What to do after that two lines?


♥assalamualaikum

Hai. Lama jugak tak update blog. Sebenarnya banyak jugak menulis tapi tak post sebab tulis tak habis. Heheh I got distracted easily. Ok sebelum apa-apa, i have some good news. I'm pregnant. Alhamdulillah..3 bulan lepas keguguran haritu dapat rezeki lagi, syukur sangat. Sekarang dah trimester akhir dah, tengah menunggu waktu baby nak pop-out. Sepatutnya due pertengahan bulan 11 tapi i don't know, my instinct says the baby gonna be out a few weeks earlier. Let see what happen. Pray for me would you? Walaupun perkembangan baby so far ok, dan aktif je dia dalam ni berpusing-berpusing, tapi selagi belum lahir, belum dapat peluk dia kuat-kuat, perasaan risau tu tetap ada. Hah perangai mak-mak tu dah mula datang dah. Haha


The mommy-to-be club 


I'm not really sure why, tapi ada beberapa kawan-kawan yang mengandung contact aku privately untuk tanya soalan-soalan pasal pregnancy. I don't have a problem with that at all, i'm flattered actually, and am happy to share everything i know. Keep the questions coming, i get to learn new things too. 

Lepas tu bila teringat balik masa awal-awal dapat tau pregnant dulu, aku pun blur tak tahu apa nak buat. Bila nak buat buku pink? Bila nak scan? Nak bawa apa pergi klinik? Bila masa yang sesuai nak bagitahu family..banyak lah persoalan yang bermain dekat fikiran. Tapi disebabkan aku suka meng-google, aku dapat few tips, hints, here and there yang mostly aku collect daripada baca blog orang lain. Thank you guys. Sangat membantu, even now pun aku tetap rujuk pengalaman orang lain untuk atleast dapat lah agak bersalin nanti macam mana pulak. So i guess now its my turn to share :)


// 2 garisan merah hikmat 


Yeah..i know that feeling. Setiap kali sampai masa ketibaan paduka merah, mesti rasa berdebar. Bila lambat sehari je dah mula fikir macam-macam. Don't worry, normal tu, semangat terlebih terutamanya yang baru kahwin. My first advice would be, jangan test terlalu awal. Sediakan pregnancy test kit dekat rumah just in case, tapi cek bila dah lambat sekurang-kurangnya seminggu. Jangan cek kalau baru sehari dua lambat sebab test kit ada yang tak sensitif dan ambil masa untuk bagi bacaan yang tepat.


1. Waktu yang sesuai untuk test pregnancy




Test kit tu akan uji samaada air kencing kita ada tak hormon HCG. Kalau mengandung, akan ada HCG maka ada lah line kedua test tu. Cuma masalahnya, kalau kita cek awal sangat, hormon tu mungkin ada tapi terlalu sikit jadi test kit tak dapat detect especially yang lebih murah. Kadang-kadang ada line kedua tapi samar-samar sangat dan sangat lah mengelirukan. Dia buat kita berharap dan pada masa yang sama anxious gila rasa tak boleh nak tido, makan tak lalu dan sebagainya. Jadi untuk elak ketidakstabilan emosi, tunggu sekurang-kurangnya seminggu. Walaupun selama ni period kita on time pun, tunggu seminggu. 

Lagipun ada banyak reason untuk period lambat. Tambah-tambah pulak baru kahwin jadi cara hidup kita berubah dengan mendadak, cycle hormon kita pun mungkin terkesan jugak. Masa ni ada orang dah mula rasa tak sedap badan, rasa sensitif dekat bau ataupun loya dekat certain makanan, perut kembung, badan terasa lebih panas dari biasa dan lain-lain. Tapi the tricky part is, simptom-simptom tu boleh jadi either tanda-tanda pregnancy ataupun pre-menstual syndrome. So jangan fikir sangat pasal simptom-simptom tu, sebab it would only make you more anxious. Trust me on this. Jadi konklusi nasihat pertama ialah, tunggu atleast seminggu sebelum periksa.


