priorities


♥ assalamualaikum 



People are not perfect, except for those granted by Allah. Jadi semua manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Ada yang kelemahan dia jelas, ada yang tak jelas dan tersorok. Apa yang aku perasan dalam musim mengundi ni, semua orang attack kelemahan parti/individu yang dia tak suka. Well, aku terima keadaan tu. Sebab bila kita dah tak suka, apa pun orang tu buat kita akan nampak yang salah je. Itu habit. Tak ramai yang mampu kawal perasaan tak suka tu dan cuba berfikiran positive setiap masa. Nak-nak hal politik, memang susah nak jadi positive kan?




Memilih pemimpin




Ayah aku kata, kalau nak pilih pemimpin rujuk la al-Quran. Sebab al-Quran ni lengkap, semua ada. Kalau tak ada tu maksudnya tak lengkap lah kan. Hidup akan jadi mudah bila kita rujuk al-Quran. Tapi disebabkan gaya hidup kita tak cukup islamik, kita lupa. Kita selalu jadikan benda lain sebagai pegangan. Kita jadi lupa priority kita sebagai seorang muslim.





Priorities





Ada orang kalau nak pilih, dia tengok dari segi ekonomi, ada orang pilih dari segi agama. Nak kata parti tu bagus, tak jugak. Nak kata parti ni bagus, tak jugak. Tapi disebabkan kita kena pilih, kita pilih lah yang terbaik. Tapi terbaik bagi setiap individu tu lain, sebab priority setiap individu pun lain-lain.


Kita tak boleh paksa orang ubah priority masing-masing. Nak cuba pengaruh tu boleh, tapi cara kena betul. Bagi aku, walaupun aku ni taklah islamik mana (still struggle to be better everyday), priority aku tetap agama Islam. I mean, kalau aku nak pilih pemimpin, aku akan pilih pemimpin yang arif dalam hal agama. Tapi aku tak nak lah yang education dalam agama je tinggi, yang pakai serban tinggi-tinggi je..aku nak pemimpin yang beramal, yang tinggi budi pekerti.


Ada orang kata kita tak boleh ukur iman seseorang, tu kuasa Allah. Betul, tapi jangan jadikan tu alasan. Kita ada rukun islam, kita ada rukun iman kan? Kita ada sunnah-sunnah nabi yang boleh kita jadikan panduan. Jadi kenalah ikut panduan tu untuk buat keputusan. Bukan gunakan panduan tu untuk labelkan orang, untuk tuduh orang bukan-bukan, tak. Panduan tu kita guna untuk buat kebaikan, untuk buat pilihan.





Salah faham





Aku rasa ramai orang silap. Ada orang kata, orang islam ni, yang paling utama adalah keadilan, yang paling utama adalah nawaitu. Tapi sebenarnya yang paling utama bagi aku adalah berserah pada Allah. Hidup kena berpandukan al-Quran dan sunnah-sunnah rasulullah..itu yang paling penting sebab tu lah hadiah yang Allah bagi dekat kita. Hadiah yang tak ada cacat celanya.


Lagipun, keadilan tu subjektif. Nawaitu? Macam mana kita nak nilai niat? Niat tu bukan sesuatu yang kita nampak. Walaupun kita boleh zahirkan niat melalui mulut, tapi mulut boleh menipu. Hati? hati tak boleh menipu. Kita tak boleh baca hati orang kan? Hanya Allah yang tau. Jadi macam mana kita nak jadikan sesuatu yang subjektif tu sebagai titik penentu? Jadi solution yang terbaik, kita ikut je arahan Allah..semuanya akan jadi yang terbaik. Insha Allah.





now i know why she felt that way





Susah sebenarnya nak jadi dewasa ni. Orang dewasa kena buat keputusan. Nak buat keputusan tu bukan senang. Tapi kena buat jugak. Kita kena selalu buat yang terbaik, cuba ikut ajaran islam yang sebenar dan berserah pada Allah.


