What to do after that two lines?


♥assalamualaikum

Hai. Lama jugak tak update blog. Sebenarnya banyak jugak menulis tapi tak post sebab tulis tak habis. Heheh I got distracted easily. Ok sebelum apa-apa, i have some good news. I'm pregnant. Alhamdulillah..3 bulan lepas keguguran haritu dapat rezeki lagi, syukur sangat. Sekarang dah trimester akhir dah, tengah menunggu waktu baby nak pop-out. Sepatutnya due pertengahan bulan 11 tapi i don't know, my instinct says the baby gonna be out a few weeks earlier. Let see what happen. Pray for me would you? Walaupun perkembangan baby so far ok, dan aktif je dia dalam ni berpusing-berpusing, tapi selagi belum lahir, belum dapat peluk dia kuat-kuat, perasaan risau tu tetap ada. Hah perangai mak-mak tu dah mula datang dah. Haha


The mommy-to-be club 


I'm not really sure why, tapi ada beberapa kawan-kawan yang mengandung contact aku privately untuk tanya soalan-soalan pasal pregnancy. I don't have a problem with that at all, i'm flattered actually, and am happy to share everything i know. Keep the questions coming, i get to learn new things too. 

Lepas tu bila teringat balik masa awal-awal dapat tau pregnant dulu, aku pun blur tak tahu apa nak buat. Bila nak buat buku pink? Bila nak scan? Nak bawa apa pergi klinik? Bila masa yang sesuai nak bagitahu family..banyak lah persoalan yang bermain dekat fikiran. Tapi disebabkan aku suka meng-google, aku dapat few tips, hints, here and there yang mostly aku collect daripada baca blog orang lain. Thank you guys. Sangat membantu, even now pun aku tetap rujuk pengalaman orang lain untuk atleast dapat lah agak bersalin nanti macam mana pulak. So i guess now its my turn to share :)


// 2 garisan merah hikmat 


Yeah..i know that feeling. Setiap kali sampai masa ketibaan paduka merah, mesti rasa berdebar. Bila lambat sehari je dah mula fikir macam-macam. Don't worry, normal tu, semangat terlebih terutamanya yang baru kahwin. My first advice would be, jangan test terlalu awal. Sediakan pregnancy test kit dekat rumah just in case, tapi cek bila dah lambat sekurang-kurangnya seminggu. Jangan cek kalau baru sehari dua lambat sebab test kit ada yang tak sensitif dan ambil masa untuk bagi bacaan yang tepat.


1. Waktu yang sesuai untuk test pregnancy




Test kit tu akan uji samaada air kencing kita ada tak hormon HCG. Kalau mengandung, akan ada HCG maka ada lah line kedua test tu. Cuma masalahnya, kalau kita cek awal sangat, hormon tu mungkin ada tapi terlalu sikit jadi test kit tak dapat detect especially yang lebih murah. Kadang-kadang ada line kedua tapi samar-samar sangat dan sangat lah mengelirukan. Dia buat kita berharap dan pada masa yang sama anxious gila rasa tak boleh nak tido, makan tak lalu dan sebagainya. Jadi untuk elak ketidakstabilan emosi, tunggu sekurang-kurangnya seminggu. Walaupun selama ni period kita on time pun, tunggu seminggu. 

Lagipun ada banyak reason untuk period lambat. Tambah-tambah pulak baru kahwin jadi cara hidup kita berubah dengan mendadak, cycle hormon kita pun mungkin terkesan jugak. Masa ni ada orang dah mula rasa tak sedap badan, rasa sensitif dekat bau ataupun loya dekat certain makanan, perut kembung, badan terasa lebih panas dari biasa dan lain-lain. Tapi the tricky part is, simptom-simptom tu boleh jadi either tanda-tanda pregnancy ataupun pre-menstual syndrome. So jangan fikir sangat pasal simptom-simptom tu, sebab it would only make you more anxious. Trust me on this. Jadi konklusi nasihat pertama ialah, tunggu atleast seminggu sebelum periksa.


