best things in life aren't things

Friday, February 03, 2012

assalamualaikum

Keluarga aku ada bisnes keluarga. Bukan lah bukak gerai jual barang, tapi bisnes servis. Lain macam lak bisnes servis, haha. Ok making thing simple, mama dan ayah ade company lukis pelan. Dan untungnya ada bisnes keluarga ni, masa depan agak terjamin. Keburukannya, tak dapat pilih haluan sendiri. But hey, tak semuanya sempurna. Semua ade pro and cons, so aci la.

Tapi yang lebih bestnye, bila keluarga ade company sendiri, kita boleh cilok banyak ilmu-ilmu pekerjaan ni daripada parens. Especially kalau parens anda bos dan ada pekerja-pekerja sendiri. Sepanjang aku belajar ni, setiap kali cuti aku akan tolong parens kat ofis. And i must say, i got a lot of experience. 

Ade orang kata kerja dengan keluarga sendiri tak dapat banyak pengalaman sebab yelah, bukan betul-betul kerja pun. Tak rasa kena marah bla3 dan sebagainya. Tapi aku rasa tak jugak. kalau kerja dengan orang luar pun ade keburukan jugak kan. Kita tak faham apa makna disebalik setiap keputusan yang bos kita buat. Kita selalu buat assumption dan biasanya, bos kita akan nampak jahat, poyo bla3. yeke? well, i dont know. Mungkin untuk sesetangah kes kot. 


Modesty. rendah diri.

Ramai orang belajar tinggi untuk sijil, untuk kelayakan, untuk nama. Bukan untuk ilmu tu sendiri. Sebab tu bila kerja, orang mula jadi demand atas sebab kelayakan-kelayakan yang diorang ada. Ade degree starting salary mesti over 2ribu dan sebagainya. Datang interview dengan mula letakkan harga pada diri sendiri. Jarang sekali nak jumpa orang yang mintak dibayar dengan kualiti kerja dia sendiri. Dan tu la masalah yang aku selalu dengar dari mama dan ayah.

Gaji demand, kerja tak setaraf gaji. Tak best kan? Tapi aku tau mesti ramai yang tak setuju. "Kita belajar susah-susah, nak bayar ciput. Tak berbaloi habis 4 tahun belajar." Aku tak suke gaya dunia sekarang. Tak mengaku materialistik tapi tulah budaya baru yang sebenar-benarnya. Sentiasa ade alasan untuk setiap kesalahan yang kita buat. "Aku bukannye demand, tapi aku ade ptptn kena bayar, kereta nak bayar, rumah lagi. Mak bapak kat kampung kena bagi duit jugak." Aku tak rasa semua ni alasan yang tak munasabah, tapi alasan tetap alasan. Kita selalu rasa kepayahan tu satu tiket untuk kita simpati kat diri sendiri. 

Rezeki bukan ikut kelayakan dan sijil

Kalau kita kerja kuat dan ikhlas, duit dan kejayaan akan datang sendiri sampai tak cukup luas tangan yang menadah. Tapi senang cakap dari buat kan? Itu realiti. Aku pun tak tahu ape akan jadi dengan masa depan aku sendiri dan aku memang takut aku takkan buat ape yang aku cakap. Takpe, tu cerita lain. haha Hm. .Aku rasa tak salah nak demand sikit, tapi kerja kena sama demand la. Kita buat perangai mahal, buat kerja mahal, baru orang bayar mahal. Ye ke idak? Baru win-win.

You Might Also Like

1 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post