Surviving miscarriage : Tutup buku

assalamualaikum

First of all, kalau ada sesiapa yang jumpa post ni sebab nak cari nasihat ataupun sebab nak cuba faham apa yang berlaku masa keguguran, i'm sorry..it must be because you are experiencing this too, or expecting that you are. Apa pun yang orang cakap, ingatlah yang berapa pun umur kandungan kita, keguguran tetap rasa macam kehilangan cahaya mata. Takda siapa pun boleh cakap yang kita tak sepatutnya sedih. Hang in there, tapi jangan pendam perasaan..let it out then maybe you'll feel much better.

Umur dan kesihatan parents banyak mempengaruhi keadaan kandungan. Kalau jumpa dokter pun, itu lah soalan yang akan ditanya. Umur, ada kencing manis tak, masalah kesihatan, sejarah penyakit keluarga, suami merokok atau tak..sediakan jawapan siap-siap ok. Tapi keguguran boleh berlaku tanpa sebab; sihat atau tak, tua muda, sains tak semestinya dapat jelaskan punca keguguran. Jadi jangan fikir terlalu banyak kenapa kita gugur, kita tak semestinya akan dapat jawapan..terutamaya untuk keguguran masa trimester pertama. 

Ada orang akan cuba salahkan kita dan tanya kita macam-macam, tapi biarkan..percayalah yang kita tak buat silap. Ini semua takdir Allah dan tugas kita adalah untuk redha, bersyukur, dan percayakan takdir yang Allah sediakan adalah yang terbaik untuk kita. Sediakan diri untuk langkah seterusnya, kuatkan semangat dan jangan putus harapan. Anak adalah rezeki Allah, dan anak juga adalah tanggungjawab. Anak boleh bawa kita ke syurga, dan anak juga boleh bawa kita ke tempat yang gelap dan menyiksakan. 

Rezeki adalah pemberian Allah. Bukan lah tugas kita untuk mengecam rancanganNya dan berkira dengan rezeki yang diberi. Manusia selalu buat silap. Mungkin kita terlepas pandang rezeki sebagai beban, dan tersalah anggap beban itu suatu pemberian hadiah yang kita minta-minta. Orang yang percayakan Allah, dia takkan murung, takkan berhenti berharap, dan dia lah orang yang paling kuat.


Ok i wanna help you as much as i can. So let me tell you about my story, i will summarize all the details here. Ini akan jadi post terakhir pasal keguguran. Tapi kalau ada benda yang korang nak tau lebih atau perlukan sokongan dan comfort, just comment..i'll reply as soon as possible. :)

Umur : 25 tahun
Kesihatan : Baik
Tinggi/Berat : 156/52
Umur suami : 25 tahun
Kesihatan : Baik (tidak merokok)
Jenis keguguran : Missed miscarriage
Umur kandungan sebelum maklumat keguguran : 12 minggu
Umur kandungan semasa tiada degupan jantung : 10 minggu (saiz kantung)
Tanda-tanda keguguran : Pendarahan ringan, tidak sakit

Tindakan yang diambil selepas dimaklumkan kandungan tiada degupan jantung

  1. Menjalani pemeriksaan keesokan harinya (trauma dan kecemasan HSAJB)
  2. Diberi waktu menunggu 2 minggu sebelum tindakan seterusnya
  3. Dijadualkan untuk bertemu doktor gynecology 2 minggu kemudian
  4. Gynecologist mengesahkan keguguran
  5. Diberi pilihan menggugurkan kandungan secara natural atau surgical (s&c)
  6. Memilih s&c dan dijadualkan masuk wad 2 hari seterusnya (ditentukan pesakit)
  7. Masih belum ada tanda-tanda keguguran, tidak sakit
  8. Dijadualkan s&c pada pukul 6 petang dan disuruh berpuasa
  9. Dokter mencadangkan menunggu untuk keguguran natural sebelum s&c
10. Diberi ubat memalui faraj untuk melembutkan dinding rahim (kot, tak ingat)
11. Pendarahan dan sakit di bawah perut bermula beberapa jam kemudian
12. Cebisan tisu dan gumpalan darah mula keluar sedikit demi sedikit
13. Kesakitan yang amat sangat (contractions) dan tumpah darah
14. Ketulan besar tisu mula keluar dan disambut dokter (dalam keadaan baring macam bersalin)
15. Sakit beransur hilang
16. Dokter melakukan scan terakhir sebelum mengesahkan complete miscarriage
17. Semua kandungan keluar dan rahim kembali seperti asal (menurut dokter)
18. Daftar keluar hospital pada hari yang sama, malam