2. Bila nak buat buku pink dekat klinik kesihatan (KK)




Ok this one is a bit tricky. Sebenarnya ikut keselesaan masing-masing nak buat bila. Tapi bagi aku lagi awal lagi bagus terutamanya kalau pernah ada keguguran sebelum ni. Ada certain klinik akan minta bukti kita hamil dulu sebelum buat buku ni, jadi kena pergi scan dekat klinik private dulu. Kos, biasanya 50 ringgit untuk satu scan berserta print. Tak semua kk macam tu dan rasanya ikut nurse yang bertugas jugak kot. First pregnancy nurse kaunter suruh scan dulu, tapi 2nd pregnancy takde pulak, so...i don't know. But i guess the best thing to do is you go scan first lah, lebih selamat. Hehe Oh dan ada hari tertentu untuk buat buku pink ni, so boleh kol dulu kk yang berdekatan untuk elak datang pada hari yang salah.

Jangan lupa bawa copy sijil nikah, salinan i.c suami isteri dan just in case, bil air atau elektrik untuk sahkan alamat rumah. Certain klinik akan caj seringgit untuk plastik cover, so standby duit kecik siap-siap. Sediakan jawapan untuk soalan macam:

  • Bila tarikh last period (hari pertama period terakhir)
  • Cycle period berapa hari (bilangan hari paling common ialah 28 hari)
  • Period regular atau tak (kalau tak regular anggaran umur kehamilan mungkin tak tepat)
  • Suami merokok atau tak
  • Sejarah penyakit diri sendiri, suami dan keluarga terutamanya darah tinggi dan kencing manis

Lepas buat buku bermula lah sesi check-up yang pertama. Biasakan lah diri untuk timbang berat, buang air dalam cup dan kena cucuk hujung jari untuk cek kandungan haemoglobin (HB) dalam darah. Don't worry, yang hujung jari tu tak sakit pun tapi first check-up kk akan ambil sample darah banyak sikit untuk tahu jenis darah dan ujian lain. Yang tu mungkin sakit sikit untuk certain people. Ada sesetengah kk akan buat pemeriksaan payudara jugak. Diorang akan cek untuk kanser, ajar kita cara untuk cek sendiri, dan jugak akan periksa keadaan puting samaada sesuai atau tak untuk penyusuan baby. Yang last tu sangat lah awkward, awkward tahap karma tapi sebenarnya sangat berguna jadi tabahkan diri ok. haha

*ps: kalau plan nak bersalin private pun, aku suggest buat buku pink dekat kk jugak. Sebab kk punya check-up lebih detail dan diorang lebih 'peduli' dengan perkembangan kita. Bukannya klinik private tak bagus, tapi kk punya tahap berjaga-jaga lebih tinggi dari klinik private. Kalau ada risiko sikit pun dia akan tetap rujuk test lain untuk betul-betul pastikan pregnancy kita tak ada masalah.


3. Bila masa yang sesuai untuk scan baby?

Mula-mula sekali, lepas dah dapat 2 line merah tu pergi download apps untuk pregnancy. Masukkan info yang diperlukan dan dia akan bagi anggaran umur kandungan. As far as i know, degupan jantung baby boleh nampak dekat mesin scan dalam 6 atau 7 minggu ke atas. Jadi kalau nak betul-betul pasti pregnancy kita healthy atau tak, pergi scan dekat klinik private waktu kandungan dah berumur 7 ke 8 minggu. Kalau kita scan awal sangat, macam baru sehari dua lambat period terus scan, doktor sendiri pun takkan dapat sahkan samaada kita hamil atau tak sebab saiz kandungan tu terlalu kecik. Tapi bayar tetap kena bayar 50 ringgit, so...i think its better you wait lah.





