pregnancy tag

Thursday, October 01, 2015



♥ assalamualaikum 





Mengandung ni bukan sesuatu yang mudah dan semestinya tak remeh. Walaupun seawal mana perkembangan bayi pun, banyak benda yang berlaku dalam badan kita. Bagi ibu muda ni, yang anak pertama banyak sangat benda yang mengelirukan dan menakutkan. Sebab yelah, tak semua pregnancy ni sama. Kalau tanya pendapat org pun belum tentu dapat jawapan. Sebab seriusli, mengikut pembacaan (aiceh skema habeh bak hang) semua wanita mempunyai pengalaman yang berbeza. In fact, kalau ibu yang mengandungkan anak ramai pun pengalaman pregnancy tak sama antara setiap anak. Kalau tanya Dr pun sama, same reason. Tapi maybe Dr ni banyak patient so banyak dengar luahan hati pesakit dia, so arkib dia luas lah, mudah nak refer. Betul tak? Macam betul je..kot, heheh Den ghoma memandai-mandaiyai~


Jadi oleh itu, sy nak buat rekod lah. For public references, kita boleh compare keadaan masing-masing. At least bila tahu org lain pun rasa yang sama, kita lega sikit. Betoi dak? Ok so here it is, i'm creating a new label for my blog. Any update on my pregnancy will be under the label pregnancy ok. :)



Minggu ke-6



Sebenarnya early stages pregnancy ni sgt menakutkan. Sebab awal lagi, ada bayak risiko. Boleh jadi early miscarriage sebab masalah dengan dna, kromosom tak cukup cthnya, which is beyond our control. Its dangerous to be too excited at this stage. My advice is, jangan buat announcement lagi. Tunggu ada degup jantung dulu baru inform ahli keluarga. You'll appreciate me telling you this.


Minggu ni walaupun terasa awal dan development baby pun masih slow, tapi badan dah mula rasa tak selesa. Last week, aku susah sangat nak tido sebab lutut rasa sengal. Macam tah pape tapi sirius, susah sangat nak tido untuk beberapa hari, maybe sebab aku manja pun ye jugak kot. Heheh Belakang badan pun rasa sakit, especially malam-malam masa nak tidur tu. Tapi minggu ni alhamdulillah dah kurang tapi bertukar ke masalah lain pulak. Hahahahahaha! Hahahaha..haaaih (gelak stress)


Minggu ni aku banyak terjaga malam sebab nak ke toilet. Dekat 4 5 kali jugak la, tapi tu mungkin sebab aku pun gatal minum air banyak sebelum tidur. So take note, kurangkan intake air bila nak tidur. Ke-2, tekak dah mula menggedik dan badan mula melembik. Rasa tak bermaya especially pagi. Aku tak muntah-muntah tapi selalu rasa loya dan pening. Makan pun memilih. Semua benda tak sedap dan tak larat nak telan nasi. Tapi aku makan jugak sebab lapar. Haha Solution sementara ni ialah makan makanan berkuah, panas, dan pedas. Kalau tak pedas rasa tawar je dan tak menyelerakan. So my note is, jangan senduk nasi banyak-banyak dan lauk pun ambil sikit-sikit sebab takut nampak je sedap nak makan, tapi tak boleh telan. *i miss you yummy food*


Selain dari itu, aiceh macam karangan upsr. Aku dah mula cepat mabuk kalau naik kereta. Kalau jarak dekat ok lagi, tapi kalau dah sejauh skudai ke melaka, perhh..macam baru lepas naik roller coaster. Kena bayak buat stop dan keluar kereta, ready air masak dalam kereta. Makan buah pun ok jugak. Haa yes, makan buah banyak-banyak. Ok enough notes for this week. Sekarang tengah week 8 and i'll give you some heads up, BLUERRKKKKK! Rasa macam ada muntah dalam tekak sepanjang masa. Nice right? But, because of you my darling baby, i'll survive. I love you.



"Wish me the best! Doakan diri ini tabah dan tak mengadangada, dan..sihat sentiasa."


You Might Also Like

5 ♪♬♪♪♬ Comments

  1. yeahhh!!! Alhamdulillah, Apel is pregnant!!! yeahhh!! jaga kesihatan ok! makan makanan yang berkhasiat sepanjang pregant, memang tekak tak nak terima tapi try paksa, aku banyak makan benda mengarut masa mengandung, efek kat anak, kuning sampai setengah bulan pun tak pulih lagi...

    anyway, congrat mummy and daddy to be!! have a pleasant journey of pregnancy! aku dah rindu zaman mengandung dah....huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan megi bahaya x? sebab dlm byk2 mknn dlm dunia ni, mee sedap pulak yg tekak aku boleh telan. wuaaa

      anak ko ok x? ape je ko mkn smpi kene kuning?

      Delete
    2. megi lg la kne avoid....mknan fast food sume ni,,.aku dulu asyik mkn kt kedai, fast food manjang....tu yg kne kuning lme....huhu...

      tunggu result ujian drah lg dua mggu...hrap xde pape

      Delete
    3. aku x mkn da megi sbb kluar balik. bgs jgk la bdn aku ni..rejek siap2..haha
      i.Allah xde pape tu..jgn rsu sgt tau, doa stiap mase k..

      Delete
  2. tahnial apel..kim salam kat man..

    ReplyDelete

Tell me what you think about this post