Apa pun yang berlaku, semuanya ketentuan. Menang kalah adat perandingan. Yang penting kita jangan lupa diri. Apa pun kita tetap cuma hamba Allah yang mencari keredhaan Nya, dunia dan akhirat. Walau apa pun yang berlaku, islam tu nombor satu, bangsa/parti/pandangan politik nombor 2. ok? :)





politik basi


♥ assalamualaikum 


Kita semua dah besar, well, aku dan rakan-rakan yang sebaya lah. Sekarang dah boleh mengundi. Rasa macam dah matang pulak, hihi. Tapi aku rasa ramai yang tak mendaftar pun, sebab yelah, menyampah jugak dengan politik Malaysia ni. Budaya politik tak sihat, siapa suka. Cuba kalau ubah sikit, matang sikit. Kata nak rakyat jadi bijak, nak rakyat jadi matang, tapi yang dekat atas tu bergaduh macam budak sekolah. Apedaaa..Orang tu ade cincin la, orang tu ada video la. Tak habis-habis cerita pasal orang tu ada apa. Bosan dah. Awal-awal seronok la buat gosip, alah, manusia memang suka gosip. Tapi kalau sampai ke sudah tu je bahannya, bosan lah. Cik dah bosan.


Aku kalau dah tak suka kat parti lagi satu pun, tak bermakna aku suka kat hang. So, berhenti la buat orang benci kat orang lain. Instead, buat lah something supaya orang suka, sayang kat hang. Kutuk-kutuk ni game budak kecik. Lepas tu, lagi satu, kalau orang tegur, mula lah emo. "parti tu buat takpa, parti kita tak boleh.." Jangan la compare macam tu. Be the better man lah, ahha. Kan? macam tu baru cool. Baru aku respek gila kat hang. Baru aku rasa nak pangkah hang. Kalau hang pun dua kali lima, baik aku tak payah pangkah mana-mana. Aku conteng buat rosak jah. Tak pasal-pasal main conteng-conteng. Ayoma...


BIla dah musim mengundi ni mula lah, macam-macam yang tak baik keluar. Kan best bila musim mengundi semua orang nak buat baik. Ahha..dah macam menyambut bulan ramadhan pulak kan. Kan nice macam tu. Anyway, apa-apa pun, ingatlah..yang tua dihormati..yang muda dikasihi. Yang muda jangan rebellious sangat, yang tua jadi lah role model yang baik. Generasi kami memerlukan role model.




repost: pesan

assalamualaikum


Kalau nak jadi yang terbaik, perlu lah pandai cari matlamat yang terbaik juga. Ayah kata, push the limit. .push your limit. Kata ayah kalau nak menuju ke garisan penamat, perlulah lari. Kalau berlari, setiap langkah itu perlulah langkah yang teguh, tak goyah. .Setiap larian itu pula larian yang terbaik, paling pantas kaki mampu menyusun langkah.

Hidup ni kata ibu, tak semestinya ada satu penamat. Lariannya berganti ganti. .Jadi bila sudah sampai ke garisan penamat yang pertama, tegapkan diri lalu terus melangkah lagi, terus lebih pantas lagi. Kerana ada hadiah menanti. Kalau lambat, lambat la menjulang jaya. Tak kah menanti itu sesuatu yang seksa?


Bulan takkan jatuh ke riba sayang.


Katanya walaupun rezeki di tangan tuhan, rezeki tak datang bila kita perlu, rezeki datang bila DIA mahu. Tapi usahanya perlu lah seperti nakkan rezeki esok hari, seperti begitu pasti rezeki kan bergolek esok hari. Lalu seperti yang dididik dari kecil, tawakal lah seperti orang-orang yang mencurahkan setiap titis peluhnya demi sebutir beras itu. Tadahkan tangan, berdoa dalam hati. Semoga hanya baik baik jatuh ke ribamu nanti. .Amin.




iye sayang. .teruskan lah dengan cara kau sendiri.

Bukan caranya yang ayah pesan, ibu luahkan, tapi kualiti. Melintang menegak lurus bersimpang melompat, ikut lah selera sendiri. .Tapi yang pasti, pesan pesan ayah dan ibu, langkah itu haruslah langkah yang paling gagah.