Gambar scan yang dekat belah atas tu aku buat masa umur kandungan 7 minggu, dah ada heartbeat. Tapi bukan lah heartbeat yang strong gila pun tau, but its there. Jadi doktor boleh sahkan dengan yakinnya bahawa tahniah anda hamil! hehe. Kecik je kandungan masa tu, kalau tengok gambar tu dia yang seketul benda putih dekat belah bawah kantung hitam. Ketulan dalam rahim ni boleh jadi banyak benda jadi kewujudan heartbeat sangat membantu untuk cancel-out possibility lain macam fibroid dsbgnya. Gambar scan dekat bawah pulak masa dah 11 minggu. Disebabkan kandungan sebelum ni berhenti membesar dengan sendiri tanpa apa-apa tanda, aku dan husband decide untuk scan setiap bulan dekat klinik private supaya boleh periksa tumbesaran dia closely. KK akan scan jugak tapi tak lah sekerap sebulan sekali. Btw 16 minggu dah boleh tahu jantina masa scan, tapi tersangatlah bergantung pada posisi baby. Dan biasanya baby lelaki lebih senang nak cam daripada baby perempuan sebab kalau nampak ada bibird dia tu memang sah lah lelaki, perempuan tricky sikit. But hey, tak kisahlah lelaki perempuan kan asalkan sihat.

Masa scan pertama tu doktor bagitahu yang kandungan tu agak rendah. Dia tak explain detail sangat tapi yang aku faham maksudnya kandungan tu dekat dengan cervix (pintu rahim). Kalau lekat rendah ni ada risiko keguguran jugak sebab yelah, dekat dengan pintu rahim. Kalau ada masalah cervix lemah, kandungan boleh 'terkeluar' dari rahim. Tapi based on some reading, its normal, lama-kelamaan dia akan naik. So if your doctor said the same thing as mine did, just relax and don't worry too much but do get some rest. Lain lah kalau you memang ada masalah cervix lemah ataupun penyakit lain yang berkait. Ok kalau ada masalah tu, inform doktor dan tanya sama ada you perlu bed rest atau tak.


4. Bila patut bagitahu orang lain?

I'm gonna comment on this based on my experience. Bagi aku, waktu yang sesuai untuk bagitahu orang lain yang kita hamil ialah bila dah masuk trimester kedua. Itu pun keluarga dan kawan yang rapat. Trimester pertama start daripada minggu pertama sampai lah minggu ke 4. Risiko keguguran masa trimester pertama ni sangat tinggi. Risiko ni sama untuk sesiapa pun sebab waktu ni kita belum tahu lagi kandungan tu cukup sifat atau tak. Kadang-kadang kandungan kita tak sihat, atau tak cukup sifat untuk membesar dengan sihat jadi badan kita secara automatiknya akan reject pregnancy tu maka berlaku lah keguguran. 

Kalau gugur waktu trimester pertama, besar kemungkinan puncanya adalah sebab chromosome abnormalities (based on reading but do correct me if i'm wrong) dan walau apa pun yang kita buat, kita tak boleh halang keguguran tu daripada berlaku. Bila kita bagitahu orang terutamanya parents yang kita hamil, diorang akan mengharap sangat dan percayalah bila tiba-tiba ada komplikasi, kita akan rasa berat dan pedih sangat nak bagitahu. Dah lah kita sendiri sedih, kita nak kena bagitahu orang lain pulak. Percayalah tak semua orang faham situasi kita waktu tu. Kadang-kdang kita akan dihujani dengan pelbagai jenis soalan dan cadangan yang mengguris hati. So my advice, selagi kandungan belum cukup kuat, kongsi kegembiraan tu dengan suami je ok, dan berdoa lah kita tak di uji dengan musibah kehilangan. Kalau nak bagitahu jugak, jangan announce ataupun mengada bagi hints dekat facebook. Contact la kawan yang rapat dengan kita dan share the good news privately. Its better that way.


**I guess thats all i have for now. Ini pun rasa macam panjang sangat dah. Haha Kalau tiba-tiba terbaca information berguna aku akan tulis lagi. Hopefully pengalaman aku boleh membantu orang lain. Have a great weekend everyone! (yang cuti jumaat sabtu lah. haha)

Relationship Guru

♥assalamualaikum


No i am not a relationship guru, i just think its a cool title for a post tho. Haha I've been married for almost 2 years now. We're in that honeymoon phase, yes, still honeymooning. We're young, still learning about each other but a lot did happen within these 2 years. Macam sekejap je masa berlalu, rasa macam tak ada apa yang berubah. tapi percayalah, bila kita berhenti sekejap dan ambil masa untuk reflect balik, kita akan sedar betapa banyak masa dah merubah kita dan kehidupan kita. 