Sebelum ni aku bersungguh nak buat s&c. Aku fikir lebih baik daripada menunggu dan lebih selamat sebab confirm takkan ada baki yang tertinggal. Kalau ada baki tertinggal dalam rahim lepas gugur, infection boleh berlaku. Infection boleh sebabkan ketidaksuburan, so careful ladies. Tapi rupa-rupanya, buat surgical abortion pun masih belum tentu semua kandungan akan keluar. Ada patient kena buat s&c beberapa kali. Not to mention, ada risiko untuk dinding rahim luka dan jangkitan. Tapi jangan risau, kalau nak buat s&c ataupun surgical prosedure lain, semuanya akan dibuat oleh dokter pakar jadi risiko sangat rendah.

Glad i didn't have to go through this

Lepas keluar hospital, aku tak rasa sakit cuma penat dan mengantuk. Pendarahan pun dah berhenti, jadi kitorang decide untuk balik rumah mama dekat Batu Caves esok pagi untuk pantang. Aku sebenarnya tak rasa aku perlu pantang sangat tapi aku taknak melawan, jadi aku ikutkan je. Perjalanan ok, tak ada rasa sakit tapi lepas sampai aku start bleed macam period. Bezanya ialah warna darah. Jadi lepas gugur selalu alert warna darah. Kalau merah maksudnya darah fresh, terus pergi hospital atau klinik untuk check.

Lepas keguguran, kalau nak berpantang ikut lah pendapat masing-masing. tapi sentiasa alert dengan apa-apa yang keluar dari faraj. Sentiasa tengok dan check, please, check. Kalau ada lendir berbau ataupun darah merah ada kemungkinan masih ada baki dalam rahim ataupun terkena jangkitan. Antara benda penting yang perlu kita alert:

1. Sakit 

Lain badan lain perangai. Aku tak sakit sebelum dan selepas gugur. tapi tu tak bermaksud yang aku tak ada masalah. Tapi kalau sakit biasanya memang ada masalah jadi jangan lengah, terus jumpa dokter. Bila fikir balik baru aku perasan yang aku sebenarnya rasa sakit bawah perut masa bersin. So kalau ada rasa macam tu, try scan just in case.

2. Pendarahan

10 hari lepas keluar hospital baru aku tahu yang sebenarnya masih ada baki dalam rahim aku. Masalahnya ialah aku tak rasa sakit, kecuali masa bersin itu pun tak sakit sangat sebab tu tak dapat detect awal. 10 hari kemudian, aku bleeding dengan sangat teruk. Kalau lepas gugur berlaku pendaharan berat, satu pad basah lencun tak sampai sejam itu maksudnya berat walaupun tanpa rasa sakit. Terus jumpa dokter dan scan untuk periksa keadaan rahim.

3. Demam

Demam merupakan antara tanda awal infection. Kalau rasa demam, tak kira lah seminggu atau 2 minggu selepas keguguran kena pergi check darah untuk eliminate chances of infection. Ini sangat penting sebab kalau kena infection, ada risiko yang sistem peranakan kita akan kena jangkitan dan tak boleh mengandung lagi. So walaupun demam sikit, check je..maybe tanda-tanda awal kan. Lebih baik susah sikit dari kena musibah lain.

Ok sekian. Itu je yang mampu aku kongsi. Kita kena banyak membaca untuk sediakan diri. Baca banyak-banyak, tak kisahlah buku medical, forum, ataupun baca pengalam orang lain dekat blog (ekhem). Tapi kena ingat, kalau baca pengalaman orang kita kena hati-hati sebab ada kemungkinan maklumat tak tepat especially pengalaman orang yang tak ada background medical macam aku. Kena ingat jugak yang walau banyak mana kita baca, itu tak dapat menggantikan kepakaran dokter. Kita baca untuk sediakan diri kita dengan semua kemungkinan. Jadi bila jumpa dokter kita tahu apa yang nak ditanya. Jangan sesekali rasa kita tahu lebih dari dokter ok.

