evolusi

assalamualaikum


You know, changes can be preety scary. Changing identity, changing principle, changing every day dress code even, is really a big thing. Bukan mudahkan nak ubah sesuatu yang dah sebati dengan diri kita sendiri. EDUCATION. Belajar ni bukan setakat atas kertas, bukan setakat dalam kelas je kan? Belajar takde subjek yang terhad. Banyak gila benda yang boleh kita kaji, selidik dan analisis sebagainya. The list is never ending. It all depends on us kan?


Speak out.


Susah sebenarnya kan nak bercakap depan khalayak ramai. I always have this urges to talk to people, to a crowd. .juz to share my opinion, to see what people think about what i think about. haha But every time there is a chance for that to happen, i became so scared that my fingers start to get so so so cold and my heart starts pounding so hard i feel like exploding. And usually, i just sit where i sat, not ever dare to even raise up a hand, kecut perud. And i will just mumbling in my head, creating an imaginary scene where i actually raise up my hand proudly, stand out and talk. Well well, Loser gila aku en? dem

Mini evolution.


So this semester, i decided to be a little braver. I try to appreciate every chances that i have. Tapi tak semuanya jadi seperti yang dirancang. Plan-plan dalam otak, tapi last last kecut jugak. Geram gila kot. haha Tapi harini, i evolve a little bit. It may seem like not really a big thing for people, but for me, perhhh. .HEBAT SIAK AKU! haha Cam tu la.

My body is rejecting my evolution.

So i was standing in front of my whole class, my hands are shaking and my head starts to have this brain freeze and suddenly i cant remember what i wanted to say. Rasa macam begitu hampir untuk menjadi retarded di hadapan kelas. But hey, it wasnt that bad. (rasenye) Masih tah hape-hape dan lari dari ape yang aku susun dalam kepala, tapi masih make sense kot. hahaha *malu*

Ade banyak lagi ruang untuk aku cabar diri aku sendiri en? Harapnya aku continue la aktiviti mencabar diri sendiri ni.. .tak stop tengah jalan macam selalu. huahuahua. .Lets see what happen shall we? :) Em em.  . .Will you join me? ehek ehek. . .*muka comel*

dear Allah, please let me be ossemer. *kenyit mata*

indah



cinta, siapalah aku untuk bercerita tentangnya. sedang aku masih belum ada yang sah untuk mencintai.
tapi, hati, yang tak mampu itu yang dimahu. cinta. .adekah ini cinta?

air mata tau senyuman.
diam atau bicara.
wujud seirama bersama getaran yang pasti mengusik,
setiap kali kau berfikir tentangnya.
adekah itu yang maksudnya cinta?

awan atau hujan.
pelindung atau pemberi seribu perasaan?
yang berkecamuk, yang tersimpul,
atau yang halus dan terdampar?
yang mana satu cinta?

ilham.
cinta itu ilham mungkin.
yang menggerakkan jari dan anak tekak ku,
menghasilkan melodi setiap kali aku rindu,
dan cemburu dan. . .

cinta, ada kemungkinan, untukmu, yang bagi ku kau membawa sejuta indah dan pilu ke hatiku.
kau walaupun memberikan aku kesakitan yang amat mendalam sekalipun, parut yang kau tinggalkan masih tetap indah. .bersama temanmu, masa, yang suka melengahkan waktu.

valentine

assalamualaikum

You know, valentines day are just around the corner. Kenapa aku tau? Well, biasanya aku tak sedar sangat valentine da nak dekat, tapi macam banyak pulak iklan-iklan. .Tertahu puler. hehe Well, you know how people always say " Aku tak sambut pun valentine, saje je terasa nak bagi hadiah harini. Takkan bagi hadiah pun tak boleh? " There is a little point to that, but too little i say.