2. Bila nak buat buku pink dekat klinik kesihatan (KK)




Ok this one is a bit tricky. Sebenarnya ikut keselesaan masing-masing nak buat bila. Tapi bagi aku lagi awal lagi bagus terutamanya kalau pernah ada keguguran sebelum ni. Ada certain klinik akan minta bukti kita hamil dulu sebelum buat buku ni, jadi kena pergi scan dekat klinik private dulu. Kos, biasanya 50 ringgit untuk satu scan berserta print. Tak semua kk macam tu dan rasanya ikut nurse yang bertugas jugak kot. First pregnancy nurse kaunter suruh scan dulu, tapi 2nd pregnancy takde pulak, so...i don't know. But i guess the best thing to do is you go scan first lah, lebih selamat. Hehe Oh dan ada hari tertentu untuk buat buku pink ni, so boleh kol dulu kk yang berdekatan untuk elak datang pada hari yang salah.

Jangan lupa bawa copy sijil nikah, salinan i.c suami isteri dan just in case, bil air atau elektrik untuk sahkan alamat rumah. Certain klinik akan caj seringgit untuk plastik cover, so standby duit kecik siap-siap. Sediakan jawapan untuk soalan macam:

  • Bila tarikh last period (hari pertama period terakhir)
  • Cycle period berapa hari (bilangan hari paling common ialah 28 hari)
  • Period regular atau tak (kalau tak regular anggaran umur kehamilan mungkin tak tepat)
  • Suami merokok atau tak
  • Sejarah penyakit diri sendiri, suami dan keluarga terutamanya darah tinggi dan kencing manis

Lepas buat buku bermula lah sesi check-up yang pertama. Biasakan lah diri untuk timbang berat, buang air dalam cup dan kena cucuk hujung jari untuk cek kandungan haemoglobin (HB) dalam darah. Don't worry, yang hujung jari tu tak sakit pun tapi first check-up kk akan ambil sample darah banyak sikit untuk tahu jenis darah dan ujian lain. Yang tu mungkin sakit sikit untuk certain people. Ada sesetengah kk akan buat pemeriksaan payudara jugak. Diorang akan cek untuk kanser, ajar kita cara untuk cek sendiri, dan jugak akan periksa keadaan puting samaada sesuai atau tak untuk penyusuan baby. Yang last tu sangat lah awkward, awkward tahap karma tapi sebenarnya sangat berguna jadi tabahkan diri ok. haha

*ps: kalau plan nak bersalin private pun, aku suggest buat buku pink dekat kk jugak. Sebab kk punya check-up lebih detail dan diorang lebih 'peduli' dengan perkembangan kita. Bukannya klinik private tak bagus, tapi kk punya tahap berjaga-jaga lebih tinggi dari klinik private. Kalau ada risiko sikit pun dia akan tetap rujuk test lain untuk betul-betul pastikan pregnancy kita tak ada masalah.


3. Bila masa yang sesuai untuk scan baby?

Mula-mula sekali, lepas dah dapat 2 line merah tu pergi download apps untuk pregnancy. Masukkan info yang diperlukan dan dia akan bagi anggaran umur kandungan. As far as i know, degupan jantung baby boleh nampak dekat mesin scan dalam 6 atau 7 minggu ke atas. Jadi kalau nak betul-betul pasti pregnancy kita healthy atau tak, pergi scan dekat klinik private waktu kandungan dah berumur 7 ke 8 minggu. Kalau kita scan awal sangat, macam baru sehari dua lambat period terus scan, doktor sendiri pun takkan dapat sahkan samaada kita hamil atau tak sebab saiz kandungan tu terlalu kecik. Tapi bayar tetap kena bayar 50 ringgit, so...i think its better you wait lah.





