cerita pasal rezeki

Tuesday, August 27, 2013


♥ assalamualaikum 


Bila dah habis belajar ni, macam-macam benda bermain kat otak. Rasanya ni lah antara masa paling afdhal setan nak hasut kita dengan hasad dengki.Yelah, ada kawan dah kerja..ade kawan nak bertunang..ade kawan dah beli rumah. Masing-masing pulak kerja macam-macam, gaji pun berbeza-beza. Haa memang pandai sangat lah setan cucuk jarum. Sebab, cmon la..semua orang nak berjaya cepat. Well sebenarnya kita nak 'kaya' cepat. Aku pun sama, nak kaya cepat.




Aku tak kerja. Setakat tolong mama dengan ayah kat ofis gitu-gitu je. Jadi memang banyak la masa untuk aku berfikir. Aku memang banyak berfikir. Konon, haha. Anyway, mula-mula aku rasa macam insecure sangat. Aku jadi cuak je memanjang. Aku tengok member update status pasal kerja, pasal nak beli kereta, pasal nak kahwin, pasal dah beli rumah nak duduk lepas kahwin..aaahhhhh! Aku rasa stress. Sebab aku tak bergerak pun. Aku still kat sini, sama je macam masa belajar. Sobsob..I was so freakinly jealous.



Kenapa aku sambung belajar




Sebenarnya ade banyak alasan kenapa aku nak sambung belajar. Alasan yang pertama: sebab aku rasa belum ready nak kerja. Rasa macam belum layak. Haihh Memang, aku memang terlebih pandang rendah kat diri sendiri. Sebab-sebab yang lain, aku rasa masa degree tu aku sambil lewa masa belajar, aku tak ikhlas nak tuntut ilmu pun. Aku just nak habiskan degree cepat-cepat. So now, aku nak tebus balik. This is the moment when i really really want to learn. Bukan sebab orang paksa or anything, tapi sebab aku yang buat keputusan nak belajar. 


Aku rasa macam banyak benda yang aku tak tau lagi. Sebab tu aku nak belajar lagi. Tapi disebabkan aku belajar terus, aku memang setahun lambat dari orang lain la, in term or kerjaya. Memang rasa macam rugi dekat situ. Tapi masing-masing ada rezeki masing-masing. Mungkin setahun yang aku spend untuk belajar ni boleh tolong kick-start kerjaya aku nanti. Maybe, inshaallah..harap-harapnya macam tu lah. Amin~




Reasoning




Aku spend banyak jugak masa before aku decide nak sambung belajar. Lepas aku dah berjaya yakinkan diri aku dengan keputusan ni, aku jadi lebih tenang. Nak kata jealous dengan orang lain pun dah tak dah. Sebab aku dah faham, rezeki maisng-masing tu berbeza. Ujian untuk masing-masing pun berbeza.


Orang yang mudah cemburu ni mesti selalu lupa pasal dugaan dengan ujian. Kita selalu jeles, kenapa orang tu dapat lebih..sebab kita nampak benda baik yang dia dapat je, kita tak nampak yang buruk sekali. I mean, senang ke susah ke, semuanya ujian. Jadi hidup ni jangan sibuk carik kekayaan, tapi kena carik kejayaan. Orang yang berjaya tak semestinya kaya tau. Remember that, always.









Duit bukan segalanya. Kita ingat benda ni basic, kita ingat semua orang tau pasal benda ni. Tapi tak pun. So lets be one of those yang tahu dan amalkan. Apa pun yang kita buat, semuanya kerana Allah ok. Tu lah maknanaya betul-betul berserah, dan redha. Aiceh. Anyway, selamat hari raya. Sempat lagi kan? Selamat Hari Raya! and Thank you for reading :)



You Might Also Like

0 ♪♬♪♪♬ Comments

Tell me what you think about this post