paradigm shift

Saturday, July 27, 2013


♥ assalamualaikum 


Selamat menyambut bulan ramadhan. Dah nak habis dah. Sepatutnya masa hujung-hujung ni lah semua orang sibuk kejar ibadat, kejar pahala, kejar lailatul qadar. Namun begitu, bak kata orang surau rumah aku orang kita lebih ramai lagi yang sibuk kejar lailatul sogo. Haha..sila terasa. *ouch* Its funny cuz its true. =.="


Dalam bulan yang mulia ni, banyak sungguh perkara pelik yang berlaku dekat negara kita. Macam-macam hal. Lepas satu, satu lagi datang. Mana agaknya sumber semua masalah ni? Mungkin semuanya kena berbalik pada akarnya. Kalau akar dah rosak, baja sehebat mana pun takkan pulihkan daun yang rosak, iye dak? I guess so. Jadi salah kita, masalah kita Malaysia, adelah rakyatnya. Dan salah rakyatnya pula kena lah dikaji dengan lebih mendalam dan lebih telus, lebih ikhlas, lebih jujur. Kena mengaku yang salah itu salah, dan yang betul itu betul. Takde gunanya kita menegakkan benang yang basah.




Now the question is, mana akarnye kesalahan kita?




Tepuk dada dan tanya iman. Tapi iman tu apa? Bila dah besar baru aku sedar betapa dalamnya lagu iman adelah mutiara. Iman adelah mutiara di dalam hati manusia. Yang meyakini Allah maha esa maha kuasa. Sejauh mana keyakinan kita pada tuhan? Yes, itu lah salah masyarakat kita. Mungkin itu lah.


Keyakinan kita pada tuhan itu sekuat mana sebenarnya? I remember how people often says, kita tak boleh menilai iman seseorang. Ayat ni akan keluar setiap kali kita nak menegur orang lain tentang sesuatu perkara. Its true though, siapa lah kita untuk menilai iman orang lain sedangkan sedalam mana iman kita pun hanya Allah yang tahu? But a few days ago, i found this germ..saying that iman tidak akan sempurna tanpa amal. So for us human being, manusia lemah yang tak mampu menilai iman, kita nilai lah kesempurnaannya. I mean, atlist we now know a bench mark..mana kita nak dekati, mana kita nak jauhi. From what i understand, jauhi lah orang yang tidak beramal sehebat lidahnya yang mengakui keimanannya yang tersembunyi.








Ilmu. Knowledge is power. Ilmu adelah kuasa, dan doa adelah senjata kita. Mungkin kesalahan kita yang lain adelah kurang ilmu. "Ilmu tanpa amal adelah gila dan amal tanpa ilmu adelah sia-sia." Imam Ghazali. I love this. Rasa macam mendalam sangat. Sejak kecik kita diajar untuk beramal tapi kita tak diajar untuk faham kenapa kita amalkannya. 


Kita di ajar solat, siap ada ujian bacaan. Tapi aku tak pernah faham makna solat dan bacaan-bacaan tu. Sekarang baru aku faham, setiap bacaan kita tu adelah doa. Sebab tu orang yang solat dengan khusyuk, jiwa dia tenang je. Bagi lah musibah apa pun, dia sentiasa sabar dan tenang. Itulah kuasa doa. Now i get it. Ustaz kata, masa solat lah masa kita nak mengadu. Kat mana lagi tempat nak mengadu kalau bukan dengan Allah kan? Tapi sayang sangat, baru sekarang aku sedar dan faham.




Beramal dengan ilmu



Ini bukan benda baru pun. Kalau pasal belajar, cikgu selalu cakap macam tu. "Jangan main hafal je, awak kena faham apa yang awak buat, baru semua jadi senang. Keluar la masalah ape pun, bila awak faham konsep dia, awak mesti boleh jawab." Remember those words? Dah lama dah kita tau pasal ni, tapi selalu tengok dari angle yang salah. Ada sesuatu tentang cara masyarakat kita dibesarkan yang tak lengkap. Ramai dah yang sedar tak lengkapnya dekat mana, tapi tak ramai yang cukup berani untuk buat perubahan. But thats ok. Setiap perubahan bermula dengan kita. 


Wanting to change and actually changing is two different things. You can want something with all your heart but if you don't chase it you'll never get it. Kita dah besar weh. Now is the time to actually change. Kita boleh buat slow and steady berubah sikit-sikit. Tapi makin kita dewasa makin kita sedar yang ajal datang bila-bila je, kita boleh delaykan waktu untuk kita berubah, tapi kita tak boleh delay maut. Macam deadline assignment, nak lengah-lengah buat memang takde masalah..tapi bila esok kena hantar...mampuih. haha Kan? Hm well, walaupun poyo tapi sebenarnye semua ni adelah peringatan untuk diri aku sendiri, dan jugak untuk orang-orang yang aku sayang. We're not innocent anymore, remember that.



Last but not least, sempena penghujung bulan ramadhan..
Tanye lah diri sendiri, adekah kita dalam golongan orang-orang yang meraikan hampirnya syawal atau adekah kita berada dikalangan mereka yang menangisi pemergian ramadhan.





You Might Also Like

0 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post