Gambar scan yang dekat belah atas tu aku buat masa umur kandungan 7 minggu, dah ada heartbeat. Tapi bukan lah heartbeat yang strong gila pun tau, but its there. Jadi doktor boleh sahkan dengan yakinnya bahawa tahniah anda hamil! hehe. Kecik je kandungan masa tu, kalau tengok gambar tu dia yang seketul benda putih dekat belah bawah kantung hitam. Ketulan dalam rahim ni boleh jadi banyak benda jadi kewujudan heartbeat sangat membantu untuk cancel-out possibility lain macam fibroid dsbgnya. Gambar scan dekat bawah pulak masa dah 11 minggu. Disebabkan kandungan sebelum ni berhenti membesar dengan sendiri tanpa apa-apa tanda, aku dan husband decide untuk scan setiap bulan dekat klinik private supaya boleh periksa tumbesaran dia closely. KK akan scan jugak tapi tak lah sekerap sebulan sekali. Btw 16 minggu dah boleh tahu jantina masa scan, tapi tersangatlah bergantung pada posisi baby. Dan biasanya baby lelaki lebih senang nak cam daripada baby perempuan sebab kalau nampak ada bibird dia tu memang sah lah lelaki, perempuan tricky sikit. But hey, tak kisahlah lelaki perempuan kan asalkan sihat.

Masa scan pertama tu doktor bagitahu yang kandungan tu agak rendah. Dia tak explain detail sangat tapi yang aku faham maksudnya kandungan tu dekat dengan cervix (pintu rahim). Kalau lekat rendah ni ada risiko keguguran jugak sebab yelah, dekat dengan pintu rahim. Kalau ada masalah cervix lemah, kandungan boleh 'terkeluar' dari rahim. Tapi based on some reading, its normal, lama-kelamaan dia akan naik. So if your doctor said the same thing as mine did, just relax and don't worry too much but do get some rest. Lain lah kalau you memang ada masalah cervix lemah ataupun penyakit lain yang berkait. Ok kalau ada masalah tu, inform doktor dan tanya sama ada you perlu bed rest atau tak.


4. Bila patut bagitahu orang lain?

I'm gonna comment on this based on my experience. Bagi aku, waktu yang sesuai untuk bagitahu orang lain yang kita hamil ialah bila dah masuk trimester kedua. Itu pun keluarga dan kawan yang rapat. Trimester pertama start daripada minggu pertama sampai lah minggu ke 4. Risiko keguguran masa trimester pertama ni sangat tinggi. Risiko ni sama untuk sesiapa pun sebab waktu ni kita belum tahu lagi kandungan tu cukup sifat atau tak. Kadang-kadang kandungan kita tak sihat, atau tak cukup sifat untuk membesar dengan sihat jadi badan kita secara automatiknya akan reject pregnancy tu maka berlaku lah keguguran. 

Kalau gugur waktu trimester pertama, besar kemungkinan puncanya adalah sebab chromosome abnormalities (based on reading but do correct me if i'm wrong) dan walau apa pun yang kita buat, kita tak boleh halang keguguran tu daripada berlaku. Bila kita bagitahu orang terutamanya parents yang kita hamil, diorang akan mengharap sangat dan percayalah bila tiba-tiba ada komplikasi, kita akan rasa berat dan pedih sangat nak bagitahu. Dah lah kita sendiri sedih, kita nak kena bagitahu orang lain pulak. Percayalah tak semua orang faham situasi kita waktu tu. Kadang-kdang kita akan dihujani dengan pelbagai jenis soalan dan cadangan yang mengguris hati. So my advice, selagi kandungan belum cukup kuat, kongsi kegembiraan tu dengan suami je ok, dan berdoa lah kita tak di uji dengan musibah kehilangan. Kalau nak bagitahu jugak, jangan announce ataupun mengada bagi hints dekat facebook. Contact la kawan yang rapat dengan kita dan share the good news privately. Its better that way.


**I guess thats all i have for now. Ini pun rasa macam panjang sangat dah. Haha Kalau tiba-tiba terbaca information berguna aku akan tulis lagi. Hopefully pengalaman aku boleh membantu orang lain. Have a great weekend everyone! (yang cuti jumaat sabtu lah. haha)