selalu lepak pun dengan orang yang sama je. Aku bukan taknak, tapi aku segan sebenarnya. Haa mesti ramai orang macam tu. Rasa macam nak join lepak dengan 'diorang-diorang' tapi segan..kan kan?


At least masa ni aku boleh lah borak-borak, amek-amek gambar dengan semua orang. Sebab semua orang dah sibuk dah sekarang, kalau nak keluar lepak-lepak pun dah payah da. Waktu masing-masing tak sama. So why not kita lengang kan sikit masa untuk dinner ni. Kan kan? :)



Photobooth



Lately aku selalu browse pinterest. Sebab aku suka! haha..Sebab benda-benda yang ada kat situ sangat inspirational. Untuk dinner ni, aku ingat nak buat photobooth yang nampak macam gambar yang dah diframekan dekat dinding. Ahha confusing sungguh..







Something like those. Aku tengok kebanyakannya buat pakai kayu. Tapi macam susah jugak tu nak bertukang. Aku sedang memerah otak lagi, cemana nak buat ye? Tapi rasanya dah ada idea dah kot. Simple dan hopefully sangat jimat. Guna apa yang ada, yes, that is the strategy. 


Sebenarnya aku teringin sangat nak buat dinner dengan tema mustache. Ala-ala hipster la, cewah. Tapi macam tak sesuai pulak. Takpe, tapi aku nak jugak misai tu! hehe..So aku akan masukkan unsur-unsur hipster tu dalam photobooth ni. Aku akan cuba buat probs yang cool dan adorable. Maybe some mustaches, beard, some dialogue box and etc. Lepas tu kalau boleh aku nak hias dengan light drapes..lampu jurai-jurai. Vah vah..grand gitu. hihi






Cantikkan? Aku harap sangat dapat buat yang cantik-cantik. Sebab gambar kita boleh simpan..Gambar tu boleh jadi token, memento untuk kita kenang. Nanti aku try buat probs yang orang boleh tulis nama masing-masing. Mana tau lupa kan? hihi.


Sebenarnya aku ada banyak sangat idea untuk event macam ni. Tapi tak semua boleh sebab tak kena dengan tema, kos lagi. Jadi aku ingat aku nak tuka lah, idea-idea untuk event tu boleh di convertkan jadi idea untuk wedding. Mwahahahah! habis la..habis la..Dah siap plan dah. hahah


That is all for now. Hoping for the best.
ps: tribute for friendship ke tribute to friendship? *sigh* Oh my english.