Traditionalist in the Modern Age


Although some people might think of me as a modern person, i am actually quite conservative, a bit traditional in some aspects especially in relationship. I am not the jealous type of wife, i trust my husband although i have to admit marriage requires a sufficient amount of doubt to function properly. You'd need just the right amount of doubt to protect yourself from the detriment of naivety.


Its easy to misinterpret what i feel as jealousy when in truth, meh i just don't like it. Get it? Haha Ok its like this, i'm not jealous, i just don't like things that aren't necessary. Unnecessary by my definition would be; unrelated to work, family, health, current issues, and not a casual conversation between close friends catching up on life. I don't restrict my husband from doing anything, i don't think women are wooing him or the other way around, i don't attack woman who befriended him, i just don't like unnecessary conversations. I'd told him how i feel then we'd talk about it. Jealousy on the other hand usually had no basis of argument and would essentially lead to a fight.


I just think that lelaki dan perempuan kena hormat perkahwinan orang lain dan bergaul ikut keselesaan orang, bukan ikut apa yang dia selesa sahaja. Walaupun pengalaman diri sendiri masih setahun jagung, tapi aku banyak mendengar. I'm lucky that my parents likes to talk. I mean, they share what they know not to gossip but to educate. Its different, gossips would focused on the people but my parents would focus more on the event. They'd talk about why they think it happen, what they do to help calm the situation, when to help and when to back off and so on. Not to mention my boss is kinda like them too. So if an 'event' took place in the office, i'd know about it. And boy, do i know a lot..its eye opening.


The Conscientious Spouse


What i can say is, act the way you should. Know your responsibilities and know your limitations. We're muslim, so its easier for us because we already have a guideline. So learn, follow it and inshaAllah we'll be safe. Memang, kadang-kadang restrictions buat kita rasa kolot, rasa terbatas. Kadang-kadang kita rasa " ... remeh dan tak bagi kesan apa-apa pun, kenapa nak jaga sangat?" Tapi based on apa yang aku dengar dan faham dari pengalaman orang lain, yang remeh tu lah selalu jadi punca. Dengan siapa kita bergaul, apa yang kita borakkan dengan orang lain terutamanya jantina lain, apa yang kita kongsi dengan pasangan masing-masing dan apa yang kita tak kongsi walaupun remeh seremeh-remehnya akan tetap bagi impak pada hubungan kita. Mula-mula impak dia tak besar, insignificant, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ahha I know, you'd be like, "alaaaa benda simple je takkan lead kepada masalah rumahtangga." Well hey, tah-tah itu la yang diorang rasa awal-awal, yang ada masalah rumahtangga tu . Take things for granted sampai lah isu jadi terlalu besar untuk dikawal.


But anyhow, we do what we do not for the results but we do it because we have to, because we want to be a good muslim. Because it is our nature, a 'fitrah' to put trust in Allah and follow His guidance. Whatever happen then is beyond our control but at least we know we did our best, it was just meant to be. It would be much easier to handle stress and life struggle when you feel that way. Its easier to feel content.


Jodoh ni complicated, perkahwinan tak semestinya penutup jodoh, perjalanan masih panjang. Kita tak minta yang buruk, tapi siapa lah kita. Berdoa, berdoa lah setiap masa untuk hubungan yang baik. Berdoa lah Allah lindungi kita dan pasangan daripada perkara buruk yang datang dari diri kita sendiri dan juga daripada hasad dengki orang lain. Banyak kan berdoa untuk kebahagian, ketenangan dan usaha lah sehabis baik untuk capai semua tu. Lepas tu kita tawakal, redha.. percayalah hidup akan jadi lebih tenang dan menenangkan. Jadi yang terbaik, buat yang terbaik. Lindungi diri kita dan pasangan daripada segala kemungkinan.