♥That is all. Semoga dapat membantu. Hugs and kisses

Blog makeover

assalamualaikum

Hai..as you notice i did a few changes to my blog. Ahah..few lah sangat, more of a total makeover actually. I got too much spare time and i need to make myself busy with something. So why not makeover blog sikit kan? lama jugak tak edit rupa blog ni.

Mula-mula aku ingat nak tukar header je, takpun tukar widget. Ada jugak cari background baru tapi rasa tak best pulak, dah terbiasa dengan background putih..clean and simple. Aku try blogwalking untuk cari ilham lah konon, maybe boleh ambil coding sana sini. Tapi aku jumpa website ni, ada banyak free templat yang cantik.
 

Aku pilih template Elegant sebab dia kemas dan simple. Aku ada ubah sikit coding tapi sikit sangat, mostly semuanya code asal. Kalau korang nak guna mana-mana template free dekat website tu, senang je. But i'll try making it easier for you ok, because i'm nice, and bored. haha

           1. Pilih template.
           2. Klik Download
           3. Unzip file
           4. Bukak folder dan cari file .xml
           5. Klik dan akan terbuka lah notepad yang mengandungi code tersebut
           6. Ikut flow gambar dekat bawah ni ok




           7. Copy semua code dalam gambar atas dan paste somewhere untuk backup
           8. Copy semua code .xml yang ada notepad tadi
           9. Paste dan gantikan semua code dalam space gambar last
         10. Preview template untuk make sure tak ada problem
         11. Dah puas hati boleh save template. Tada dah siap!

Congrats! enjoy your new blog. Kalau nak adjust  benda-benda dalam blog, boleh adjust dekat Customize section like usual tapi adjustment yang boleh dibuat adalah agak limited bergantung kepada template. Most adjustment kena buat dekat Advance, tambah CSS ataupun dekat Edit HTML. Anyway, edit html sangat time consuming dan memeningkan. Edit bila ada banyak masa ok, dan rajinkan diri untuk google code. huhu..

brief update



I wanna let everyone know that my nightmare is not over yet. Eh tapi takdelah nightmare sangat pun, macam tak baik pulak cakap ujiaan ni as nightmare kan? huhu..Anyhow, the news is, my complete (missed) miscarriage has now upgraded into incomplete miscarriage.

Masa dekat hospital (HSAJB) doktor kata rahim aku dah back to normal dan semua kandungan dah keluar. Tapi 3 hari lepas, masa otw balik dari kampung aku bleeding heavy, sangat heavy, lencun lah senang cerita. Sorry kalau terlebih grafik, huhu. Jadi kitorang pergi klinik pakar untuk cek dan rupa-rupanya masih ada baki uri dan janin dalam rahim. Aku ok masa doktor bagitahu, terkejut sikit tapi masih ok..sebab masa tahu gugur dulu aku dah sediakan diri untuk semua possibilities. Tapi mama tak, so dia kecoh sikit depan doktor. Nasib baik aku cool, aku macam, "mama..mama tak boleh macam ni, mama kena rileks." haha

Aku bagitau doktor yang kalau boleh aku nak elak operation, dia faham then bagi aku ubat. Dekat plastik tak bagi nama ubat tapi aku rasa misoprostol kot, kot lah. Bleeding dah stop lepas malam kelmarin walaupun aku continue makan ubat as prescripted. Mengharap punca pendarahan berhenti sebab rahim dah normal. Esok malam aku akan scan balik, dan berdoalah dengan aku yang semua nya dah selesai. Pray for me please..i want to avoid the operation so badly. Mesti mama lagi tak keruan kalau aku kena buat operation. haih..aku ok je. Eh c'mon lah..aku berani dan cool kot.heheh

ok end of post, "brief" lah sangat kan? haha..writting from my tablet, and with that info, i'm wishing you all good night. Soft reminder, pray for me ok? :)