Saying that is like saying " Aku tau harini birthday dia, tak nak sambut pun tapi saje nak bagi hadiah. Bukan nak sambut birthday dia ke hape, saje je. " Sound silly kan? Haha Kira sambut ler tu kan?  So yeah, itu sahaje ler. Valentines day bukan perayaan kita. Enough with the excuses already. .Layan hari tu macam hari-hari biase je. Simple, praktikal, jimatikal. Happy  Friday :)

*I found this video on facebook. And i think its ossem. Watch it, tertutama sekali girls. :) Shes a debater btw, jadi mngkin nada dia agak lantang sikit.

best things in life aren't things

assalamualaikum

Keluarga aku ada bisnes keluarga. Bukan lah bukak gerai jual barang, tapi bisnes servis. Lain macam lak bisnes servis, haha. Ok making thing simple, mama dan ayah ade company lukis pelan. Dan untungnya ada bisnes keluarga ni, masa depan agak terjamin. Keburukannya, tak dapat pilih haluan sendiri. But hey, tak semuanya sempurna. Semua ade pro and cons, so aci la.

Tapi yang lebih bestnye, bila keluarga ade company sendiri, kita boleh cilok banyak ilmu-ilmu pekerjaan ni daripada parens. Especially kalau parens anda bos dan ada pekerja-pekerja sendiri. Sepanjang aku belajar ni, setiap kali cuti aku akan tolong parens kat ofis. And i must say, i got a lot of experience. 

Ade orang kata kerja dengan keluarga sendiri tak dapat banyak pengalaman sebab yelah, bukan betul-betul kerja pun. Tak rasa kena marah bla3 dan sebagainya. Tapi aku rasa tak jugak. kalau kerja dengan orang luar pun ade keburukan jugak kan. Kita tak faham apa makna disebalik setiap keputusan yang bos kita buat. Kita selalu buat assumption dan biasanya, bos kita akan nampak jahat, poyo bla3. yeke? well, i dont know. Mungkin untuk sesetangah kes kot. 


Modesty. rendah diri.

Ramai orang belajar tinggi untuk sijil, untuk kelayakan, untuk nama. Bukan untuk ilmu tu sendiri. Sebab tu bila kerja, orang mula jadi demand atas sebab kelayakan-kelayakan yang diorang ada. Ade degree starting salary mesti over 2ribu dan sebagainya. Datang interview dengan mula letakkan harga pada diri sendiri. Jarang sekali nak jumpa orang yang mintak dibayar dengan kualiti kerja dia sendiri. Dan tu la masalah yang aku selalu dengar dari mama dan ayah.

Gaji demand, kerja tak setaraf gaji. Tak best kan? Tapi aku tau mesti ramai yang tak setuju. "Kita belajar susah-susah, nak bayar ciput. Tak berbaloi habis 4 tahun belajar." Aku tak suke gaya dunia sekarang. Tak mengaku materialistik tapi tulah budaya baru yang sebenar-benarnya. Sentiasa ade alasan untuk setiap kesalahan yang kita buat. "Aku bukannye demand, tapi aku ade ptptn kena bayar, kereta nak bayar, rumah lagi. Mak bapak kat kampung kena bagi duit jugak." Aku tak rasa semua ni alasan yang tak munasabah, tapi alasan tetap alasan. Kita selalu rasa kepayahan tu satu tiket untuk kita simpati kat diri sendiri. 

Rezeki bukan ikut kelayakan dan sijil

Kalau kita kerja kuat dan ikhlas, duit dan kejayaan akan datang sendiri sampai tak cukup luas tangan yang menadah. Tapi senang cakap dari buat kan? Itu realiti. Aku pun tak tahu ape akan jadi dengan masa depan aku sendiri dan aku memang takut aku takkan buat ape yang aku cakap. Takpe, tu cerita lain. haha Hm. .Aku rasa tak salah nak demand sikit, tapi kerja kena sama demand la. Kita buat perangai mahal, buat kerja mahal, baru orang bayar mahal. Ye ke idak? Baru win-win.