cuteness overload!

♥assalamualaikum 

Babies. Yes, BABIES! Baby baby baby oh..Tadi, membelek-belek pinterest dan, ahha dan terjumpa pic baby yang sangat lah comel dan adorable. Cair cair~  I love babies. Aku sangat suka baby especially yang nak cakap tapi tak pandai, yang air liur tersembur-sembur, yang gatal gusi, yang muka blur, yang suka kutip sampah atas lantai, yang kuat geget karpet etc etc. Perrhhh tahap tumbesaran bayi yang ku gemari. Huahuahua

I was browsing pictures on pinterest then i spotted this cute little baby photography session. Maddie, 9 bulan. Sangat comel. Kalau ade mase nanti aku nak amek gambar sara macam ni jugak la. Awww~ so kiut miut..cair cair cair cair~ And because of her, i'm spending my sunday night browsing baby pictures on internet. huhu..Looser.


Once Upon A Time – Fairytale Baby Session – Snow White, Cinderella, Alice in Wonderland, Peter Pan & Wendy, Little Red Riding Hood & The Big Bad Wolf - Absolutely adorable.



And more!
Yang ini ini tidak ku tahu namanya siapaa.




pure joy

babies

cool-photos-dad-little-girl-at-home

baby sarah yang disayangi

♥assalamualaikum


Helo. Dah nak habis dah cuti seminggu ni. Pejam celik pejam celik aje. .Cuti ni aku tak keluar pun, lepak rumah je. Syiok. .Tapi cam bese, menghabiskan sedikit masa kat ofis mama. Tolong sikit pe yang buleh di tolong. Tapi lebih kepada di paksa la, mwahaha. Anyway, balik je rumah, singgah rumah nenek. Ada BABY BARU IN THE HOUSE BEBEH! 


Makngah saye amek anak angkat perempuan.


Siti Sarah. Sangat comel. .Idung penyek sikit, tapi, comel. Boleh dimancungkan lagi, masih sempat. Haha. .Makcik aku yang no2, rezeki untuk dapat anak sendiri tak ada sebab masalah kesihatan. Jadi finally, amek anak angkat sebab, yelah, sapa taknak ada anak yang akan doakan kita bila kita dah takde kat dunia ni nanti kan? Alhamdulillah, semua ketentuan Allah. .Anak sendiri atau anak angkat, masih rezeki dan kurniaan tuhan. Kalau Allah tak benarkan, nak amek anak angkat pun tak dapat kan?


Hukum-hukun yang berkait.


Aku cam amek kisah tak kisah sangat pasal hukum sebab baby perempuan kan. .Tak cam baby laki, de aurat bla3 sume. Tapi mengikut apa yang aku bace lah. .Anak angkat tak boleh dipisahkan daripada keluarga asal sebab tak baik putuskan silaturahim. Kalau nak tukar nama, 'bin' atau 'binti' kan dengan nama ayah angkat dikira haram. Aha. .Haram tau, jangan memain. Elok-elok nak buat baik dapat dose ler puler. Ish3. .

ini bukan baby sarah.gamba baby sarah masih belum diupload

Ahli keluarga lain tak menyokong


Jarang la kalau sedara sendiri tak sokong kita amek anak angkat. Sebab kita nak buat benda baik kan, harus lagipun hukumnya. So, why lah you dont support? "Bukan darah daging sendiri." Ini sangat kejam. Honestly, seriusli. . . .Tak baik kot cakap camtu. Ish3. .But still, tu situasi yang sangat rare i think. Biasanya ahli keluarga semua akan sokong, sama-sama jaga baby baru. Lebih-lebih lagi kalau yana amek anak angkat tu tak bleh mengandung kan. Lagi la kena support. Kalau family pulak tak berapa nak senang, lagi la kena support, kena tolong. Banyak saham kat akhirat tu. Kalau anak tu jadi orang berjaya, yang mulia di sisi Allah, lagi banyak saham kita nanti kan?

Dear makngah, pakngah, we love Siti Sarah. I love her so much. Seronok ada baby dekat rumah. Walaupun aira (sepupu) akan jeles sebab dia dah jadi yang 2nd paling kecik kat rumah, tak boleh jadi bos dah, but still, aira pun happy jugak ada adik nak sayang2. Asek sayang anak patung bosan jugak kan aira? :) Lets pray for the best. Semoga semuanya berjalan lancar untuk sekarang dan masa akan datang. AMIN :)


*Tengah hari tadi sempat shopping baju + stokin sarah ngan mama. Nak beli kasut jugak sebab comel nak mampus kasut baby! aghhh!! Tapi kaki sarah kecik sangat, tak muat kot. Huhu **Sedap gila bau kedai baby.

to make a guy fall in love

♥assalamualaikum

yes, yes you do.