The art of complaining

♥assalamualaikum

I am currently taking part in conducting a survey related to our education system. But fyi i'm not a student, and i used to be in the technical field. This is my first time tackling social science issues. But i think i am more suited for this field, i'm not really good in being technical, too bad at math. Haha *cries silently*

At the end of my survey is a space reserved specially for comments. Although not everyone writes, there are still quite a handful who does and they do it passionately, it's great. You know the trend now, people just loveee to complaint, heck, even me, especially on social media. But social media is not the most suitable platform to complaint (shocking) because the ones you're complaining about don't even know about it. Instead of making things better, you're just being an emotional 'syok sendiri' person, ranting and ranting to a wall. Well, i guess most of the time we don't really want to make things better, we just want to be heard, or even just to let some steam out. I get it, i often feel that way too.




But when opportunity came, someone somehow wants to listen and take action, don't be emotional to them. They didn't make you feel that way, they just want to help. Let me tell you the right way to complaint in a comment section, well according to me lah.


1. Put your emotion into it, but don't be emotional.
Sometimes how you say things can make a neutral take side.

2. Use clear and proper sentence. 
I'm curious why a person would write in a survey form like they're replying a whatsapp chat. We can't help you if we don't understand what you need.

3. Be mature. 
Does your comment refers to a personal issue or something everyone can relate and benefits from?

4. Be respectful. 
We all have different opinion and when talking about a sensitive issue, you have to speak in a tone that is not provocative. Avoid using words like stupid, especially stupid, in a formal survey. Don't make those who wanted to help gave up on you because of your attitude.

However, this is just the opinion of a beginner, a noob. Others might not feel the same. Maybe emotional and hateful comments is what some research need, to really understand the struggle and how it affect emotions and behavior towards others. It's easy to tick on a scale, but a comment may be more personal and honest.

priority hidup

♥assalamualaikum


Kadang-kadang aku terfikir, kalau muda maksudnya kita tak matang ke? Kalau muda maksudnya kita belum faham kehidupan ke? Orang kita kan suka cakap, yang tua lebih banyak makan garam. Sebab tu bila aku ada pendapat, aku takut nak kongsi. Aku takut orang fikir aku terlalu muda untuk ada pendapat. Tapi, makin lama aku sedar yang umur bukan garis pengukur untuk apa-apa pun kecuali berapa lama dia hidup aje lah, dan betapa tinggi tekanan darah dia sebab banyak sangat makan garam. Huehuehue 

You can't set a threshold for wisdom based on age can't you? I don't think so. Jadi walaupun aku masih muda, aku nak share pendapat aku tentang hidup, boleh kan?


Ekonomi


Mungkin dalam beberapa tahun lagi negara kita akan alami fasa kegawatan ekonomi. Aku pernah dengar somewhere yang kegawatan ekonomi akan berulang setiap 8 tahun. Tak silap aku last time kita gawat pada tahun 2008, jadi brace yourself, winter is coming..sekarang dah masuk 2016, cukup umur 8 tahun. Industri oil & gas dah mula rasa sakit, lepas ni industri lain akan menyusul. Construction industry, i'm watching you. Know why i think construction industry will be next? Sebab projek-projek pembangunan akan di-hold-kan sebab low on funding and prospect for buyers terutamanya projek pembinaan rumah. Tapi itu pun bergantung juga pada strategi kerajaan. Kalau zaman Dr M dulu dia buat projek mega untuk tarik pelabur dari luar negara. Selain tu juga kos perbelanjaan negara dikurangkan, kalau ikutkan Najib, i'm not sure. Maybe not so on cutting expenditure but more on cutting subsidy and increasing the taxes. Let the people struggle! =.="

Ketakstabilan ekonomi akan memberi impak dekat semua orang, tak kira lah yang high class, middle class, low class income pun semuanya akan rasa. Tapi buat apa nak takut sangat, macam ni lah hidup. Walaupun risau dengan kemampuna pentadbiran negara, aku masih bersyukur kita tak dalam keadaan perang macam sesetengah negara lain. Kita mungkin kena struggle untuk survive, tapi sekurang-kurang kita tak perlu struggle untuk pertahankan nyawa dan maruah kita. "Syukur Malaysia masih aman." ayat ni sindirian untuk para pentadbir negara, tapi sebenarnya ada sikit kebenaran yang kita patut akui. Bersyukur tu rahsia ketenangan.