This is a simple tutorial of how to make a guy fall in love with you. The first step is to actually find a guy. After you got one, follow these simple steps. Haha. .You know, flirting, is not how you make a guy falls in love with you. Wearing cute outfit, make up, laugh at their joke and other primitives technique will not work in this century. Ok dah, macam ape pulak aku ni. Annoying gila. .haha Takde siapa tanya aku pun macam nak buat orang sayangkan kita, tapi, hey, suke hati lah. Ekhem *kibas-kibas rambut

Kejujuran. Keikhlasan. Lemah lebut. Tegas. Dihormati lelaki lain. Sabar. Memberi ruang bila ruang tersebut diperlukan. Tenang dalam keadaan yang tegang. Mendengar dengan ikhlas. Memberi nasihat dan menenangkan bila dia rasa hilang. Sentiasa memberi semangat. Sentiasa menyokong perkara baik yang dilakukan. Menghormati diri sendiri.


Agama.


Ada banyak cara untuk buat seorang lelaki ataupun perempuan ataupun sesiapa untuk sayangkan kita, untuk betul-betul ambil berat dan kisahkan kita. Tapi mungkin, cara yang paling mudah dan tak susah dan tak kepura-puraan ialah dengan menjadi seorang hamba Allah yang baik dahulu. Kalau kita sentiasa cuba untuk jadi hamba yang taat pada perintahNya, sentiasa cuba mendapat keredhaan dan kasih sayang Nya. .Semua orang akan rasa mudah untuk sayangkan kita. Keluarga, kawan, bakal suami. .Bila orang yang tersayang sentiasa ada kita untuk tenangkan dia dengan mengingatkan dia pada agama, sentiasa mengingatkan dia untuk buat kebaikan, kita akan sentiasa dekat di hati dia. Susah senang, mesti selalu nak carik kita dulu. Nak dapatkan pendapat, nasihat kita. .Sebab dia tahu kita akan selalu ucapkan benda-benda yang baik, sentiasa membawa dia kearah kebaikan. Jadi penyejuk hati orang tersayang itu kan yang paling indah. :)


Ruang.


Semua orang perlukan ruang masing-masing. Semua perlukan masa untuk diri sendiri sebab kita sebenarnya masih mencari diri kita yang sebenar. Sentiasa mencari. .Bila berlaku musibah dan hati rasa tak tenang, kadang-kadang kita cuma perlukan masa dan ruang. Tapi bila keadaan mendesak, ruang terasa sempit, terasa rimas, lemas. Perempuan, kurang sabar. Terutama tentang rahsia. Bila ada orang tak mahu nak bercerita dia akan rasa tersisih. Padahal tak pun. .Untuk jadi istimewa di hati seseorang, kita kena la jadi istimewa dulu. Lain dari yang lain. Tak mendesak bila keadaan jadi sekeliru mana pun, tetap sabar dan tenang. Bila tak ada yang menyokong, kita sentiasa ada disisi tanpa rasa ragu sikit pun. Bila masanya sampai dia akan cerita jugak. Sabar dan tenang, jadi tempat untuk dia bergantung.

Aku pun tak sure kenapa aku tetiba nak berjiwangan kat sini. Well, hormon kot. I blame u hormones! hehe. .Tapi macam ada lagi yang nak dibebel. .Hm. .maybe next time. I'll continue this tutorial next time. CEWAH!!! hahahahahahah *gelak besar tanda malu dan super saiya segan* Ok dah. Short post for tonight. Sleepy sleepy head. krooohhhh~

*ps: i'm not in a very sane state of mind, i think. So, i dont know if any of my words made any sense at all. so. . . .sory.hehe Do enjoy picture of these cute and ridiculously random animal pictures.

my cuteness is only a part of my diabolical plan. mwahaha
too cute to eat
tapi mak..bakteriaa
pohon beringin..daunnya rendang
can i eat the hamster master? pleaseee.....

from the u.s

♥assalamualaikum


Wahsap! haha. .Aku rasa blogger ni tipu la. Sebab menurut blogger, viewer aku paling ramai dari United State. Ouh cmon! Hahaha. .Lebih tinggi dari viewer kat Malaysia pulak tu. Hm. .its a mystery. Diorang tesalah klik ke ape? Adekah ade iklan porn yang link kan blog aku? Please no. . . .hahahahaha Frust nonggeng la. Sorry bro, no porn here. No porn~

Anyhow, thank you. I feel like an international artist you know. Walaupun maybe cam tipu-tipu je. But hey, good enuf for me! ;DD

Tapi ayuh abaikan itu. Mari bersama-sama menuntun video yang ossem ini. Sangat ossem ok. SANGAT! Kipas susah mati P.Ramli harus menuntun ini!!!! Lawak la weyh. Budak-budak mat saleh ni remake cerita pendekar bujang lapok. Dah la pelat, nada tak boleh bla. Rase nak lempang je. kahkah

You guys make me proud to be Malaysian lah!
Follow them on youtube here.




Rustin Hieber

So, anyone know Rustin Hieber? HAH! famous kot. 11juta view kat youtube. haha. .Ade sesape taw NIGAHIGA? TAK? well, you have to know him. Dah lama dah aku stalk mamat ni, sebab dye sangat funny, dan adorable jugak. Dan pelat, dan cakap laju gila-susah-nak-paham-tapi-best-tengok-walaupun-tak-paham-pape. He's a youtuber, a very famous one. Cuba type NI kat youtube dan tengok ape yang keluar kat suggestion. Dye almost like MATLUTFI jugak la mula2. .tapi lama2 orang start offer dye buat video yang lebih proper.


This is my all time favourite, please watch.
Its gonna make you go

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com