Survival orang muda


Kadang-kadang aku tak faham kenapa dalam ekonomi yang tak stabil macam ni orang sibuk nak melancong luar negara. I know its your money and you probably had a bundle of them, buat tabung semata-mata untuk berjalan macam ramai orang buat sekarang. Tapi, unless booking dah dibuat, elak lah dari melancong luar negara. Spend lah duit dalam negara. Dengan kadar pertukaran matawang kita teruk sekarang ni, rugi tau. But still, aku bukannya tak suka orang pergi melancong luar negara, pergi lah, banyak yang kita boleh belajar..but, not now. Kiv spending, focus on saving. Sekarang mungkin kita rasa duit tu cukup tapi ingat tak zaman mak ayah kita dulu? Ramai orang hilang punca pendapatan, ramai kena berhenti kerja. Kalau tak kena buang kerja, gaji kena potong, or worst, kerja teruk tapi  gaji tak dapat-dapat. Keep that in mind and plan an emergency exit for worst case scenario.

I don't know, maybe aku agak paranoid tapi itu lah yang aku rasa.





I don't know why i babble a lot about the economy, sampai dua perenggan. Haha Maybe sebab ada kaitan dengan topik sebenar  which is priority hidup. I know right, gila matang punya topik. But seriously, we need to set a list of priority in our life.

Duit? 
Travel? 
Keluarga? 
Masa? 
Kerjaya? 
Pangkat?
Keselesaan atau kemewahan hidup? 
Agama tingkat berapa?

Aku ada seorang kawan ni, masa tu dia baru mula buat research master dia dan dia rasa down. Kebetulan pula masa tu aku ada kelas dekat dekat bilik dia jadi aku pergi la melawat borak-borak. Aku tanya la dia ok tak dan taktahu lah mungkin aku ada aura pendengar, dia pun luahkan sikit perasaan down dia. Aku taktahu sangat nak tolong bagi semangat kat orang tapi aku cuba. Benda pertama yang aku tanya dia ialah, apa yang dia nak dalam hidup ni? Ada masa-masa, punca kita tak rasa semangat ialah kita taktahu kenapa kita buat sesuatu perkara ataupun kita buat sesuatu atas sebab yang salah. Jadi bila kita ada masalah kita akan rasa penat dan tak semangat.

Kawan aku tu kata, dia nak jadi orang yang dipandang tinggi. Almost like that lah, i paraphrased based on what i think he means when he said things. Dia sambung belajar untuk jadi orang yang ada ilmu, supaya orang hormat pandangan dia dan rujuk dia bila ada sesuatu masalah. Aku tak ingat exactly apa yang aku cakap tapi basically this is what i told him.



"Buat lah semuanya kerana Allah. Lillahitaala dalam setiap pekerjaan."



Hidup ni ada banyak variable yang kita tak boleh kawal. Kalau kita cuba nak kawal semua variable tu kita boleh jadi gila. Ada orang fikir kalau dia usaha kuat-kuat dia akan berjaya. Jadi dia usaha sehabis baik, bersusah payah untuk dapatkan apa yang dia nak dalam hidup. Tapi bila dia tak dapat apa yang dia nak, apa yang dia usahakan, dia akan rasa down dan akhirnya dia give up. You have to remember this, manusia wajib berusaha tapi hasilnya semua ditentukan Allah. Orang yang berusaha tak semestinya akan berjaya dalam hidup tapi redha dan tawakal lah kejayaan yang sebenar. Jadi jangan usaha kuat untuk dapat sesuatu melainkan untuk mendapat redha Allah, kita takkan rasa down dan penat walaupun usaha kita semata-mata usaha dan tak membuahkan hasil. Sebab kita tahu usaha tu sendiri ada habuannya.

I have work to do. I wish i can write more. Aku rasa macam tak sampai lagi conslusion topik priority hidup tu. Tapi takpelah, to be continued.....